Pernah tak melalui pengalaman rasa seperti hendak buang air kecil sedangkan baru je keluar dari bilik air dan buang air kecil sebentar tadi. Lepas tu ke bilik air lagi, lepas keluar pun masih ada rasa nak buang air lagi. Sebenarnya itulah yang dipanggil kencing tak lawas.
Ada situasi kencing tak lawas ini buatkan kita terasa ada air kencing menitis tanpa sedar yang buatkan kita rasa tak selesa dan was-was terutamanya perihal wudhuk waktu nak solat. Kencing tak lawas ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tak kira lelaki atau perempuan, dan akan menjadi semakin buruk sekiranya tidak dicegah dan dirawat di peringkat awal.
Antara tanda-tanda kencing tak lawas ini termasuklah;
Aliran air kencing mengecil
Aliran air kencing tersekat-sekat
Air kencing menitis walaupun selepas buang air kecil
Rasa tidak puas selepas buang air kecil
Punca Masalah Kencing Tak Lawas
Faktor penuaan
Otot pundi kencing kita menjadi semakin lemah dan mengakibatkan kencing tak lawas selaras dengan pertambahan usia. Semakin umur meningkat, masalah kencing tak lawas ini boleh menjadi semakin kerap.
Faktor Jantina
Wanita lebih cenderung untuk mempunyai masalah kencing tak lawas. Kehamilan, melahirkan anak, menopaus dan anatomi perempuan menjadi faktor masalah ini lebih kerap bagi perempuan. Walau bagaimanapun, lelaki dengan masalah kelenjar prostat (klik) mempunyai risiko penyebab dan kekerapan terjadinya masalah kencing tak lawas.
Aktiviti Seharian
Dalam tak sedar, aktiviti seharian yang lasak juga boleh mengakibatkan masalah kencing tak lawas, termasuklah bersenam, batuk, bersin dengan kuat, atau ketawa dengan kuat. Aktiviti ini telah menyebabkan ‘otot sfinkter’, yang berperanan menakung air kencing dalam pundi kencing menjadi lemah dan melepaskan air kencing secara tak sengaja.
Selain itu, gaya hidup seperti minum minuman beralkohol, minuman yang mengandungi kafein, atau terlalu banyak air kencing boleh menyebabkan kehilangan kawalan kencing sementara.
Petanda dari penyakit tertentu
Selain itu, kencing tidak lawas juga merupakan salah satu gejala dari penyakit yang mungkin terjadi. Diantara penyakit yang boleh menghasilkan gejala ini adalah:
Pembengkakan kelenjar prostate
Otot pundi kencing yang lemah dan tidak stabil
Jangkitan kuman di saluran air kencing (UTI)
Jangkitan kelenjar prostat
Batu karang di saluran atau pundi air kencing
Kanser prostat
Kanser pundi air kencing
Penyakit saraf seperti multiple sclerosis dan kecederaan saraf tulang belakang
Sekiranya anda mengalami masalah kencing tak lawas, segeralah berjumpa dengan doktor dan membuat ujian air kencing, dibimbangi ada jangkitan bakteria atau petanda kepada masalah kesihatan yang lain.
Risiko dan Komplikasi dari Kencing Tak Lawas
Pelbagai masalah yang mungkin terjadi sekiranya kencing tak lawas ini dibiarkan berlarutan.
#1 ~ Ruam dan masalah kulit
Masalah kulit (atau lebih teruk kudis) mungkin boleh berlaku disebabkan keadaan kulit bahagian sulit yang sentiasa lembap dan basah.
#2 ~ Jangkitan salur kencing
Apabila pundi kencing tidak dapat dikosongkan dengan sepenuhnya, air kencing yang bertakung walaupun sedikit boleh menjadi penyebab kepada pembiakan bakteria. Ia boleh mengakibatkan kesakitan semasa kencing, rasa nak buang air kecil yang terdesak secara tiba-tiba, sakit di bahagian ari-ari dan air kencing yang berwarna keruh serta berbau.
#3 ~ Masalah Retensi Air Kencing (klik)
Kencing tak lawas yang berlarutan boleh menyebabkan risiko langsung tak dapat buang air kecil. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat di bahagian ari-ari. Rawatannya mungkin pesakit akan dimasukkan tiub untuk membantu menyalurkan air kencing keluar.
#4 ~ Batu Karang
Pundi kencing yang tidak dikosongkan dengan sempurna juga boleh menyebabkan batu karang. Antara gejala batu karang termasuklah rasa sakit di bahagian ari-ari, sakit semasa buang air kecil dan kencing berdarah
#5 ~ Gangguan Aktiviti Harian
Kencing tak lawas juga boleh mengganggu aktiviti seharian kita juga. Walaupun tidak ada berkait dengan masalah kesihatan yang serius (setelah diperiksa pakar kesihatan), tetapi tetap mengganggu aktiviti seharian seperti kerja yang terganggu, hubungan intim suami isteri juga mungkin terganggu, aktiviti pergaulan sosial juga boleh terganggu disebabkan kekerapan ke tandas oleh masalah ini.
Langkah Pencegahan Kencing Tak Lawas
Sebanarnya, masalah ini boleh dicegah, paling tidak pun mengurangkan tahap keseriusannya walaupun faktor usia.
- Segera ke tandas sekiranya ada rasa nak buang air kecil. Jangan tahan dan berlengah-lengah
- Minum banyak air kosong (secukupnya)
- Amalkan pemakanan sihat, lebihkan sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan makanan berlemak
- Bersenam (terutaman senaman kagel untuk wanita)
- Mengekalkan berat badan yang sihat
- Mengamalkan senaman otot lantai pelvik, terutamanya semasa mengandung
- Mengelakkan makanan yang boleh mengakibatkan iritasi pundi kencing, seperti kafein dan makanan berasid
- Jaga kebersihan diri untuk mengelakkan sebarang jangkitan
- Segera berjumpa doktor sekiranya mengalami sebarang gejala masalah kencing
Cadangan Nutrisi Untuk Kencing Tak Lawas
Alfalfa Complex ~ sumber serat untuk membantu melawaskan penghadaman, kurangkan bengkak air, di samping mengawal kandungan air dalam badan
Peppermint Ginger Plus ~ membantu sistem penghadaman, buang angin berlebihan dalam usus, kurangkan rasa loya dan kembung perut. Daun pudina dan halia digunakan secara tradisional untuk merawat IBS (Sindrom Gangguan Usus)
Garlic Complex ~ bertindak sebagai sumber antibiotik dan antibakteria semulajadi. Dalam hal ini, Garlic Complex membantu mencegah jangkitan kuman, bakteria, fungus dan kulat.
Nak dapatkan SET VITAMIN UNTUK KENCING TAK LAWAS dengan segera? Boleh klik terus di sini!
_________________________________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Bahaya jugak kan kalau dibiarkan masalah kencing tak lawas ni.
Budak kecik pun bole kena kencing x lawas kan? anak jiran kena sunat awal sebab masalah kencing xlawas sampai kuar darah ????
Alahaiii kesiannya.. Tu la tambah-tambah boy kalau belum sunat boleh kena jangkitan bakteria kan.. ????
Yana VitaminKita recently posted…Resdung, Bahaya Sampai Kena Bedah? Betulkah?
Asyik berulang ke tandas sahaja apbila kencing tidak lawas memang akan menggangu aktiviti harian.
azimah mohd zainuddin recently posted…Himpunan Testimoni Shaklee Collagen Powder
Pingback: Top 10 Best Seller Vitamin Shaklee | Produk Shaklee Paling Laris
Pingback: Bengkak Prostat Mungkin Punca Ramai Lelaki Alami Kencing Tak Lawas
Pingback: Faktor Penyebab Sakit Bila Buang Air Kecil (Dysuria)
Sakit di bahagian bwah perut,kencing tak puas walaupn dh pergi ke tandas berkali2
Kemungkinan besar ada jangkitan kalau simptomnya sakit bawah perut dan semasa buang air tu.
bahaya juga bila kencing tak lawas ni.Kesudahannya batu karang pulak yang datang.