Vitamin C Untuk Kitaran Haid Normal | Kitaran haid adalah sebahagian daripada kehidupan setiap wanita. Kitaran haid normal dan tetap mencerminkan kesihatan yang baik dan adalah sangat penting untuk kesihatan khususnya kesuburan wanita. Walaupun kebanyakan wanita mempunyai kitaran haid normal dan tetap, masih ramai juga yang mengalami masalah “haid tersekat“. Kitaran haidnya sangat tidak teratur dengan mengambil masa lewat berminggu-minggu untuk kembali datang haid.

haid-tersekat

Tahukah anda peranan vitamin C dalam membantu kitaran haid normal dan teratur? Dan ada ketikanya sekiranya anda mengalami “haid tersekat”, pengambilan Vitamin C yang extra dose boleh membantu “turun darah”.

Vitamin C Untuk Kitaran Haid Normal

Vitamin C dikenali boleh membantu meningkatkan sistem imun kita. Ia adalah vitamin yang kaya dengan pelbagai faedah dan kebaikan dalam membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Kalau sebut vitamin C, ramai yang akan terfikir tentang kulit cantik, kolagen semulajadi kulit, elakkan penyakit skurvi, selain fungsi utama meningkatkan ketahanan sistem imun tubuh badan. Tetapi ramai yang tidak menyedari peranan vitamin C dalam membantu kitaran haid normal dan teratur, juga “induce period”.

#1~ Vitamin C meningkatkan paras hormon estrogen.

Estrogen ialah hormon yang bertanggungjawab membantu mendorong kedatangan haid yang teratur atau dipanggil juga “turun darah”.

Dengan meningkatkan paras estrogen, pengecutan rahim akan bermula dan seterusnya merangsang “pendarahan” atau kedatangan haid.

Sebab itu juga sekiranya anda hamil, dos pengambilan vitamin C harus diperhatikan kerana boleh mengakibatkan keguguran peringkat awal kehamilan sekiranya diambil dengan dos yang besar.

estrogen-dan-progesteron-haid
Rajah menunjukkan kaitan diantara estrogen yang berkadar songsang dengan progesteron

#2 ~ Vitamin C mengurangkan paras hormon progesteron

Pregesteron adalah hormon wanita, yang penting untuk perkembangan kehamilan. Apabila telur disenyawakan, progesteron dikeluarkan dalam jumlah yang besar untuk meneruskan kehamilan.

Pengambilan vitamin C yang banyak (sekiranya anda mengalami haid tersekat) boleh membantu mengurangkan penghasilan hormon progesteron, kesannya meruntuhkan dinding rahim dan haid bermula.

Credit: *sumber*

Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa ini hanyalah satu ikhtiar dari segi diet dan nutrsi. Adalah sangat-sangat disarankan untuk berjumpa dengan doktor dan pakar perubatan sekiranya anda tidak datang haid untuk waktu yang panjang, atau mengalami masalah kitaran haid yang tidak stabil.

Anda mahu mendapatkan Vitamin C Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian. 

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Vitamin C Untuk Kitaran Haid Normal
Tagged on:     

One thought on “Vitamin C Untuk Kitaran Haid Normal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge