Siapa yang tak ada masalah kelemumur? Tak pernah ada masalah langsung? Sebenarnya bila ada kelemumur ni buat rasa rimas je kan. Kulit kepala gatal. Lepas tu kalau masalah ini terjadi kepada lelaki, confirm la nampak putih-putih salji berguguran tu kat kolar baju, atas bahu..

Kelemumur atau serpihan putih ini sebenarnya sel kulit mati. Ia terjadi apabila sel kulit mudah mati dan digantikan dengan sel baru. Dan sel baru yang berganti itu juga tidak berapa sihat dan mudah mati juga. Begitulah proses yang sama berulang-ulang.

Kenapa Sel Kulit Mudah Mati?

Ramai pakar pemakanan (menurut kajian) percaya punca utama selain dari persekitaran, diet adalah faktor terbesar yang menyumbang kepada masalah ini. Dah sah-sah la kan apa yang kita makan sehari-hari akan membantu kita membentuk sel badan. Dan pemakanan yang sihat yang betul boleh elak kelemumur kepala dari terus terjadi.

5 Makanan Elak Kelemumur Kepala Terus Terjadi

#1 ~ Sayuran Dan Buahan Segar

Sesetengah pakar nutrisi berpendapat, buah-buahan dan sayuran segar yang tinggi antioksidan, vitamin dan mineral boleh membantu menggalakkan pertumbuhan rambut, kulit dan kuku yang sihat. Termasukla kulit kepala yang sihat segar serta bebas dari kelemumur.

#2 ~ Minyak Ikan

Minyak ikan ni kan sebenarnya memberi kesan yang baik terhadap tekstur kulit kita. Pengambilan minyak ikan yang mencukupi boleh membantu kulit kekal lembap dan mengelakkan kulit kering, yang dalam masa sama bila kulit lembap sihat, kelemumur pun tak ada. Minyak ikan sekarang ni dah mudah nak dapat. Cara paling mudah, boleh amalkan suplemen minyak ikan di pasaran. Bonus lagi faedah kesihatan jantung dan lain-lain pun dapat sekali.

“Tips Pilih Minyak Ikan Di Pasaran” (klik)

#3~ Produk Gantian Bukan Tenusu

Sesetengah kajian pakar nutrisi ni ada mengatakan bahawa produk tenusu tidak baik untuk sesiapa yang mempunyai banyak kelemumur. Kombinasi lemak dan unsur-unsur lain dalam susu dan keju misalnya boleh menggalakkan lagi penghasilan kelemumur. Bagi yang gemar produk tenusu ini, boleh cuba cari alternatif lain dan cuba lihat hasilnya selepas konsisten selama sekurang-kurangnya sebulan. Mesti ada perubahan positif.

#4~ Apa Sahaja Yang Mengandungi Vitamin B

Vitamin kompleks yang dikenali sebagai vitamin B membantu untuk menyediakan keadaan yang sesuai untuk kulit yang sihat. Nutrien yang penting boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan, termasuk beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran yang sama pakar pemakanan umumnya akan mengesyorkan untuk makanan harian kita.

#5 ~ Protein Tanpa Lemak (Lean Protein)

Menurut pakar pemakanan, untuk mengurangkan kelemumur, kita mesti mendapatkan banyak protein, yang akan digunakan untuk membantu membina rambut dan kulit. Dan protein yang lebih baik adalah tanpa banyak lemak seperti lemak biasa yang terkandung dalam daging merah dan protein klasik lain. Contoh protein tanpa lemak termasuk ikan, daging tanpa lemak seperti rusa atau kijang, dan protein bukan daging seperti telur, dan kekacang.

*Sumber*

Tapi apa yang Cik Puan VK share ni hanyalah cara pencegahan kelemumur dari skop pengambilan diet yang sesuai. Harus diingat, bukan diet sahaja yang menyumbang kepada penyelesaian masalah. Penjagaan kulit kepala dan rambut secara luaran juga membantu kulit kepala kekal bersih dan sihat.

“Prosante  Selesaikan Masalah Kelemumur dan Rambut Gugur” (klik)

“Vitamin Untuk Rambut Sihat” (klik)

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Elak Kelemumur Kepala Dengan 5 Makanan Ini
Tagged on:                     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge