SERIK! Itulah perkataan paling tepat boleh Cik Puan VK gambarkan kalau ingat kembali macamana rasa tarik mengkarung semasa mengandung dulu. Ya Allah… Ngeri sangat. Sakitnya tu dari hujung kaki sampai ke tulang pinggul. Kejang, sakit, kebas.. semua rasa bercampur-campur.

Sakinya dari hujung ibu kaki sampai ke tengah tulang belakang. Serik!

Cik Puan VK tak malu nak ngaku yang memang setiap kali kena tarik mengkarung ni mesti Cik Puan VK menangis. Mana taknya, dah la azab masa “kena tarik” tu, pulak tu selalunya tengah-tengah malam waktu sedap tidur. Tidur terganggu, sakit lagi… Esoknya pun masih terasa keras kejung dan tegang lagi urat dan otot kaki sampai ke belakang.

Memang post-effect tu teruk juga la pada Cik Puan VK ni, sampaikan nak berjalan pun rasa tak nak. Hehehe… terasa-rasa ngilu je lagi tulang pinggul sampai ke belakang.

Apa Tarik Mengkarung Tu?

Bahasa sebenarnya kita panggil kejang, cramp. Tapi kalau istilah orang tua-tua terutamanya masyarat Melayu ni panggil tarik mengkarung. Kejang ni pula situasi di mana untuk beberapa ketika otot betis atau kaki seolah-olah ditarik dengan tegang sehingga menyebabkan sukar bergerak dan kesakitan yang amat sangat. Selalunya boleh reda dengan urutan di bahagian tersebut atau kalau ikut petua, cepat-cepat tarik balik ibu kaki untuk melegakan ketegangan tu serta merta. Tapi kesan tarik dan tegang tu tetap terasa beberapa jam selepas itu.

Tips cepat reda tarik mengharung dengan cara menarik semula ibu kaki.

Kekejangan berlaku disebabkan pengecutan otot secara tidak terkawal yang dikenali sebagai noctunal leg cramps yang menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan berasa sakit. Kekejangan ini selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan.

Kredit *sumber*

Punca Tarik Mengkarung Semasa Mengandung

Ada beberapa faktor yang menyebabkan ibu-ibu mengandung ni mudah kena tarik mengkarung, antaranya;

  1. keadaan rahim yang semakin membesar memberikan tekanan kepada otot-otot kaki
  2. lama berdiri atau berjalan menyebabkan kaki mudah menjadi lenguh dan menyebabkan kekejangan
  3. tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki.
  4. faktor diet dan nutrisi iaitu dehidrasi, kekurangan garam mineral seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat

Tips Elak Tarik Mengkarung Terjadi

Ibu-Ibu yang alami situasi yang sama dengan Cik Puan VK, mungkin boleh mencuba tips ni. Gigih jugalah Cik Puan VK kumpul tips ni dulu nak elak terjadinya tarik mengkarung lagi.

Senaman regangan otot
  1. urut bahagian bawah betis sebelum tidur. Tujuannya nak kurangkan tekanan pada otot kaki terutamanya betis dan melancarkan peredaran darah
  2. elakkan berdiri terlalu lama. kalau duduk pun jangan terlalu lama dan elakkan menyilang kaki
  3. lakukan senaman regangan otot sebelum tidur
  4. mandi air suam
  5. tinggikan sedikit kaki semasa tidur supaya posisinya lebih tinggi dari kepala, boleh cuba lapikkan dengan bantal
  6. minum air yang banyak untuk elakkan dehidrasi
  7. amalkan diet seimbang terutamanya kalsium magnesium yang cukup
Minum banyak air untuk elak dehidrasi

Kredit

Masa mengandung anak pertama dan kedua dulu memang tak sah kalau tak kena tarik mengkarung ni. Memang Cik Puan VK akui la jarang sekali amalkan tips elak ni (masa anak kedua pun tak tahu lagi tips ni).

Alhamdulillah, masa mengandung anak ketiga tu dah mula kenal Shaklee. Dah mula amalkan tips yang sepatutnya. Rezeki sangat memang tak kena tarik mengkarung dah sejak itu. Cik Puan VK memang secuba mungkin ikut tips ni dan konsisten amalkan Ostematrix. Ada juga ilmu yang saya dapat dari gynea yang menasihatkan kalau nak cari suplemen kalsium, carilah yang ada magnesium dan vitamin D sekali. Tepat pula pilihan Cik Puan VK masa tu. Dan alhamdulillah juga semasa anak keempat pun masih konsisten dengan Ostematrix dan Set Kehamilan Shaklee juga, Cik Puan VK bebas tarik mengkarung ni. Tu la… serik punya pasal memang disiplin la jaga diet 🙂

Salah satu komponen utama Ostematrix ni ada kandungan magnesium yang banyak membantu. Magnesium ni banyak manfaat dan salah satu yang paling popular, sangat terkenal sebagai mineral yang merehatkan otot, membantu mengelakkan kekejangan, dan membantu menguatkan tulang juga.

Cik Puan VK sangat-sangat jatuh cinta dengan Ostematrix ni sebab banyak pengalaman manis dengannya semasa mengandung. (klik untuk cerita lanjut)

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

 

Tarik Mengkarung Semasa Mengandung Bukan Cerita Main-main

4 thoughts on “Tarik Mengkarung Semasa Mengandung Bukan Cerita Main-main

Leave a Reply to Yana VitaminKita Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge