Alhamdulillah. Memang seronok sangat Shaklee Business Leader National Conference 2017, yang berlangsung di Sunway Convention Centre pada 18hb Feb. Walaupun dah 2 hari berakhir, tapi kemeriahan tu masih terngiang-ngiang lagi.
Sebenarnya conference ni julung-julung kali diadakan untuk Leader. Hanya untuk mereka yang mendapat jemputan dan memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan. Alhamdulillah terpilih juga memenuhi kriteria itu.
Tengok poster pun dah teruja sangat. Mana taknya, tetamu jemputan pun bukan calang-calang tau. Diterbangkan khas dari USA lagi. Terharu betul!
Motto kali ini pula “Build to Last”… Haa mendalam betul kan maksudnya. Shaklee bukan business sehari dua, longtime business yang boleh diwarisi sampai ke cucu cicit. Alang-alang dah melangkah, biar sampai berjaya gitu 🙂 Inshaa Allah
Yang Menarik Sepanjang NC
Barisan tetamu hebat
Mr Roger Barnett CEO Shaklee ni sanggup terbang dari US ke Kuala Lumpur semata-mata untuk event ni sahaja. Stay kat KL pun tak sampai 24 jam. Bayangkan perjalanan nak datang ke Malaysia pun dah lebih 24 jam. Lagi lama beliau dalam flight berbanding masa nak spend untuk event ini semata-mata. Bertuahnya rasa bila kami diraikan beliau macam ni.
Dr Bruce Daggy merupakan ketua saintis Shaklee. Berpuluh-puluh tahun mendedikasikan dirinya dalam memajukan dan mengkaji tentang Shaklee. Sampaikan beliau sendiri pun yakin dan kagum dengan suplemen Shaklee. Tak hairanlah kan kalau dalam umur 70 tahun pun beliau masih nampak muda dan tegap je.

Mr Les Wong ni memang buat gamat dewan. Nampak slide ni je semua dah tertanya-tanya kalau dah 35 tahun berkecimpung dalam Shaklee, berapa dah umurnya sekarang? Beliau ni salah seorang penulis Landmark Study tau. Dah lebih 38 tahun consume Shaklee. Setiaaaa dan konsisten sangat! Caya tak kalau saya bagitahu umurnya dah 65 tahun! Dah baya abah-abah Cik Puan VK dah ni.
Starter kit baru bermula April 2017

Freegift Menarik dan Ekslusif


Makanan yang sedap-sedap dan banyak


Breakfast je sempat nak ambil gambar. Lunch sebab dah excited sangat dengan desserts yang best-best dan lauk pun meriah je, sampai lupa dah nak ambil gambar. Tak dapat nak abadikan kenangan.
Tempat reunion dengan keluarga besar Shaklee



dan banyak lagi sebenarnya kejutan-kejutan dari Shaklee nanti.. Cik Puan VK dah tahu dah, tapi tunggu la Shaklee announce officially ye. Mesti lagi teruja semuanya.
P/S: Cik Puan VK ada lagi gambar tetamu jemputan yang best tu nak upload bersama kit baru. Nanti ye.. Cik Puan VK update nanti. Ni kita publish dulu 🙂
_________________________________________________________________________________________________________
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Kagum dengan Les Wong tue, ingatkan macam 30-40 an. Sekali, baya mak ayah kita rupanya, kuikui… Harapnya kita pun dapat ageing gracefully macam dia… 😀
Arnie recently posted…Ziarah Gua Ashabul Kahfi Tempat 7 Pemuda Ditidurkan 309 Tahun
itu la kan.. berapa kali dok ulang baca slide tu dah kalau 35 tahun dah mendedikasikan hidupnya demi Shaklee, dah berapa dah umurnya? Ingatkan umur baru 35 tahun… kagum sangat dengan cara berjalannya pun tak nampak langsung dah lebih 60 tahun! Pengajarannya, konsistenlah! Hasilnya bukan sehari dua terus nampak kan?
Yana VitaminKita recently posted…Seronok Sangat Shaklee Business Leader National Conference 2017
Amboi jangok weh cik puan Yana
MeqZa Abdul Rahman recently posted…HUJAN RAHMAT DI PAGI JUMAAT
biasa-biasa je… tp sebab suasana meriah kot tu yang nampak ceria cantik-cantik semua 🙂