Cik Puan VK ada seorang kawan yang selalu sakit kepala. Katanya bukan migraine tapi memang selalu bergantung kepada paracetamol je. Ke mana-mana beliau pergi pun memang tak pernah tinggal paracetamol. Dah macam bergantung kepada itu je pula… Sampailah sekali tu beliau hubungi Cik Puan VK nak beli Vitamin D Shaklee katanya sebab doktor yang cadangkan beliau mencuba Vitamin D. Menurut doktor yang merawat tu juga, kekurangan Vitamin D mungkin dalam kes ini menjadi penyebab masalah sakit kepala.

Kekurangan Vitamin D

Apabila badan seseorang itu kekurangan vitamin D, tahap hormon paratiroid akan meningkat dalam badan menyebabkan kalsium untuk “bocor” keluar dari tulang. Akibatnya tulang menjadi lemah, menyebabkan terjadinya penyakit riket pada kanak-kanak dan osteomalacia pada orang dewasa. Pesakit osteomalacia ini pula senang diserang sakit-sakit badan, sakit-sakit otot, termasuklah sakit kepala yang kerap.

Bagaimana Kekurangan Vitamin D Terjadi?

Ada beberapa keadaan menurut faktor medikal yang boleh mempengaruhi kekurangan vitamin D terhadap seseorang individu termasuklah

  • kekurangan zat makanan
  • ada penyakit buah pinggang atau penyakit berkaitan dengan hati
  • gut malabsorption (kegagalan menyerap nutrisi pada usus) atau celiac disease
  • kurang terdedah kepada cahaya matahari juga boleh menyebabkan kekurangan vitamin D
Golongan yang berisiko kekurangan Vitamin D

Kaitan Vitamin D dan Sakit Kepala

Kalau google tentang kajian dan jurnal berkaitan vitamin D dan sakit kepala ni rupanya banyak juga ye. Cuma mungkin la tak tercapai dek akal nak cari kaitan tentang ini kalau sesaja je. Ye la selalu pun kalau fikir vitamin D ni pun nampak isu berkaitan tulang je.

Pada tahun 2009, 2 penyelidik di India telah menerbitkan satu jurnal Headache ~ kajian mengenai 8 pesakit yang semuanya kekurangan vitamin D dan mengalami sakit kepala yang serius

Semua pesakit dalam kajian ini mempunyai tahap vitamin D yang sangat rendah (<10ng / mL), dan mempunyai sedikit sangat kebarangkalian untuk hilang sakit kepalanya kalau tanpa rawatan sebarang ubat.

Pesakit ini telah diberi suplemen harian vitamin D (1000-1500iu) dan kalsium (1000mg), dan hasilnya didapati sakit kepala hilang dalam beberapa minggu.

Para penyelidik berpendapat bahawa vitamin D (bukan kalsium) dalam kes ini yang memainkan peranan penting dalam membantu melegakan sakit kepala. Tahap kalsium dalam badan kita ni akan kembali normal dalam masa seminggu, tetapi berdasarkan hasil ujian yang diperolehi, pesakit masih tidak mengalami apa-apa perubahan dalam masa seminggu. Hanya selepasa beberapa minggu (4-6 minggu) iaitu tahap pemulihan vitamin D kembali normal dalam badan manusia.

Sumber: Verywell.com, MyGreenWorld

Tapi kena ingat, bukan kekurangan Vitamin D sahaja yang menjadi penyebab selalu sering sakit kepala. Dan bukan ini sahaja risiko yang dihadapi oleh mereka yang kekurangan vitamin D. Banyak lagi masalah kesihatan lain yang mungkin timbul.

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Selalu Sakit Kepala? Dah Cuba Macam-Macam?
Tagged on:     

One thought on “Selalu Sakit Kepala? Dah Cuba Macam-Macam?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge