Set Ibu Mengandung Shaklee Pilihan Semua Golongan | Percaya tak kalau Cik Puan VK cakap set ibu mengandung Shaklee (prenatal vitamin) ni bukan sahaja ibu mengandung yang amalkan hari-hari. Tapi specialnya, set ini boleh diteruskan semasa berpantang, menyusukan anak, dan juga suplemen seharian untuk merancang kehamilan seterusnya, malah juga turut sesuai walaupun tidak termasuk dalam golongan yang disebut.
Apa yang ada dalam Set Ibu Mengandung Shaklee?
- Vitalea ~ membantu pembesaran bayi dalam kandungan. Kaya dengan zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Ia mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang
- B Complex ~ sangat penting untuk pembinaan tulang bayi dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin. Formula dengan Asid Folik bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahim di awal kehamilan. Disarankan ambil sebaik persenyawaan berlaku untuk menghalang kecacatan neural tube dan membantu pembentukan saraf dan sel-sel lain.
- Vitamin C ~ membina dan menguatkan tisu-tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gisu dan gigi yang sihat
- ESP ~ protein penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim tubuh
- Ostematrix ~ kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
- Omega Guard ~ minyak ikan, DHA & EPA yang terkandung di dalamnya sangat baik untuk pembentukan mata dan otak bayi
Set Ibu Mengandung (Prenatal Vitamin) Sesuai Untuk Semua
Prenatal Vitamin Semasa Mengandung
Menurut PaMa, ini antara sebab pentingnya ibu hamil mengambil Prenatal Vitamin sepanjang kehamilan.
- Mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil.
- Kelahiran bayi pramatang.
- Kekurangan berat ketika bayi dilahirkan.
- Beri kekuatan kepada ibu hamil.
- Membantu ibu hamil mengekalkan kesihatan yang baik sepanjang mengandung.
- Mengurangkan risiko kekurangan khasiat makana terutama bagi wanita yang mengalami loya, muntah dan tiada selera makan di awal kehamilan.
Prenatal Vitamin Selepas Mengandung
Pengambilan set ibu mengandung selepas bersalin atau kita sebut semasa berpantang juga sangat-sangat digalakkan. Sewaktu bersalin, ibu kehilangan banyak tenaga dan nutrisi di samping turut kehilangan darah yang banyak. The Breastfeeding Coalition Washington mengesyorkan ibu-ibu bersalin meneruskan vitamin prenatal untuk memastikan ibu-ibu mendapat cukup nutrien penting seperti asid folik, kalsium dan zat besi. Walaupun tidak menyusukan bayi, pengambilan zat besi sangat penting untuk membina semula sel darah yang banyak hilang sewaktu bersalin.
Cuma mungkin anda memerlukan vitamin tambahan (yang tidak terdapat di dalam set ibu mengandung) untuk membantu luka pulih dengan cepat seperti Zinc Complex.
Prenatal Vitamin Selepas Penyusuan
Untuk ibu menyusukan bayi pula, pengambilan vitamin disarankan untuk melengkapkan keperluan nutrisi harian ibu.
Penghasilan susu yang banyak tetap memegang prisip “supply vs demand“. Lebih kerap penyusuan dan lebih kerap mengosongkan payudara akan lebih menghasilkan lebih banyak susu ibu.
Tetapi pengambilan suplemen penting untuk kesihatan ibu itu sendiri kerana banyak nutrisi dari badan ibu telah di”ambil” untuk menghasilkan susu. Di sini lah peranan suplemen yang membantu ibu mendapatkan khasiat yang secukupnya.

Vitamin Untuk Merancang Kehamilan
Wanita yang berikhtiar untuk hamil perlu mula mengambil vitamin prenatal beberapa bulan terlebih dahulu sebagai penyediaan badan untuk kehamilan. Vitamin seperti asid folik (B Complex) sangat-sangat disarankan diambil lebih awal untuk membantu kesuburan dan kehamilan.
Badan yang sihat, sel-sel badan yang sihat, menyediakan “tempat untuk bayi membesar” dengan baik dan sihat.
Credit; *sumber*
Waaah.. sangat jimaaatlah kalau ambil set ibu mengandung Shaklee ni. Satu botol seperti Vitamin C dapat membekalkan pengambilan sehingga 6 bulan, jadi 1 botol boleh consume sehingga 6 bulan usia kandungan. Top up sebotol lagi, boleh digunakan juga sehingga berpantang dan bersambung sewaktu menyusukan bayi. Sangat jimat!!
Apapun, pengambilan suplemen atau vitamin ini cuma cadangan sahaja. Bagi anda yang mungkin mengalami masalah kesihatan, adalah sangat-sangat disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor dan mempertimbangkan suplemen lain yang lebih sesuai.
_________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Daftar keahlian Shaklee segera
Pingback: Fibroid Ketika Mengandung | Risiko Fibroid Kepada Kandungan