Bahayakah Bila Ada Protein Dalam Air Kencing? | Setiap seorang dari kita mempunyai protein dalam darah. Protein utama dalam darah dipanggil albumin. Protein mempunyai banyak manfaat yang penting dalam badan  seperti membantu membina tulang dan otot, mencegah jangkitan dan mengawal jumlah cecair dalam darah kita.

Bagaimana Protein Dalam Air Kencing?

penapis-buah-pinggang-bocor-proteinuria
Bagaimana proteinuria terjadi

Buah pinggang yang sihat mengeluarkan lebihan cecair dan bahan buangan dari darah, tetapi tetap membiarkan protein dan nutrien penting melaluinya dan kembali semula ke aliran darah. Apabila buah pinggang tidak berfungsi seperti sepatutnya, ia boleh mengakibatkan protein (albumin) bocor dari tapisannya dan dikeluarkan melalui urin atau air kencing. Air kencing yang mengandungi protein dipanggil preteinuria atau albuminuria. Mempunyai protein dalam air kencing boleh menjadi tanda awal penyakit buah pinggang.

Siapa Boleh Mengalami Protein Dalam Air Kencing?

Sesiapa sahaja. Dan yang lebih mempunyai risiko ialah mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan buah pinggang seperti;

  • diabetes atau kencing manis
  • tekanan darah tinggi
  • sejarah keluarga atau ada faktor genetik sakit buah pinggang

Bagaimana Mengetahui Ada Protein Dalam Air Kencing?

Di peringkat awal masalah buah pinggang, kandungan protein dalam air kencing masih sedikit dan kita tidak akan dapat mengesan apa-apa gejala. Satu-satunya cara untuk mengetahui dengan tepat terdapat protein dalam air kencing adalah dengan melakukan ujian air kencing.  Ujian untuk protein dalam air kencing mengukur jumlah albumin dalam air kencing, berbanding jumlah kreatinin dalam air kencing anda. Ini dipanggil nisbah albumin dan kreatinin dalam air kencing (UACR). UACR lebih daripada 30 mg boleh menjadi tanda penyakit buah pinggang.

protein-dalam-air-kencing

Apabila masalah kerosakan buah pinggang semakin teruk, semakin banyak kandungan protein dalam air kencing, dan kita mula menyedari tanda-tanda seperti berikut;

air-kencing-berbuih-proteinuria
Air kencing berbuih
tangan-bengkak-proteinuria
Tangan bengkak atau sembab

Sekiranya menyedari tanda-tanda ini, segeralah berjumpa doktor atau pakar kesihatan untuk berbincang cara menangani dan rawatan yang sesuai.

Bagaimana Proteinuria Dirawat?

Sekiranya anda menghidap diabetes atau tekanan darah tinggi, perkara paling penting adalah mengawal penyakit terlebih dahulu.

Jika anda mempunyai diabetes, mengawalnya bermakna memeriksa gula dalam darah dengan kerap, mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan oleh doktor, dan mengikuti plan pemakanan dan senaman yang sihat. Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, doktor mungkin memberitahu anda untuk mengambil ubat untuk menurunkan tekanan darah dan melindungi buah pinggang daripada kerosakan yang lebih teruk. Jenis-jenis ubat yang boleh membantu dengan tekanan darah dan proteinuria dipanggil perencat angiotensin-converting enzyme (ACE inhibitor) dan penghalang reseptor angiotensin (ARBs).

Jika anda mempunyai protein dalam air kencing, tetapi tidak mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi, perencat ACE atau ARB yang masih boleh membantu untuk melindungi buah pinggang anda daripada kerosakan yang lebih teruk.

Walau bagaimanapun berjumpalah dengan doktor atau pakar kesihatan untuk mendapatkan nasihat dan berbinvang tentang pemilihan rawatan yang terbaik untuk anda.

Sumber asal: KidneyFund.Org

“Penapis Buah Pinggang Bocor” (klik)

“Ikhtiar Nephrotic Syndrome (Penapis Buah Pinggang Bocor)” (klik)

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Bahayakah Protein Dalam Air Kencing?
Tagged on:             

2 thoughts on “Bahayakah Protein Dalam Air Kencing?

Leave a Reply to Irni Suhana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge