Selalu juga yang nak beli suplemen kalsium ni tanya tips dari Cik Puan VK macamana nak pilih yang terbaik? Brand apa? Alaaa… bias betul kalau Cik Puan VK yang jual vitamin ni nak bagitahu brand apa kan. Tak best la gitu sebab kita mestilah nak yang terbaik.

Banyak betul jenama di pasaran. Pelbagai jenis pula tu. Macamana nak pilih suplemen kalsium terbaik? Pening!

Jadi Cik Puan VK share la tips nak memilih suplemen kalsium terbaik di pasaran. Jangan kisahkan brand apa ye.. perhatikan 3 kriteria penting ini terlebih dahulu.

Tips Memilih Suplemen Kalsium Terbaik

#1 ~ Kandungan Kalsium Setiap Biji

Tidak semua suplemen kalsium di pasaran ni komposisinya sama. Ada yang 250mg setiap biji, ada yang 500 mg dan ada yang 1,000 mg.

Jadi bilangan berapa biji tu tak berapa penting. Yang penting komposisi kalsiumnya. Semakin tinggi komposisi kalsium, maka semakin sedikit bilangan pil yang perlu ditelan. Tapi, perlu berjaga-jaga kerana pil yang tinggi komposisi kalsiumnya mungkin sukar diserap oleh badan terutamanya calcium phosphate.

Lebih sesuai jika memilih calcium citrate yang lebih mudah diserap oleh badan. Tidak kisah komposisinya yang sedikit seperti 250 mg setiap biji dan kita kenalah telan lebih dari 2-3 biji (cadangan pengambilan 1,000 mg -1,200 mg kalsium untuk dewasa)

#2 ~ Apa Yang Terkandung Bersamanya

Kalsium boleh buat sakit jantung? Kalsium boleh buat sakit buah pinggang? Haaa.., pernah dengar tak kontroversi ni? Mestila selalukan. Jadi kena hati-hati pilih suplemen kalsium ni. Perlu diambil perhatian bahawa kalsium tidak sesuai diambil “bersendirian”. Paling penting perlu ada Vitamin D dan Magnesium bersama. Vitamin D membantu kalsium diserap dengan lebih baik dan Magnesium pula memastikannya terus ke tulang dan menguatkan tulang kita. Ada kajian yang membuktikan mengambila vitamin D yang cukup bersama kalsium akan membantu meningkatkan penyerapan kalsium sehingga 65%.

#3~ Kalsium Mudah Larut

Mudah larut tu macamana agaknya? Nak tahu macama? Hmmm… yang ni jawapnya kena buat test sendiri. Eksperimen kelas sains la di rumah ye. 🙂

Senang je, cuba agak-agak macam kita makan pil kalsium tu. Kita nak tengok apa yang jadi kat dalam badan kita. Cuba masukkan sebiji pil kalsium yang kita makan tu ke dalam segelas air. Kacau-kacau sedikit dan tengok apa yang jadi. Kalau dah lebih setengah jam pun tak ada apa-apa yang berlaku dan pil tu masih tetap dengan rupa yang sama, maka sebenarnya macam tu jugalah keadaan pil tu bila masuk dalam badan kita.

Kredit *info*

Tu je sebenarnya tips paling penting nak pilih kalsium terbaik di pasaran. Brand apa tu tak kisah la asalkan menepati kriteria yang Cik Puan VK share tu.

Tapi kalau nak tanya tentang suplemen kalsium Shaklee (Ostematrix), meh la Cik Puan VK nak share info ye.

Kandungan kalsium setiap biji.

Tengok label ni. Ostematrix ini komposisi kalsiumnya ialah 250mg setiap biji. Dan jenis kalsiumnya pula adalah calcium carbonate, calcium citrate yang mudah diserap oleh badan

Apa yang terkandung bersama?

“Ramainya” kawan-kawan kalsium ni dalam satu pil. Ada magnesium, vitamin D, boron, mangan, tembaga dan zink yang saling bekerjasama untuk memberikan kesan yang optimum kepada tubuh badan kita.

Kalsium mudah larut.

Saya sendiri telah melakukan eksperimen sendiri di rumah. Nak uji bagaimana kalsium Shaklee Ostematrix ni larut dalam air. Saya masukkan sebiji Ostematrix ke dalam air suam-suam kuku mengikut suhu yang selalu saya amalkan malam-malam masa makan Ostematrix ni. Jom lihat apa yang berlaku?

Selepas 10 minit, dah nampak Ostematrix mula mengurai. Dah larut dalam air suam (masa tu suhu dah tak suam dah.. dah sejuk suhu bilik).

Dan ini hasilnya selepas 20 minit. Nampak macam dah terurai sepenuhnya dan saya kacau-kacau sikit dengan sudu. Yeaaah!! Larut dalam masa 20 minit sahaja tau. Yakin sangat dengan pilihan saya ni. Best!

Nak dapatkan Kalsium Shaklee, Ostematrix?

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Tips Memilih Suplemen Kalsium TERBAIK

4 thoughts on “Tips Memilih Suplemen Kalsium TERBAIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge