Fibroid Ketika Mengandung | Entry kali ini lebih kepada perkongsian peribadi Cik Puan VK sendiri tentang fibroid ketika mengandung. Kebetulan sehari dua ini ramai yang bertanya suplemen antioksidan kuat untuk kecutkan fibroid ketika mengandung, tetapi saya ada pendapat sendiri kenapa tidak perlu mengambil antioksidan kuat semasa hamil KECUALI atas nasihat pakar perbidanan.

kedudukan-fibroid-ketika-mengandung
Kemungkinan kedudukan fibroid semasa mengandung.

Apa Itu Fibroid?

Menurut Dr Zubaidi, fibroid adalah satu ketumbuhan tetapi tidak merbahaya yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim.

Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah:

  1. wanita pada usia subur (30 hingga 40 tahun),
  2. wanita yang over weight atau obese
  3. wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid
  4. wanita yang tidak pernah melahirkan anak

Fibroid Ketika Mengandung

Fibroid juga boleh berlaku ketika mengandung. Ramai wanita yang tidak menyedari mereka mempunyai fibroid sehinggalah menjalani ultrasound semasa mengandung.

Secara normalnya fibroid semasa mengandung TIDAK BAHAYA tetapi bergantung kepada di di mana kedudukannya dan adakah ianya membesar atau tidak?

Kebanyakan kes fibroid tidak membesar semasa mengandung dan tidak mengakibatkan apa-apa komplikasi utama kepada kehamilan atau kelahiran bayi. Masalah biasa yang mungkin terjadi ialah sakit pada bahagian peranakan dan pendarahan ringan (spotting), tetapi tidak menyebabkan risiko tinggi kepada kandungan.

Pembesaran fibroid bergantung kepada paras estrogen di dalam badan. Walaupun secara puratanya kes fibroid ini jarang membesar semasa kehamilan, tetapi tetap ada sebilangan kecil yang mengalami pertambahan saiz fibroid dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan akibat pengaruh estrogen yang berada pada aras tertinggi semasa trimester pertama kehamilan. Fibroid biasanya akan mengalami pengecutan selepas kelahiran anak.

Apa Tindakan Sepatutnya Menghadapi Fibroid Semasa Mengandung?

ultrasound-kehamilan
Pemeriksaan ultrasound yang kerap boleh memantau saiz fibroid dan perkembangan janin

Ibu yang mengalami fibroid ketika mengandung disarankan untuk melakukan pemeriksaan ultrasound berkala dengan lebih kerap untuk memantau saiz fibroid dan memastikan pembesaran janin boleh berlaku dengan baik.

Pemeriksaan berkala dengan pakar perbidanan juga penting demi memastikan tiada apa-apa komplikasi atau kemungkinan keguguran, kesakitan dan kelahiran pramatang.

Ibu-ibu juga dicadangkan mengamalkan diet seimbang dan berkhasiat sepanjang kehamilan, bukan sahaja untuk kandungan yang sihat tapi dalam langkah “melawan fibroid” juga.

tips-atasi-fibroid
Tips Melawan Fibroid

Ada Risiko Keguguran?

jenis-fibroid
Jenis dan kedudukan fibroid

Ya. Tetapi keguguran boleh berlaku kalau fibroid jenis submukosa yang membesar dalam rahim (yang tidak membesar terkecuali). Fibroid jenis ini akan menyebabkan lapisan endometrium semakin menipis dan menghalang bekalan darah yang secukupnya untuk pembesaran janin. Walaubagaimana pun cuma peratusan kecil yang mengalami fibroid jenis ini dan biasanya ia dapat dikesan oleh pakar. Sebab itu pentingnya pemeriksaan berkala dan kerap.

Perlukah Pembedahan Fibroid Ketika Mengandung?

Pembedahan tidak mungkin dilakukan untuk membuang fibroid ketika mengandung. Pembedahan ketika mengandung dan bersalin akan meningkatkan risiko pendarahan yang teruk dan keguguran mungkin berlaku. Pembedahan hanya akan dicadangkan berapa ketika selepas bersalin SEKIRANYA fibroid itu sangat berbahaya kepada si ibu sekiranya tidak dibuang.

Pengalaman Tentang Fibroid Ketika Mengandung

Saya sendiri berdepan situasi yang sama lebih 10 tahun dulu. Masih ingat pada mulanya doktor sangkakan saya waktu itu mungkin mengandung kembar kerana kedudukan kandungan yang agak tinggi (masa tu di klinik yang tiada ultrasound, doktor masih manually ukur di perut). Kemudian baru di refer kepada pakar.

Cuak sangat saya masa tu sebab dah pernah mengalami keguguran pertama sebelum tu. Memang harapan besar kandungan kali ini dapat diselamatkan. Waktu itu yang saya ingat doktor pesan jaga makan, kerapkan pemeriksaan. Tak bahaya kalau tak membesar dan tak menggangu pembesaran janin.

Jadi saya hanya ikut apa pesanan doktor, kerapkan ultrasound dan checkup. Masa tu memang 2 minggu sekali la juga buat ultrasound sehinggalah size maksimum fibroid itu seingat saya sebesar bola pingpong. Gynea nasihatkan saya teruskan vitamin prenatal seperti biasa dan tiada apa yang perlu dirisaukan walaupun size fibroid terus membesar waktu itu. Tetapi pemeriksaan kerap perlu dilakukan untuk memastikan ada ruang janin membesar dengan baik dan kedudukan janin pun tidak menyongsang.

Alhamdulillah, masuk bulan ke 5 kalau tak silap saya, fibroid dah tak kelihatan. Mungkin juga terlindung dengan size anak yang kian membesar waktu itu. Dan keadaan berterusan normal selepas itu sehingga bersalin. Rezeki saya mungkin, selepas bersalin fibroid terus mengecil dan sendirinya hilang. Dah tak kelihatan langsung semasa ultrasound selepas 2 bulan bersalin

fibroid-semasa-mengandung
Di awal peringkat kehamilan. Fibroid membesar.
fibroid-ketika-mengandung
Semasa kandungan lebih kurang 5 bulan. Janin membesar dengan baik dan fibroid dah tak kelihatan

Saya cuba cari mana gambar ultrasound saya dulu tapi karbon dah hilang. Ada 2 sahaja yang nampak kesan pen catatan doktor sahaja 🙂

Maklumla mesin ultrasound dulu-dulu tak secanggih sekarang kan.

Secara ringkasnya, fibroid semasa kehamilan adalah sangat biasa. Fibroid jarang menyebabkan komplikasi atau keperluan untuk rawatan invasif. Apa yang paling penting adalah ikut segala nasihat dari pakar perbidanan. Mereka juga mahukan yang terbaik untuk kita kan. InsyaaAllah.

Ada yang tanya kenapa pengambilan vitamin antioksidan kuat tak digalakkan ambil semasa mengandung?

Vitamin tinggi antioksidan seperti Vitamin E (Shaklee ada kuasa OPC yang 50 lebih kuat dari vitamin E biasa), Vivix, Carotomax dan GLA Complex tidak digalakkan sebagai langkah berjaga-jaga atas apa-apa risiko. Ibu hamil secara semulajadinya antibodi menurun dan hormon juga tidak stabil untuk membenarkan janin membesar dengan baik. Vitamin tinggi antioksidan boleh membantu sistem badan yang stabil dan sistem imun yang kuat yang menafsirkan janin sebagai “benda asing” dalam badan yang perlu disingkirkan. Risiko keguguran mungkin berlaku. Namun pengambilannya tetap selamat atas nasihat doktor atau pakar perbidanan yang merawat kerana mereka lebih memahami situasi badan sebenar ibu ini. (setiap ibu mengandung adalah unik even setiap kandungan pun berbeza walaupun individu yang sama).

Set Cadangan Untuk Ibu Mengandung

buasir ketika hamil
Klik pada gambar untuk info lanjut

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Fibroid Ketika Mengandung | Apa Tindakan Sepatutnya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge