Menyusukan Bayi Semasa Sakit : Teruskan atau Hentikan? | Soalan yang biasa diajukan, tambah-tambah lagi ibu muda yang baru menimba pengalaman menyusukan anak sulung.

“Bolehkan ibu menyusukan bayi semasa sakit? Adakah masih selamat untuk bayi?”

Adalah sangat-sangat jarang berlaku situasi ibu sakit dimana PERLU memberhentikan penyusuan. Terdapat hanya beberapa penyakit yang sangat serius yang mungkin memerlukan ibu berhenti menyusu untuk satu tempoh masa atau mungkin untuk selama-lamanya.

menyusukan-bayi-semasa-sakit-1

Menyusukan Bayi Semasa Sakit Ringan Dan Biasa

Semasa apa-apa masalah kesihatan yang biasa seperti demam, selsema, sakit tekak, batuk-batuk, sakit perut, mastisis dan lain-lain, tidak menjadi masalah untuk meneruskan penyusuan. Cuma sekiranya berjumpa doktor, perlu memaklumkan anda adalah ibu menyusu supaya ubat yang dibekalkan adalah yang sesuai untuk ibu dan dalam masa yang sama selamat untuk penyusuan. Kebanyakan ubat adalah selamat untuk penyusuan. dan sekiranya tidak sesuai, sentiasa ada alternatif lain untuk ibu menyusu yang lebih selamat.

menyusukan-bayi-semasa-sakit

Pada pendapat saya, perkara terbaik yang patut dilakukan waktu ini adalah meneruskan sahaja penyusuan seperti biasa. Ramai ibu yang risau bayi akan turut dijangkiti demam atau selsema atau batuk, tetapi sebenarnya bayi kita sudah terdedah kepada jangkitan ini sebelum ibu sedar bahawa ibu sakit. Susu ibu tidak akan “menghantar” jangkitan kepada bayi malah membekalkan antibodi untuk bayi melawan apa juga serangan bakteria dan virus yang mungkin bakal menyerang.

*Credit*

Menyusukan Bayi Semasa Sakit Disebabkan Keracunan Makanan

Jika ibu mengalami keracunan makanan, penyusuan masih boleh diteruskan selagi tanda-tanda jangkitan terhad kepada saluran gastrousus iaitu muntah-muntah, cirit-birit dan perut memulas. Penyusuan waktu ini masih selamat untuk bayi.

Tetapi ada beberapa faktor yang perlu ibu lebih ambil perhatian dari segi kesihatan ibu sendiri. Ibu mungkin mengalami dehidrasi sekiranya terlalu banyak muntah dan cirit-birit. Ditambah pula dengan menyusukan bayi yang sememangnya sangat memenatkan juga.

Walaubagaimanapun sekiranya jangkitan keracunan makanan ibu sudah memasuki saluran darah, kemungkinan besar ibu akan dibekalkan ubat yang sedikit kuat. Sentiasa berbincang dengan doktor yang merawat, adakah masih selamat meneruskan penyusuan kepada bayi, atau mungkin sebaiknya dihentikan buat seketika.

“Withholding your breastmilk during an illness increases the possibility that baby will get sick, and deprives baby of the comfort and superior nutrition of nursing.”

“Menghentikan penyusuan semasa sakit boleh meningkatkan risiko sakit kepada bayi juga, dan menafikan hak bayi untuk mendapatkan nutrisi terbaik melalui penyusuan” ~kellymom.com

teruskan-penyusuan-sekiranya-tidak-sihat

Tips Mengelakkan Jangkitan Kepada Bayi

Ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk membantu mengelakkan bayi terkena jangkitan juga.

  • Kerap membasuh tangan, sebelum memegang bayi atau selepas melakukan apa-apa sahaja. Bagus juga kalau boleh sentiasa gunakan sanitizer.
  • Elakkan batuk, bersin atau apa-apa seumpamanya berhampiran bayi. Sekiranya anda demam teruk, cuba kurangkan kontek “face-to-face” bersama bayi kecuali semasa menyusukan.
  • Posisi penyusuan boleh dengan cara baring mengiring. Ibu juga dapat berehat sambil menyusukan bayi.
  • Buang tisu yang digunakan di tempat yang sepatutnya. Sebaiknya terus ke dalam tong sampah yang mempunyai penutup.
  • Elakkan menyediakan makanan – jika boleh. Sebaiknya minta bantuan pasangan untuk menyediakan makanan bayi (sekiranya sudah boleh makan). Akan tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menyediakan makanan untuk bayi anda, lebihkan penelitian semasa penyediaan. Kerap membasuh tangan dan elakkan memegang muka, hidung, mulut anda. Cuci tangan sebelum dan selepas memasak.
  • Kerapkan penyusuan. Lagi anda tidak sihat, lagi kerap penyusuan bayi disarankan. Kenapa? Takut berjangkit? Sebaliknya, susu ibu akan membekalkan antibodi untuk bayi lebih kuat melawan kemungkinan jangkitan

tips-penyusuan-semasa-ibu-sakit

Kerap kali ibu-ibu tidak mampu menyusukan dengan kerap kerana tidak mendapat air yang secukupnya untuk mengekalkan bekalan susu berterusan. Kadang-kadang ubat-ubatan juga boleh menyebabkan bekalan susu anda berkurangan.

Untuk mengelakkan bekalan susu berkurangan, minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi, terus penyusuan kerap dan mengelakkan / menghadkan mana-mana ubat-ubatan yang cenderung untuk mengurangkan bekalan susu. Berbincanglah dengan doktor atau pakar perubatan anda.

“Tips Hilangkan Demam dan Selsema dengan Cepat”

“Bantuan Set Penyusuan Terbaik”

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Menyusukan Bayi Semasa Sakit | Teruskan Atau Hentikan?
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge