Sambil scroll instagram, tetiba ternampak update kawan baik Cik Puan VK yang menetap di negara jiran kini berada di KLIA nak balik semula ke rumahnya di negara jiran itu. Eh, eh.. macam terkejut pula rasanya sebab macam baru minggu lepas Cik Puan VK bye bye dia balik ke sana. Balik lagi tanpa pengetahuan ke?

Laju-laju ambil telefon dan terus hantar wassap. Ya Allah tiba-tiba rasa berderau darah bila mengetahui anaknya sakit kepala yang teruk sampai tak dapat bangun, tak dapat buat apa-apa dan menangis je. Tak dapat fikir jalan lain yang lebih baik, terus ambil tiket fly balik ke Kuala Lumpur dan terus buat pemeriksaan di salah sebuah hospital pakar. CT scan pun buat sekali, nampak sinus dah bengkak dan terkena jangkitan. Sebab tu la sampai sakit kepala teruk.

sinusitis
Cycle sinusitis ~ bengkak > tersumbat > jangkitan kuman

Katanya langsung tak dapat buat kerja kerana anaknya asyik menangis. Bangun pun tak boleh, makan pun tak boleh. Risau sangat dengan keadaan anaknya kerana yakin anak ini bukan mengada-ngada. Dah 11 tahun pun usianya. Sakit kepala teruk sebegini mesti ada sesuatu yang tidak kena. Tambah risau bila dah bleeding banyak sampai 3 hari.

anak-sakit-kepala-sinusitis
Perbualan “wassap” kami.

Sakit Kepala Akibat Sinusitis

Bukan boleh buat main sakit kepala ni. Bukan sahaja tak boleh bangun, sakit kepala boleh akibatkan demam dan hidung juga tersumbat dan mengeluarkan mukus pekat kuning, deria bau pun kurang. Kalau ada simptom macam ni, kemungkinan besar kita terkena sinusitis.

sakit-kepala-sinusitus
Sinusitis ini penyakit yang melibatkan rongga angin dalam tengkorak, disebut sinus. Ia dipanggil sinusitis bila rongga sinus dikangkiti kuman. Perkataan “itis” itu sendiri bermaksud bengkak di bahagian dalam rongga sinus.

Bahayakah Sinusitis?

Nampak biasa tetapi sinusitis yang tidak dirawat boleh menjadi kronik dan menyebabkan komplikasi bahagian lain. Kuman boleh merebak ke bahagian mata, telinga, dan apabila nanah mengalir ke bahagian sinus di belakang tekak dan hidung, boleh juga mengakibatkan jangkitan di situ. Kuman juga boleh merebak ke bahagian telinga dan akan menyebabkan telinga berdengung, sakit serta mengganggu pendengaran.

sinusitis-kanak-kanak
Jangkitan bakteria pada sinus juga boleh mengganggu bahagian telinga

Kalau tidak dirawat segera, nanah yang terkumpul boleh memecahkan gegendang telinga selain menyebabkan nanah meleleh keluar. Itu juga yang sering kita dengar kadang-kadang terdapat kes telinga anak-anak yang bernanah kan? Terutamanya ketika selsema.

Infeksi tonsilitis pun boleh terjadi, sakit tekak, hilang suara malah kalau tidak dirawat juga boleh merebak ke paru-paru dan berisiko terkena pneumonia.

Bagaimana Anak Boleh Dijangkiti Sinusitis?

Menurut doktor, sinusitis biasa di kalangan kanak-kanak kerana mereka lebih terdedah kepada bakteria di sekolah atau taska sementelah tahap imun kanak-kanak ini lebih rendah berbanding orang dewasa.

Jadi, sentiasa ambil berat bila anak mengadu sakit kepala, hidung tersumbat, sakit tekak, telinga dan apa-apa yang berkaitan dengannya.

Rawatan Yang Dicadangkan.

Menurut kawan Cik Puan VK ni, doktor bekalkan antibiotik kerana dah berlaku jangkitan kuman pada rongga sinus anaknya. Tak dapat buat rawatan lain memandangkan anaknya juga ada asthma. Jadi cuma boleh bantu dengan kawalan serta bekalkan sedikit vitamin. Cik Puan VK cadangkan anak ini konsisten dengan pengambilan Vitamin C dan Omega Guard (Omega 3)

Vitamin C ini antihistamin semulajadi yang boleh membantu mengurangkan histamin yang dihasilkan dalam badan. Histamin ini merupakan bahan kimia semulajadi yang dikeluarkan oleh badan untuk melawan alergen, seperti bersin, gatal-gatal, sakit dan seumpamanya. Bila kita ambil Vitamin C, penghasilan histamin ini akan berkurangan, dan secara langsungnya boleh mengurangkan ketidakselesaan akibat sinusitis.

Vitamin C juga boleh membantu menguatkan sistem pertahanan badan dengan membantu pengeluaran sel-sel darah putih melawan jangkitan dan menguatkan sistem imun badan untuk melawan simptom alahan.

Sifat Vitamin C yang antioksidan membantu menyingkirkan serangan radikal bebas yang merosakkan dan melemahkan sel-sel. Ia juga mengembalikan konsistensi air hidung dan mengembalikan kepada situasi asal. Apabila lendir itu telah menipis dan keluar, pengeluaran protein khusus bermula, memberi isyarat bahawa rongga hidung adalah bebas daripada jangkitan. Jadi pengeluaran mukus yang banyak itu bagus! Petanda mula sembuh. Alhamdulillah.

*Sumber*

Sementara itu, minyak ikan Omega 3 (Omega Guard Shaklee) pula membantu mengurangkan bengkak dalaman, meningkatkan aliran udara dan melindungi paru-paru dari selsema dan jangkitan pernafasan. Boleh juga tambahkan diet kaya Omega 3 seperti salmon, ikan kembung, dan lain-lain yang kaya asid lemak omega 3. Tapi faham-faham je la kan ikan macam ni harganya pun boleh tahan 🙂

*Sumber*

Sangat memahami bagaimana risaunya hati ibu bila anak-anak sakit. Tambahan lagi kalau dah berhari-hari tak boleh tidur, tak boleh makan, tak boleh ke sekolah dan menangis sahaja. Semoga ibu-ibu yang mengalami situasi sebegini diberi ketabahan yang tinggi dan dipermudahkan segala ikhtiar. Allah juga yang mengizinkan kesembuhan.

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Seksanya Bila Anak Sakit Kepala Akibat Sinusitis
Tagged on:             

2 thoughts on “Seksanya Bila Anak Sakit Kepala Akibat Sinusitis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge