Sebut sahaja perkataan Leptospirosis atau Penyakit Kencing Tikus ini, apa yang terbayang di kotak fikiran Cik Puan VK ni tentang kisah yang agak menggemparkan juga iaitu misteri kematian pasukan penyelamat mangsa lemas Lubuk Yu, pada 2010.
Waktu itu pelbagai andaian yang timbul dan pelbagai cerita misteri yang wujud. Ada jin bunian la, hantu air mengamuklah, dan macam-macam lagi. Ya lah, seorang demi seorang penyelamat diserang penyakit misteri dan akhirnya meninggal dunia. Tetapi akhirnya semuanya terungkai dengan punca kematian mereka adalah disebabkan leptospirosis, penyakit kencing tikus.
Apa Itu Leptospirosis?
Sejenis penyakit zoonosis (yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia) disebabkan bakteria Leptospira.
Penyakit ini boleh dijangkiti kepada manusia apabila terdedah kepada air, makanan, atau tanah yang dicemari dengan air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, babi, kuda dan lain-lain haiwan liar.
Dari mana datangnya perkataan “penyakit kencing tikus” sedangkan ianya boleh juga merebak melaui air kencing haiwan-haiwan lain kan? Sejarahnya, pertama kali dijumpai dalam kencing tikus sahaja.. namun sekarang ni dah ada kes-kes melalui haiwan lain juga
Apakah Tanda Awal Jangkitan Leptospirosis: Penyakit Kencing Tikus?
- Masa pengeraman bakteria di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
- Penyakit ini bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
- Batuk tetapi tidak berkahak (25%-35% kes)
- Loya, muntah dan cirit-birit ( 50% kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
- Radang selaput mata.
- Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam.
Siapakan Berisiko Dijangkiti?
- Mereka yang melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
- Terlibat dengan aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
- Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
- Tidak mengamalkan kebersihan di rumah, tempat kerja, tempat makan, dan persekitaran
- Mengambil makanan atau minuman yang terdedah kepada persekitaran kotor seperti makanan dalam tin yang mungkin tin itu dicemari air kencing tikus
Bahayakah Leptospirosis?
Penyakit ini boleh sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.
Ramai yang ambil ringan bila ada simptom-simptom jangkitan kerana lebih kurang sama dengan tanda-tanda demam biasa. Adalah lebih baik mendapatkan pengesahan pakar kesihatan kerana risiko dan komplikasinya amat serius.
Komplikasi yang mungkin berlaku adalah jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan paru-paru yang teruk, kegagalan fungsi hati dan ginjal.
Langkah Pencegahan Jangkitan Leptospirosis Penyakit Kencing Tikus
- hindari bermain di air atau lopak terutamanya selepas banjir
- mencuci tangan dengan menggunakan sabun sebelum menyediakan makanan, sebelum makan, dan selepas ke tandas
- menjaga kebersihan rumah dan persekitaran (terutamanya selepas banjir)
- tutup makanan supaya terhindar dari tikus
- cuci dengan bersih apa-apa makanan/minuman dalam tin atau botol yang dibeli dikedai sebelum menggunakannya (seperti kicap, sos, dan makanan dalam tin)
- cuci dan balut luka dengan sempurna supaya tidak terdedah kepada sebarang jangkitan
- pengurusan sampah yang betul ~ ikat dengan baik, dan buang di tempat yang sepatutnya
- mengamalkan pemakanan yang sihat dan tingkatkan sistem imunisasi tubuh badan
Bagaimana Meningkatkan Sistem Imun Badan dengan Suplemen dan Vitamin?
Set ini sesuai untuk meningkatkan sistem imunisasi badan dan dalam masa yang sama membantu tubuh badan untuk melawan bakteria berbahaya
#1~ Vitamin C
Membantu meningkatkan sistem imun tubuh, melawan bakteria dan jangkitan, membersihkan salur darah
#2~ Vivix
Membantu kesihatan menyeluruh, membaikpulih sistem DNA untuk membantu badan berfungsi dengan baik
#3 ~ Nutriferon
Immune booster yang sangat hebat, mengaktifkan “tentera” cari dan musnah dalam sistem imunisasi badan
Nak dapatkan SET IMUN ini segera? Klik terus di bawah;
_________________________________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Teringat sharing my Prof last few weeks.
Sequence Kencing Tikus kt Sungai, Air Terjun or even Water Park is like this:-
Kita kan pg sana tu berkelah and bawa makanan kan.
then after makan, kita akan buang / basuh sisa makanan kt area sungai, or using air sungai tu.
but.. sisa makanan still there (either sampah kt tanah, or sisa yg dah dibasuh dgn air sungai td will land to the river bank).
so, nt bila dah malam, tikus akan keluar and serang sisa makanan td.
but… bukan makan je, they will also ‘mark’ their territory by kencing kt area situ (so others x boleh ganggu kawasan dia).
then, keesokkan harinya, there will be another person yang akan datang berkelah kt situ which secara tidak langsung will expose to these kencing tikus tadi (via skin contact or terminum masa tengah swimming).
.
so, nampak dah punca dia kenapa?
Yes, CLEANLINESS!~
Society should concern about our environment.
Better la bawa sampah tu balik rumah, buang sendiri. And x payah lah basuh bekal td tu kt sungai. Serious, tak payah rajin sangat okay ????
.
But, itu lah.
It will take lots of time for society untuk berubah.
Thus, the best and fastest way for us as for now is to protect ourselves first~ ✌????
Kita boleh je jaga our own cleanliness carefully (like bilas dgn air suling every food can, food utensils before use, etc), or just avoiding bermain air kat sungai ni.
Not just by taking supplements pun.
Nama pun supplements. If your badan dah strong and healthy enough, then ok la. xpayah lah nak complain cakap mahal membazir bagai ???????? #ehhh
*okay dah. sekian sharing when i’m stuck in jam ni ????
Nice sharing Hanis.. terima kasih.. betul tu kan, pokok pangkalnya semua dari kita.. kita yang tak jaga kebersihan, tikus pula yang dapat nama 🙁
Yana VitaminKita recently posted…Petua Legakan Sakit Kepala Tanpa Bantuan Ubat
Apa yang paling penting ialah KEBERSIHAN kan? Kalau pandai menjaga kebersihan sekeliling maka penyakit macam ni boleh dihindarkan
Noriza Abdul Rahman recently posted…Waspada! Perlu Sedar Bahaya Kencing Tikus
Setuju sangat-sangat. Kena ubah tabiat dan pemikiran kita ni. Kalau dari sekarang tak mula, macamana la nasib generasi anak cucu kita nanti
Yana VitaminKita recently posted…Petua Legakan Sakit Kepala Tanpa Bantuan Ubat
Rupanya banyak ‘penyakit misteri’ kat Malaysia nie, sebenarnya ialah kencing tikus yea. Saya tak ingat kisah yg mana satu, tapi sejak dari kes itu, setiap kali beli canned drinks atau canned foods, memang kami bilas sungguh2 seluruh tin tue. Botol2 tak pernah terfikir pulak nak bilas cenggitu, aiyooo, haha. Kena take note juga botol lepas nie… 😛
arnie recently posted…Bila Anak Ekzema 8 Bulan Dijangkiti Chicken Pox, Ruam Cacar Air Luar Biasa Banyaknya
bila fikir “misteri” tu la yang jadi macam fobia… abis la apa-apa yang dibeli kat kedai kalau dalam tin, basuh tin.. kalau dalam botol, basuh botol… selalu pun dengar kan macam demam biasa je.. tau-tau dah kena admit sebab kencing tikus.. pastu dah serius terus dah.. takut..
Yana VitaminKita recently posted…Pengedar Shaklee Bangsar South City dan Bandar Tun Hussein Onn
Kami pun dah bertahun juga amalkan basuh canned foods. Risau risiko tue lah..sebab tak nampak kan kumannya. Better safe than sorry gitu.
Oja Samid recently posted…Bahaya Penyakit Kencing Tikus | Apa Kita Boleh Buat Untuk Elak?
Better safe than sorry.. Setuju sangat!!
Dah la gejala penyakit ni macam demam biasa-biasa je.. Selalu dengar dah “kronik” baru betul-betul dapat detect tu penyakit kencing tikus.. Memang la serams!! ????
Yana VitaminKita recently posted…“Parut Chicken Pox Hilang Dengan Bantuan Suplemen”
Kebersihan tue datang dari diri sendiri kan. Kalau bukan kite yang jaga siapa lagi kite nak harapkan.
Nur Razali recently posted…Penyebab Kencing Tak Lawas Di Kalangan Warga Emas Lelaki
Itu la.. Kerosakan di muka bumi ni pun puncanya dari tangan-tangan manusia juga kan.. Dalam musibah, ada peringatan yang Allah nak sampaikan.. Semoga kita sama-sama ambil pengajaran
Yana VitaminKita recently posted…Kencing Tak Lawas: Masalah Biasa atau Ada Yang Tak Kena?
Paling penting kena pastikan kawasan persekitaran bersih. Especially kalau makan di luar mahupun mengunjungi mana-mana tempat pun
azimah mohd zainuddin recently posted…Himpunan Testimoni Shaklee Collagen Powder