Haa.. tajuk Cik Puan VK ni macam kontroversi tak agak-agaknya. Boleh jadi cantik ke kalau detoks ni? Cantik tu kan definisinya sangat luas dan sangat subjektif untuk setiap individu. Kalau bagi Cik Puan VK ni, kehidupan yang sihat, tubuh badan yang sihat tu memang cantik la tu. SIHAT itu CANTIK gitu 🙂

Saya Sihat.. Perlu Detoks Juga?

Ramai beranggapan detoks tak perlu dan tak penting kalau badan sihat, tak sakit, tak gemuk dan tiada masalah kesihatan kronik, tak merokok, dan tak ada tanda-tanda toksin dalam badan. Tapi ramai yang tak sedar bahawa hampir setiap hari toksin ini masuk dan berkumpul di dalam badan.

Toksin boleh memasuki badan kita melalui makanan, air, udara, persekitaran gaya hidup (gadjet-gadjet yang digunapakai seharian) dan pelbagai sumber lagi. Sebab tu kita sebenarnya digalakkan melakukan detoks dengan lebih kerap. Sekiranya kita mengikut plan detoks yang betul, percayalah cakap Cik Puan VK ni, mesti boleh jadi lebih cantik punya.. heheheh

Manfaat Detoks Kepada Tubuh Badan

#1 ~ Mengurangkan berat badan

Toksin dalam badan menyebabkan lemahnya keupayaan badan kita membakar lemak yang mengakibatkan bertambahnya berat badan. Apabila toksin mula melekat pada bahagian badan yang bertugas membakar lemak di dalam badan, ia akan bertukar sebaliknya sebagai pusat pengumpulan lemak. Dan apabila toksin disingkirkan, sistem badan dapat berfungsi dengan baik mengikut tugas-tugas mereka yang tertentu, secara langsungnya membantu memberikan berat badan yang normal.

#2 ~ Kolon lebih sihat

Kolon yang tidak sihat akan menyebabkan kita menderita dengan masalah sembelit, dan lebih teruk lagi kolon yang dipenuhi toksin mungkin meningkatkan risiko penyakit kolon dan kanser. Detoks membantu bukan sahaja kolon yang bersih, tetapi juga sistem pencernaan yang lebih sihat serta proses pembuangan bahan kimia dari tubuh juga semakin lancar.

#3 ~ Memberi tenaga

Secara semulajadi, organ badan kita bekerja untuk menyingkirkan toksin dari dalam badan tetapi memerlukan tenaga yang banyak bergantung kepada jumlah toksin yang terkumpul dan perlu disingkirkan. Lebih banyak toksin dalam badan, lebih banyak tenaga yang diperlukan. Kekurangan tenaga untuk menyingkirkan toksin ini menyebabkan badan kita mudah terasa penat dan lemah. Detoks membantu badan lebih bertenaga dan apabila badan sudah bebas toksin, kita lebih cergas untuk melakukan apa-apa aktiviti seharian.

#4 ~ Mengurangkan nafsu makan

Proses detoks yang betul dan diikuti dengan pengambilan makanan lengkap nutrisi yang baik akan mendorong minda kita untuk sentiasa menginginkan makanan yang berkhasiat. Inilah masanya kita nak ucapkan selamat tinggal kepada junk food dan beralih kepada makanan sihat yang lebih mengenyangkan.

#5 ~ Kulit lebih cantik dan sihat

Kulit bermasalah banyak berpunca daripada toksin yang terkumpul di dalam badan

Kulit juga memainkan peranan besar dalam proses detoks semulajadi dengan membantu menyingkirkan toksin melalui peluh. Tapi kalau badan kita dipenuhi toksin yang semakin banyak, kelenjar peluh juga akan turut tersumbat dengan toksin. Maka, terjadilah masalah kulit seperti gatal-gatal dan jerawat (antaranya).

Detoks dapat membuang toksin yang jahat ini dari dalam badan dan apabila ianya tidak lagi terkumpul, kita pun boleh lihat kulit semakin sihat, semakin cantik, dan semakin berseri. Nak cantik tak? 🙂 Haaaa.. cuba detoks nanti boleh rasai sendiri perbezaannya.

#6 ~ Mengurangkan tekanan

Tahu tak yang toksin yang banyak dalam badan boleh meningkatkan hormon kortisol. Hormon ni bagus kalau sedikit sebab peranannya membantu mengawal stress. Tapi bila semakin banyak, dah jadi bahaya pula. Ia boleh membuatkan kita menjadi panik, degup jantung pun semakin laju… dan secara langsung akan membuatkan kita semakin tertekan.

Detoks boleh membantu hormon badan yang stabil termasuklah hormon kortisol ini juga sekadarnya sahaja. Jadi tidaklah kita terperangkap dalam stress je kan?

#7 ~ Tidur lebih lena

Apabila badan terlalu banyak toksin, hormon kortisol yang membantu mengawal stress akan terganggu. Hormon ini sepatutnya menurun menjelang petang ke malam namun disebabkan ianya tidak terkawal, ianya mengganggu waktu tidur. Kes ini seperti kes stress juga. Berkait rapat stress dan tak boleh tidur.

Jadi, detoks untuk tidur yang lebih lena dan berkualiti.

#8 ~ Menguatkan sistem imun

Toksin mengganggu keseimbangan sel normal dan menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas ni memang dah sifat dia nak rosakkan sel-sel badan kita termasuklah sistem imun tubuh badan. Semakin banyak toksin dalam badan, semakin galaklah radikal bebas ni bekerja keras nak rosakkan badan kita. Bila sistem imun semakin lemah, semakin tinggi risiko kita untuk dijangkiti pelbagai penyakit termasuklah segala macam penyakit berbahaya. Jadi, detoks lah untuk singkirkan toksin dan seterusnya mengelakkan radikal bebas ini. Sistem pertahanan badan kita pun lebih kuat untuk melawan penyakit selepas itu. Inshaa Allah dengan izin Allah juga kan.

Jom Detoks The Shaklee Way

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Detoks Untuk Lebih CANTIK!
Tagged on:     

6 thoughts on “Detoks Untuk Lebih CANTIK!

Leave a Reply to Yana VitaminKita Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge