Breast Health Awareness Talk | Baru-baru ini, Cik Puan VK dapat undangan menghadiri talk yang dianjurkan oleh pihak Shaklee. Sebenarnya ini “kelas percuma” untuk ahli yang sempat grab Women’s Healhty Set dan Immunity Set. Saya dapat 4 tiket dan boleh la bawa sekali Victorious Krew yang berkesempatan menghadirinya.

Speaker undangan pada hari itu ialah Dr Normayah Binti Kitan yang dah berpengalaman lebih 22 tahun dalam bidang perubatan.

kesihatan-payudara-shaklee

Kesedaran Kesihatan Payudara

Topik ni memang sangat HOT dan perlu ada kesedaran untuk setiap wanita untuk memahami risiko, punca, dan pencegahan serta rawatan awal dapat menyelamatkan nyawa. Statistiknya semakin meruncing dengan anggaran 1 di kalangan 20 wanita menghidapi kanser payudara dan merupakan kanser yang paling tinggi di Malaysia.

Dr Normayah mengulas tentang punca utama adalah ESTROGEN berlebihan. Ramai dari kita yang risau tentang faktor genetik kan? Tapi sebenarnya genetik hanya menyumbang 10% daripada punca kanser payudara. Faktor utamanya adalah dari gaya hidup tidak sihat, pemakanan yang tidak seimbang, stress, dan obesiti.

Agak sukar “mengelak” estrogen pada kaum wanita selagi kita mempunyai ovari, selagi itulah hormon estrogen kita akan ada. Tetapi apa yang boleh kita kawal ialah dengan mengurangkan risiko. Antaranya;

  • kahwin dan bersalin anak sulung sebelum umur 30 tahun
  • kerap mengandung (estrogen rendah semasa hamil)
  • menyusukan anak (estrogen rendah semasa menyusukan anak)

Akan tetapi faktor-faktor yang disebut di atas adalah diluar kawalan kerana soal jodoh bila, rezeki ada anak bila dan berapa itu semua di luar kawalan kita. Apa yang kita boleh kawal adalah pemakanan yang sihat (makan banyak sayuran dan buahan), kawal stress, kawal berat badan, amalkan gaya hidup yang sihat terutama yang sudah mempunyai sejarah ahli keluarga pesakit kanser.

breastcancer

Pengesanan Awal Boleh Menyelamatkan Nyawa

Ramai di kalangan wanita yang ambil ringan dengan apa-apa perubahan pada payudara yang tidak menyakitkan. Di sinilah kesilapan besar kerana kanser peringkat awal memang TIDAK SAKIT! Lakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan dan segeralah berjumpa doktor sekiranya terdapat apa-apa kelainan pada kulit, bengkak, benjolan, lelehan atau apa sahaja yang di luar kebiasaan.

Sentiasa berfikiran positif kalau diuji dengan kanser kerana emosi yang positif juga boleh membantu proses pemulihan.

Nutrisi Untuk Kesihatan Payudara dan Pencegahan Kanser

nutrisi-payudara-sihat-cegah-kanser

  • Resveratrol ~ Vivix
  • Omega 3 ~ Omega Guard
  • Soy Protein ~ ESP
  • Vitamins & Mineral ~ Vitalea
  • Calcium & Vitamin D ~ Ostematrix
  • Omega 6 ~ GLA Complex

amazing-golden-set-cegah-kanser

Bertuah sangat kerana diberi peluang hadir seminar pendek ini. Majlis ilmu yang sangat bermanfaat dan moga-moga boleh membantu mereka di luar sana juga yang diuji dengan kanser payudara. Atau paling penting, langkah pencegahan boleh di ambil lebih awal bagi mengelakkan risiko kanser semakin meninggi, bagi mereka yang sihat.

pengedar-shaklee-ampang-yana
Kami selepas talk.. Tak sempat bergambar ramai-ramai sebab anak kecil dah memanggil pulang 🙂

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Breast Health Awareness Talk | Kesedaran Kesihatan Payudara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge