“Tulang betis saya ni patah dah 5 bulan. Langsung tak ada tunjukkan apa-apa perubahan.. dah buntu saya nak ikhtiar apa lagi..”

Masa mula-mula adik sorang ni hubungi Cik Puan VK, memang Cik Puan VK agak terkejut. Dengar je perkataan “5 bulan” tu pun Cik Puan VK jadi hairan. Sedangkan kata beliau, apa sahaja ubat dan vitamin yang doktor bekalkan tak pernah culas. Tak cukup dengan itu, beliau ada juga mencuba beberapa suplemen lain untuk cepatkan pemulihan tulang patahnya. Tapi semuapun tak ada kesan positif. Tulang yang patah masih belum bercantum.

Tulang patah lambat sembuh memang mempengaruhi aktiviti seharian

Kami terus bersembang..

“Doktor kata mungkin juga sebab saya ni merokok. Tu yang lambat baik.. Susah juga nak stop tetiba.. saya cuba kurangkan sikit demi sedikit…”

Owh.. ini rupanya faktor utama adik ni. Memang Cik Puan VK pernah tahu walaupun tak sedalam mana ilmu, bahawa merokok ni boleh meningkatkan risiko tulang patah lambat sembuh. Tapi sungguh Cik Puan VK tak sangka sampai lebih 5 bulan tu tulang langsung belum bercantum!

Bagaimana Merokok Menyebabkan Tulang Patah Lambat Sembuh?

Tulang kita dipelihara oleh darah sama seperti organ-organ dan tisu-tisu lain dalam badan.

Nutrien, mineral dan oksigen semuanya dibekalkan ke tulang melalui aliran darah. Merokok menaikkan tahap nikotin dalam darah dan ini menyebabkan saluran darah mengecut. Nikotin mengecilkan saluran darah kira-kira 25% daripada diameter normal kalau tidak merokok.

Nikotin dari rokok mengecutkan salur darah

Penyempitan pembuluh darah ini menyebabkan nutrisi yang dibekalkan ke tulang pun menjadi terhad, lebih-lebih lagi bagi mereka yang patah tulang dan memerlukan nutrisi yang bagus untuk sembuh. Sebab itulah tulang patah menjadi lambat sembuh, dan ada kes memakan masa berbulan-bulan pun masih belum bercantum.

Tingginya Risiko Merokok Kepada Kesihatan

Kalau nak cerita kesan bahaya merokok kepada kesihatan ni ramai yang dah tahu kan? Tapi mungkin dalam kes kesihatan tulang ni ramai yang tak sedar sangat penting kecuali untuk mereka yang diuji tulang patah dan menunggu berbulan-bulan lamanya untuk sembuh tetapi tetap tiada perkembangan positif. Dah banyak rupanya kajian-kajian yang menunjukkan kesan merokok kepada kesembuhan tulang patah ni.

Disarankan kepada mereka yang merokok, dan dalam masa yang sama mengalami kecederaan tulang terutamanya patah, adalah sangat penting untuk berhenti merokok kerana boleh mengurangkan peluang tulang patah untuk sembuh dengan cepat. Bukan itu sahaja, pengambilan ubat atau suplemen juga mungkin tidak memberi kesan yang efisyen kerana salur darah yang sempit tidak mampu memberikan kerjasama yang baik dalam membekalkan nutrisi kepada tulang.

Kredit; Verywell.com, The Nations Health

Kesimpulannya, cepat atau lambat tulang patah ini sembuh bergantung kepada banyak faktor. Selain faktor fisiologi tulang, faktor diri sendiri juga sangat besar kesannya.

Sebaiknya amalkan pemakanan yang sihat, gaya hidup sihat, dan patuh setiap nasihat pakar perubatan yang merawat, in shaa Allah, proses pemulihan tulang patah akan lebih mudah dan cepat, dengan izin Allah

Pesakit yang tidak menjaga disiplin ini mempunyai risiko yang tinggi mengalami non-union (tulang gagal bercantum) yang mungkin memerlukan bantuan kaedah pembedahan untuk menyokong proses pembaikpulihan tulang yang patah.

Nutrisi Untuk Membantu Pemulihan Tulang Patah (klik)

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Merokok Tingkatkan Risiko Tulang Patah Lambat Sembuh
Tagged on:                             

One thought on “Merokok Tingkatkan Risiko Tulang Patah Lambat Sembuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge