Hari tu Cik Puan VK dah pernah share tentang kepentingan vitamin C untuk kesuburan suami, hari ni nak sambung entry berkaitan tetapi ini untuk isteri pula.

Selalunya kalau Vitamin C ni, bukan nak cakap orang lain la, Cik Puan VK sendiri pun dok nampak fungsi utama untuk kulit cantik je, tanpa sedar banyak sebenarnya manfaat untuk kesihatan tubuh badan dari rambut sampai ke hujung kaki.

Vitamin C telah terbukti, melalui beberapa kajian, memainkan peranan yang sangat penting dalam menyokong kesuburan, mengatur keseimbangan hormon termasuk juga untuk haid wanita yang teratur, menjaga kesihatan sperma dan meningkatkan imunisasi tubuh serta menyokong proses kehamilan yang sihat.

Vitamin C untuk Proses Ovulasi dan Kesihatan Telur Isteri

Menurut satu kajian 2013 yang disiarkan dalam Fertility and Sterility, vitamin C meningkatkan tahap hormon dan meningkatkan kesuburan di kalangan wanita yang mengalami Luteal Phase Defect (LPD), sebanyak 25% dalam masa 6 bulan. Kajian menunjukkan bahawa vitamin C juga meningkatkan progesteron dalam badan, yang membantu mengawal kitaran haid, menebalkan dinding rahim dan meningkatkan fungsi ovari. Dalam satu kajian lanjut dilakukan dengan wanita tidak dapat hamil kerana masalah ovulasi, selepas beberapa bulan 40% mula mengalami ovulasi dan 21% kemudian berjaya hamil.

Fasa luteal adalah salah satu peringkat kitaran haid anda. Ia berlaku selepas ovulasi (apabila ovari melepaskan telur) dan sebelum haid bermula. Pada masa ini, lapisan rahim biasanya menjadi lebih tebal sebagai persediaan untuk kemungkinan berlakunya kehamilan

Jika anda mempunyai kecacatan fasa luteal (Luteal phase defect), lapisan uterus tidak berkembang dengan baik setiap bulan. Ini boleh membuat ia sukar untuk mengandung atau mengekalkan kandungan sekiranya persenyawaan berlaku.

Tambahan pula,  vitamin C suplemen menguatkan kapilari, yang telah terbukti untuk mengurangkan pendarahan haid yang banyak (antara salah satu punca kemandulan). Menurut kajian, 87% daripada wanita yang mengalami pendarahan haid yang banyak, berhenti mengalami isu ini selepas kerap mengambil suplemen vitamin C.

Di samping itu, vitamin C meningkatkan imuniti sel dan mengurangkan perkembangan autoimun dan keletihan. Ini membantu mengurangkan risiko terjadinya dan menghalang merebak endometriosis dan fibroid dalam rahim. Ia juga mengurangkan risiko komplikasi semasa mengandung seperti preeclampsia, kecacatan kelahiran dan membran kehamilan pecah pramatang

Sumber: Specificare.com

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Vitamin C Untuk Proses Ovulasi Dan Kesihatan Telur Isteri
Tagged on:         

One thought on “Vitamin C Untuk Proses Ovulasi Dan Kesihatan Telur Isteri

Leave a Reply to Noriza Abdul Rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge