Selalunya masalah bakal pengantin yang nak kuruskan badan kan? Tapi beza sikit kali ni Cik Puan VK nak share tentang dilema bakal pengantin yang terlalu kurus. Ketinggian dah cun melecun macam model tapi berat badan yang terlalu rendah membuatkannya nampak terlalu kurus dan “sekeping”.

Gambar sekadar hiasan (image Google)

Kenapa Risau Bila Nak Kahwin Tapi Terlalu Kurus

#1~Hilang Keyakinan Diri

Tentulah yang pertamanya nampak serba “tak cantik”. Pengantin mula hilang keyakinan diri nak naik pelamin maklumlah raja sehari yang tentunya jadi tumpuan ramai pada hari itu. Semua pun tentu mahukan tampil cantik, sedap mata memandang atau paling tidak pun keyakinan diri yang tinggi untuk berdepan dengan semua tetamu pada hari persandingan.

#2~Masalah Memilih Baju Pengantin Yang Sesuai

Kalau nak sewa baju, size kecil pun mesti akan longgar. Bila otter, cutting nampak sekeping. Kalau nak tempah baju, design pun mesti sesuai dengan masalah terlalu kurus agar nampak terletak cantik. Pendek kata macam serba tak kena memilih baju ni. Warna pun sah-sah la memainkan peranan yang penting juga kan. Kalau warna gelap, nampak lagi kurus pula. Kalau pilih warna cerah, lagi menampakkan susuk tubuh yang terlalu kurus.

#3~Masalah Kesuburan

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata. Berat badan ideal menyihatkan sistem reproduktif. Memiliki tubuh yang terlalu kurus akan membuatkan seseorang wanita mengalami masalah berkaitan kesuburan seperti menstruasi, ovulasi dan kehamilan. Mereka bukan sahaja akan mengalami masalah haid tidak teratur malah berhadapan dengan risiko sukar untuk hamil atau kesukaran sewaktu proses kehamilan.

#4~Risiko Pelbagai Penyakit Lain

“Terlalu Kurus Risiko Pelbagai Penyakit” (klik)

Strategi Menambah Berat Badan

Kalau anda bakal pengantin yang mengalami dilema begini, apa kata pasang strategi untuk menambah sedikit berat badan kepada yang normal dan seimbang dengan ketinggian. Cik Puan VK kongsikan di sini ye beberapa tips yang mungkin bermanfaat untuk anda.

Mula-mula sekali, kena set target, berapa kilogram nak tambah berat badan. Ni penting ni, supaya tak tersasar pula. Nanti elok-elok berat ideal cuma perlu tambah lagi 4kg, tapi sedap dok pasang strategi sampai terlajak ke 10kg pula! Alamak!!

Antara tips lain, bakal pengantin yang terlalu kurus nak tambah berat badan boleh amalkan ini ye;

  • Pilih makanan kaya nutrisi ~ yang seimbang vitamin, mineral, banyakkan buah-buahan dan sayuran hijau dalam makanan. Jangan sesekali fikir nak cepat tambah berat kena ambil lemak berlebihan ye. BIG NO!
  • Tingkatkan pengambilan protein ~ protein diperlukan untuk meningkatkan penghasilan otot sehingga membantu berat badan bertambah. Protein juga merupakan salah satu zat yang penting untik pembentukan sel-sel otot, tulang, kulit, rambut dan darah.
  • makan kerap tetapi dalam kuantiti lebih kecil ~ biasanya mereka yang kurus, cepat rasa kenyang. Jadi lebih baik untuk mengambil makanan lebih kerap berbanding cuma 3 kali makanan utama setiap hari.
  • amalkan jus atau smoothies ~ banyakkan minum jus atau smoothies. Elakkan minuman bersoda, berkafein, dan minuman ringan yang mengandungi banyak gula
  • tambah kalori dalam setiap hidangan ~ boleh pelbagaikan hidangan dengan menambah keju, telur (sebagai contoh), tapi tetap perlu berhati-hati kalau-kelau terlebih pula lemak tidak sihat di dalam badan
  • jangan minum sebelum makan ~ kalau dah minum sebelum makan, perut cepat penuh dan automatik membuatkan cepat kenyang walaupun makan sikit. Jadi, tukar cara minum ye. Makan dulu baru minum
  • senaman ~ penting ni untuk membentuk otot-otot. Jangan fikir senaman ni untuk kurus je 🙂
  • rehat yang cukup ~ kurang tidur sebenarnya mengganggu metabolisme tubuh. Tidur berkualiti dan cukup masa yang disarankan (6-8jam sehari) dapat membantu berat badan yang normal

Dapat Naikkan Berat Badan Idaman

Seorang customer kesayangan Cik Puan VK ni, bakal pengantin juga. Risau sangat dengan berat badan yang baginya tak memuaskan dengan ketinggiaannya. Nak berikhtiar naikkan sikit berat badan supaya nampak cantik dan sedap mata memandang

Adik manis ni mencuba ESP (protein) dan B Complex. Dah confuse pula ESP ni kenapa kejap orang cakap kalau ambil boleh kurus? Ni ambil ESP boleh tambah berat pula? Dah sudah.. mana satu yang betul?

Sebenarnya ESP (protein) ni bukan secara langsung menaikkan berat badan atau menggemukkan. Tetapi peranan protein sebenarnya membantu sel-sel badan yang sihat, otot yang sihat dan stabil. Sebab itu yang gemuk boleh kurus, yang kurus boleh jadi normal.

B Complex pula mengandungi 8 jenis vitamin B yang membantu mengawal atur metabolisme badan dan mengurangkan stress. Stress ni pun punca utama juga boleh buat penat, tak cukup rehat, dan mengganggu berat badan normal.

Satu lagi, kalau anda di luar sana yang rasa agak sukar nak makan makanan yang cukup nutrisi, Cik Puan VK cadangkan ambil Vitalea (multivitamin) sekali. Lengkap 28 vitamin dan mineral tau. dan merupakan vitamin tertua di dunia. Dah lebih 100 tahun (Y)

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Dilema Bakal Pengantin Terlalu Kurus
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge