Tingkatkan Kesuburan Lelaki Dengan Vitamin C | Ramai yang keliru bila Cik Puan VK suggest Vitamin C dalam rangkaian ikhtiar vitamin kesuburan.

“Tak perlu kot ambil Vitamin C.. imun sistem saya ok je.. jarang demam.. saya pun bukan nak fokus untuk kulit.. nak fokus kesuburan sahaja dulu”

Dialog macam ni selalu sangat dengar. Jom saya kongsikan apa peranan dan kebaikan Vitamin C untuk membantu kesuburan.

antioksidan-untuk-kesuburan-lelaki
Vitamin C~ termasuk dalam kumpulan vitamin antioksidan yang dicadangkan untuk diambil setiap hari

Untuk perkongsian kali ini, saya fokuskan tentang peranan Vitamin C dalam membantu kesuburan lelaki terlebih dahulu ye.

Vitamin C Membantu Kesuburan Lelaki dengan Meningkatkan Kesihatan Sperma

Vitamin C telah terbukti untuk meningkatkan kualiti sperma dan melindungi sperma daripada kerosakan DNA; dan membantu untuk mengurangkan risiko keguguran dan kecacatan kromosom. Vitamin C melindungi sperma daripada kerosakan oksidatif akibat radikal bebas.

kesuburan-lelaki-sperma-sihat
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kekurangan bilangan sperma, rendah motiliti dan morfologi

Kajian menunjukkan bahawa kekurangan vitamin C berkait rapat dengan rendahnya bilangan sperma, begitu juga dengan motiliti dan morfologi. Vitamin C perlu bukan sahaja untuk memastikan sperma yang sihat, tetapi juga untuk menyokong sperma bergerak aktif kepada sasaran yang sepatutnya.

Satu kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam kesihatan sperma terhadap seorang lelaki yang sebelum ini gagal dalam rawatan kesuburan dimana sebilangan besar sperma menunjukkan pemecahan DNA. Kajian ini mendapati dalam masa 2 bulan dibekalkan pengambilan Vitamin C dan Vitamin E sebanyak 1gram (1,000mg) setiap hari, berjaya menurunkan kadar pemecahan DNA dalam sperma dan meningkatkan peluang kehamilan dengan jayanya.

Satu kajian yang dilakukan pada tahun 1991 menunjukkan bahawa tahap asid askorbik (satu bentuk vitamin C) lebih tinggi di dalam cecair seminal (air mani) berbanding cecair lain di dalam tubuh manusia, termasuk darah. Kajian ini juga menunjukkan kajian dengan subjek lelaki sihat, pengurangan tahap vitamin C boleh memudaratkan kesihatan sperma. Apabila pengambilan diet vitamin C telah dikurangkan daripada 250mg hanya 5mg sehari, tahap asid askorbik pada air mani lelaki tersebut berkurangan sebanyak 50%, dan bilangan sperma yang mempunyai kerosakan kepada DNA meningkat sebanyak 91%. Keputusan ini menunjukkan betapa pentingnya pengambilan vitamin C dalam usaha dan ikhtiar mencegah kemandulan pada lelaki.

kesuburan-lelaki-dan-vitamin-c
Betapa pentingnya Vitamin C dalam penghasilan sperma, perlindungan sperma dan motiliti sperma

Bukan itu sahaja, suplemen vitamin C juga telah terbukti dapat meningkatkan kualiti sperma di kalangan perokok dan mengurangkan agglutination sperma (apabila mereka bergumpal), menjadikan pergerakan mereka lebih perlahan dan kurang aktif.

Sumber; Natural Fertility Info, Natural Fertility and Wellness

Anda mahu mendapatkan Vitamin C Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian. 

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Tingkatkan Kesuburan Lelaki Dengan Vitamin C
Tagged on:             

2 thoughts on “Tingkatkan Kesuburan Lelaki Dengan Vitamin C

Leave a Reply to Noriza Rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge