“Saya Tak Makan Tapi Berat Badan Naik!” | Pagi-pagi lagi Cik Pun Vk hari ni dikejutkan dengan sms seorang customer yang keliru kenapa berat badannya tidak turun selepas mengamalkan set slimming. Yang lagi pening, katanya tak makan tapi berat badan naik. Makin tertekan pulak jadinya.

Hmmm… terkedu saya seketika. Apa maksud tak makan ni? Katanya pagi sarapan dengan roti bakar dan kuih. Tengahari cuma makan lauk-lauk. Malam pun sama kadang-kadang sup sayur sahaja. Dan minum hanya air kosong semata-mata. Langsung tak sentuh air manis bergula, kalau ada pun sekali seminggu cuma secawan.

tak-makan-tapi-berat-badan-naik

Tak Makan, Tapi Berat Badan Naik

Kesilapan utama ~ Tak ambil kalori.

Betul kita nak cepat kurus. Nak cepat berat badan turun. Tapi itu bukan bermakna kita harus berlapar sehingga tak menjamah kalori langsung. Badan kita perlukan kalori tertentu untuk memastikan organ-organ badan kita dapat berfungsi dengan baik, cuma haruslah di awasi dalam kuantiti dan jumlah yang betul. Bukan TIDAK mengambil langsung!

makan-sikit-tapi-berat-badan-naik

Jumlah kalori yang diperlukan setiap hari berbeza di antara lelaki dan wanita

  • Lelaki ~ 2,000 – 2,500 kalori
  • Wanita ~ 1,500 – 2,000 kalori

Rujuk di sini tentang cara kira kalori yang diperlukan.

Pengambilan kalori yang terlalu rendah akan mengganggu metabolisme badan dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang lain seperti;

  • pening-pening
  • kurang bertenaga
  • loya
  • cirit-birit
  • sembelit

Sumber rujukan : cyberslimcentre

Apa Yang Berlaku Bila Tak Makan Atau Kurangkan Makan Dengan Tiba-Tiba?

Kalau badan dah terbiasa menerima sejumlah kalori pada sesuatu jumlah, dan tiba-tiba terus dikurangkan makanan dengan begitu drastik sekali, badan akan mula mengubah tahap metabolisme badan. Semakin menurun, menurun, menurun, sehingga otak mula menafsir bahawa badan sedang berada dalam “mode kebuluran” atau terms “starvation mode“. Process ini boleh berlaku dalam beberapa minggu atau beberapa bulan bergantung kepada berapa cepatnya badan tak ambil makanan atau makan dalam kuantiti yang sangat sedikit.

starvation-mode

Tahap pertama kita kurangkan makan, betul berat badan boleh turun sedikit. Tapi bila sampai pada mode kebuluran ini, metabolisme badan sudah terlalu rendah dan badan menerima isyarat untuk menyimpan makanan sebanyak mungkin kerana tuannya mungkin sedang kebuluran. Jadi apa yang dimakan walaupun sangat sedikit, makanan ini akan disimpan di dalam badan dan tidak dibakar menjadi tenaga tetapi disimpan sebagai lemak. Sebab itulah walaupun anda tidak makan tapi berat badan naik!

Cara Makan Yang Betul Untuk Kurangkan Berat Badan

tips-makan-untuk-turunkan-berat-badan

  • makan nasi tetapi hadkan segenggam sahaja sekali makan
  • makan kerap tetapi kuantiti yang sedikit (berhenti sebelum kenyang)
  • pastikan ada serat dalam makanan seharian
  • tahu keperluan kalori setiap hari
  • air manis boleh minum tapi hadkan setengah cawan sahaja setiap hari
  • makan antara waktu makan untuk kurangkan makan berat pada waktu makan nanti. sesuai juga amalkan buah-buahan atau snek ringan berkhasiat
  • mesti ada protein dalam setiap hidangan, protein bantu kenyang dan bina sel yang sihat
  • tak perlu extreme diet. yang penting mesti makan!

Apa Nak Buat Bila Dah Terperangkap dalam “Mode KEBULURAN”?

Ubah kepada cara makan yang betul! Sebaiknya amalkan cara makan yang sihat yang sepatutnya. Ada hidangan lengkap sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan ada snek di antara waktu makan juga. Jangan risau untuk makan kerana badan akan kembali mula mengubah metabolisma badan dan membakar kalori semula.

Situasi sebaliknya seperti pada peringkat awal anda mengurangkan pengambilan makanan sehingga terperangkap dalam zon kebuluran, perjalanan “patah balik” ini akan turut juga memberi sedikit kesan negatif pada berat badan.

Berat akan mula naik sedikit terlebih dahulu (ramai mula frust di tahap ini). Akan tetapi setelah badan mula menerima signal bahawa anda sudah bebas dari zon kebuluran, ia akan mula membakar makanan kepada tenaga seperti biasa dan metabolisma badan juga akan mula memberikan peningkatan positif. Pada tahap ini, berat akan mula menurun, dan turun lagi, turun lagi.. Sama juga halnya, proses ini mungkin mengambil masa beberapa minggu atau beberapa bulan bergantung kepada individu.

“Menu Diet Sarapan Pagi Berkhasiat dan Popular” (klik)

“Kenapa Gagal Turunkan Berat Badan” (klik)

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

“Saya Tak Makan Tapi Berat Badan Naik!”

2 thoughts on ““Saya Tak Makan Tapi Berat Badan Naik!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge