Sehari dua ni ramai betul customers baru Cik Puan VK di kalangan ibu-ibu yang baru hamil. Alhamdulillah, tahniah dengan bakal kelahiran “orang baru” penyeri rumahtangga.
Ada yang cari Set Kehamilan, ada yang nak mencuba kalsium sahaja.. Dan tak kurang juga yang nak ikhtiar kurangkan morning sickness dan loya-loya yang teruk.
“Ada tak kak, yang boleh kurangkan morning sickness saya ni? Nak makan pun tak boleh.. nak minum susu pun tak boleh.. mesti semua keluar balik… penat..”
Alahaaaii.. Cik Puan VK memahami sangat bagaimana perasaan ibu muda ini. Kalau ikut pengamalan Cik Puan VK sendiri pun trimester pertama di awal kehamilan itu memang sangat-sangat mencabar. Lembik dan lesu dengan morning sickness yang dah jadi macm “all-day sickness”. Apa yang dimakan, pasti akan keluar balik. Even minum air masak pun dah sampai keluar balik. Lemah seluruh badan seolah-olah hilang terus tenaga nak bergerak pun.

Nak kata Cik Puan VK ni banyak pengalaman, tak ada la juga. Tapi boleh la berkongsi pengalaman dan ditambah sedikit sumber ilmu. Meh la nak berkongsi tips yang mungkin boleh membantu. Kalau tak hilangkan morning sickness dan loya-loya tu pun, sekurang-kurangnya boleh la mengurangkan kesan lembik dan lemah sepanjang tempoh itu.
Tips Kurangkan Morning Sickness Dan Loya-loya
#1 ~ Makan dalam jumlah sedikit tetapi kerap. Sebaiknya elak mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak kerana boleh menyebabkan ibu-ibu merasa mual.

#2 ~ Makanan yang mengandungi karbohidrat boleh membantu kurangkan rasa mual seperti roti dan kentang
#3 ~ Setiap kali bangun dari tidur atau posisi baring, elakkan bangun terus. Sebaiknya duduk dahulu untuk stabilkan badan sebelum bangun berdiri secara perlahan-lahan
#4 ~ Elakkan makanan berlemak. berminyak, pedas kerana boleh mengundang rasa mual dan memburukkan lagi situasi morning sickness
#5 ~ Minum banyak air walaupun sering muntah. Hirup dengan perlahan-lahan seteguk demi seteguk. Minum air masak atau pun jus buah-buahan. Ini penting bagi memastikan tubuh mendapat air secukupnya. Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kafein.
#6 ~ Boleh amalkan minuman halia atau pil halia. Elakkan gula-gula halia kerana kandungan gula yang tinggi. Jangan risau kerana halia merupakan herba yang selamat semasa mengandung.
#7 ~ Buah epal atau buah-buahan citrus seperti limau dan lemon boleh mengurangkan rasa mual. Boleh makan terus atau minum sebagai jus.
#8 ~ Kurangkan berada di hadapan skrin komputer atau telefon pintar. Paparan skrin ini boleh membuatkan ibu-ibu pening dan boleh menyebabkan morning sickness semakin menjadi-jadi
#9 ~ Pakai baju dan seluar yang longgar supaya tidak menekan perut. Tekanan di bahagian perut juga boleh mengudang rasa mual dan loya-loya.
10 Makanan Terbaik Ibu Mengandung (klik)
Jadi untuk ibu-ibu yang hadapi loya yang teruk ni, Cik Puan VK cadangkan pilihan ini untuk bantu kurangkan morning sickness;
- Peppermint Ginger Plus ~ mengandungi ekstrak halia untuk membantu kelegaan usus dan membantu mengurangkan mual-mual dan loya-loya
- Performance Drink ~ minuman isotonik tanpa gula dan karbonat.. membantu mengekalkan bendalir dalam badan dan mengelakkan badan dari dehidrasi.
- ESP ~ membantu mengenyangkan untuk ibu-ibu yang tak ada selera makan. Dan dalam masa yang sama juga memberi tenaga supaya tidak terlalu letih dan lemah.
Ibu-ibu yang nak buat pembelian terus, boleh klik di sini “SET MORNING SICKNESS SHAKLEE”
Pembayaran boleh dibuat dengan Kad Debit atau Kad Kredit. Set ini akan dihantar terus kepada anda oleh pihak Shaklee Malaysia. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.
Untuk yang tak ada Kad Kredit atau Kad Debit dan nak membuat pembayaran dengan Bank Transfer atau Cash, boleh hubungi Cik Puan VK ye.
_________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Daftar keahlian Shaklee segera
Pingback: Perlukah Kalsium Di Awal Kehamilan Trimester Pertama?