Tips Tangani Bengkak Susu Dengan Cepat | Bengkak susu terjadi kepada ibu-ibu yang menyusukan bayi apabila saluran susu tersumbat dan mula mengeras seterusnya membengkak.

Bengkak susu adalah masalah biasa yang terjadi semasa menyusukan bayi. Ianya terjadi apabila susu tidak disalurkan sepenuhnya semasa penyusuan atau apabila terlalu banyak tekanan dalam payudara. Susu tersekat di saluran dan mungkin menjadi pekat dan tidak dapat mengalir dengan betul. Masalah ini memang biasa tetapi sakitnya tak boleh dijangka. Bengkak susu boleh menyebabkan terjadinya ketulan di payudara, yang menyakitkan dan membuatkan ibu rasa serba tak kena lebih-lebih lagi pada ibu yang baru pertama kali mempunyai pengalaman sebegini.

bengkak-susu

Faktor Terjadinya Bengkak Susu

  • tidak mengosongkan payudara semasa menyusukan
  • bayi tidak menghisap dengan baik
  • mengambil masa yang lama di antara dua sessi penyusaan bayi
  • susu yang dihasilkan terlalu banyak
  • pam susu tidak efektif mengosongkan payudara
  • bercerai susu secara tiba-tiba
  • pemakaian bra yang tidak sesuai atau terlalu ketat
  • apa-apa yang memberi tekanan kepada payudara untuk tempoh masa yang panjang seperti beg, tali pinggang keledar, dll

5 Tips Tangani Bengkak Susu

tips-tangani-bengkak-susu

#1 ~ Teruskan penyusuan ~ walaupun sakit, dinasihatkan ibu untuk meneruskan penyusuan untuk membantu mengurangkan bengkak susu. Lebih banyak susu dikeluarkan, lebih cepat saluran yang tersumbat itu pulih.

#2 ~ Kosongkan payudara ~ sekiranya bayi hanya minum sedikit, dan penghasilan susu ibu pula terlalu banyak, ibu dinasihatkan mengosongkan payudara dengan cara pam atau mermet. Begitu juga sekiranya anda bercerai susu secara tiba-tiba, teruskan mengepam keluar susu walaupun bayi tidak memerlukannya lagi.

#3 ~ Rehat dan tenang ~ runsing, resah, tertekan akan mengganggu pengeluaran susu dan boleh menambah rasa sakit dan bengkak

#4 ~ Tuam dan urut ~ ada petua nenek moyang dulu mencadangkan kobis untuk menyejukkan dan memberi kelegaan pada bengkak dan sakit. Boleh juga cuba menuam dengan pad panas atau pad sejuk mengikut keselesaan ibu. Sentiasa urut dengan lembut dan berterusan bagi membantu melembutkan bahagian bengkak yang mengeras.

#5 ~ TIDAK pada pain killer atau ubat penahan sakit ~ Pengambilan ubat penahan sakit tidak membantu menyelesaikan bengkak susu tetapi hanya menghilangkan rasa sakit sahaja. Itu pun hanya untuk seketika. Ibu-ibu mula akan merasa kesakitan selepas kesan ubat habis.

clogged-ducts

Lecithin Bantu Lancarkan Susu, Atasi Saluran Tersumbat dan Bengkak Susu

Teringat pengalaman sendiri 10 tahun dulu, doktor mencadangkan lebihkan pengambilan lecithin atau boleh mencuba makanan tambahan lecithin. Lecithin adalah bahan semula jadi yang pertama kali ditemui pada kuning telur. Ia juga secara semula jadi di dalam:

  • kacang soya
  • bijirin
  • kacang tanah
  • daging (terutamanya hati)
  • susu (termasuk susu ibu)

Kita boleh juga lihat “lecithin” (lesitin) pada label coklat, salad dressing, dan makanan-makanan yang lain. Ia adalah bahan yang membantu mengemulsi lemak dan minyak. Lecithin adalah phospholipid, yang mempunyai kedua-dua unsur hidrofobik (pertalian untuk lemak dan minyak) dan unsur hidrofilik (pertalian untuk air). Ia  membantu mencegah saluran penyusuan tersumbat dengan meningkatkan asid lemak poli tak tepu dalam susu dan mengurangkan kelekitan (akibat pekat) susu pada saluran susu.

Bahayakah Bengkak Susu?

Kebanyakan kes bengkak susu boleh surut dengan sendiri selepas langkah-langkah menangani diambil. Paling cepat mungkin dua atau tiga hari juga.

Risiko yang mungkin bakal dialami oleh ibu termasuklah;

  • demam bengkak susu (boleh menggigil juga)
  • mastitis (jangkitan bakteria pada payudara)

Jika anda mempunyai gejala-gejala selesema seperti demam dan menggigil dan ketulan payudara yang panas dan merah, berjumpalah doktor dengan segera. Doktor mungkin membekalkan  antibiotik untuk merawat jangkitan. Jika tidak dirawat, mastitis boleh membawa kepada abses payudara. Bernanah, lebih menyakitkan dan perlu dikeluarkan segera oleh doktor.

Credit: Healthline.com, Mom Junction

Testimoni Lecithin Shaklee dan Bengkak Susu

Di Shaklee, kami pun ada Lecithin.

testimoni-bengkak-susu-3 testimoni-bengkak-susu-2 testimoni-bengkak-susu-1

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Tips Tangani Bengkak Susu Dengan Cepat
Tagged on:         

2 thoughts on “Tips Tangani Bengkak Susu Dengan Cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge