“Kuning Mata Putihku” | Secara normal ramai di kalangan kita mempunyai mata putih yang terang, dan nampak bertenaga cerah warnanya. Tetapi ada juga yang agak kekuningan. Kenapa kuning mata putih itu? Ada yang terus mengkonklusi sebagai “jaundis” (kalau dewasa pun ada masalah jaundis). Jaundis berlaku disebabkan pengumpulan bilirubin pada mata dan seluruh badan.
Tetapi istilah yang tepat untuk kuning mata putih ini adalah “icterus” . Icterus merujuk kepada kuning di bahagian mata manakala jaundis adalah merujuk kepada penyakit kuning pada mata dan seluruh badan.
Mata anda mungkin kelihatan kuning pada secara puratanya tidak berbahaya. Tetapi kadang-kadang mata kuning boleh menjadi tanda sesuatu yang lebih serius. Berikut adalah beberapa keadaan serius yang boleh menyebabkan mata anda untuk kelihatan kuning.
Kuning Mata Putihku.. Kenapa?
#1 ~ Pendarahan subconjunctiva
Bahagian putih mata kita yang dikenali sebagai sclera, ditutupi oleh tisu yang nipis dan halus yang dipanggil conjunctiva. Conjunctiva juga melapisi bahagian dalam kelopak mata, yang menempatkan saluran darah nipis. saluran darah ini pula sangat rapuh dan mudah pecah. Apabila pecah, darah bocor keluar dan mengambil tempat di antara conjunctiva dan sclera. Jika kebocoran adalah kecil, sebahagian daripada mata hanya mungkin kelihatan merah sedikit. Walau bagaimanapun, jika kebocoran cukup besar, bahagian putih keseluruhan mata mungkin kelihatan benar-benar merah darah dan dalam beberapa kes sebenarnya boleh kelihatan bonjolan keluar.
Keadaan ini biasanya tidak menyebabkan kesakitan atau mengganggu penglihatan, tetapi kadang-kadang boleh menyebabkan gatal-gatal kecil pada mata. Biasanya gatal ini boleh dirasai bila ada geseran pada mata walaupun semasa berkelip. Pendarahan subconjunctival, atau pendarahan mata, boleh disebabkan oleh yang perkara-perkara berikut:
- trauma
- batuk yang teruk
- bersin yang kuat
- muntah
- menggosok mata menggunakan tangan dengan kuat
- sembelit
- jangkitan mata
Kebiasaannya, pendarahan subconjunctiva ini adalah petanda amaran penyakit diabetes, darah tinggi, masalah pendarahan atau gangguan darah, leukemia, dan petanda sel badan mempunyai masalah. Adalah disarankan berjumpa dengan pakar mata (optometrist atau ophthalmologist) untuk melakukan pemeriksaan yang selanjutnya supaya apa-apa masalah kesihatan dapat dikesan lebih awal, seterusnya langkah segera bagi menanganinya dapat segera diambil.
“Mana datangnya warna kuning mata putih? Kan pendarahan merah?”
Tompokan darah yang kelihatan pada mata putih akibat pendarahan subconjunctiva itu akan perlahan-lahan diserap semula oleh badan kita. Kebiasaannya pendarahan normal mengambil masa selepas seminggu untuk surut sekiranya tanpa apa-apa rawatan. Warna kemerahan ini akan bertukar perlahan-lahan menjadi kuning, merah jambu, dan kemudiannya kembali putih seperti sediakala.
#2 ~ Hiperbilirubinemia
Hiperbilirubinemia merujuk kepada peningkatan paras bilirubin. Bilirubin adalah bahan kuning keperangan dijumpai di dalam hempedu, yang berfungsi memecahkan lemak. Rembesan hempedu dilepaskan ke dalam usus kecil oleh pundi hempedu apabila ia diperlukan untuk memecahkan lemak yang sedang dicerna.
Bilirubin terhasil apabila hati memecahkan sel darah merah yang lama. Kemudian, ianya disingkirkan keluar dari badan melalui najis.
Apabila meningkatnya sel darah merah yang pecah. pengeluaran bilirubin juga berlebihan dan tidak dapat dinyahkan oleh hati.Lebihan bilirubin itu akan mengalir melalui saluran darah ke lain-lain bahagian badan dan menyebabkan kulit dan mata putih menjadi kuning. Ia berkemungkinan disebabkan oleh proses penyingkiran bilirubin oleh organ hati yang begitu perlahan. Dalam tak sedar, ini juga mungkin merupakan salah satu tanda penyakit hati.
Doktor selalunya mencadangkan beberapa jenis ujian fungsi hati untuk mengenalpasti masalah hati. Masalah hati juga boleh berlaku dari penyalah gunaan dadah dan alkohol kronik. Jangkitan virus yang berlaku dalam kes-kes hepatitis juga boleh menyebabkan penyakit hati yang teruk.
#3 ~ Leptospirosis
Leptospirosis adalah jangkitan yang jarang-jarang berlaku disebabkan oleh sejenis bakteria yang dinamakan leptospira genus. Mereka yang dijangkiti selalunya menunjukkan petanda kuning yang ketara pada mata putih.
Jangkitan ini menunjukkan lebih banyak di kawasan iklim lebih panas dan tempat-tempat di mana seseorang mempunyai pendedahan kepada air yang telah dicemari oleh air kencing haiwan (seperti kencing tikus). Mereka yang dijangkiti selalunya mempunyai simptom sakit tekak, batuk-batuk, sakit otot, sakit perut, dan bengkak limfa atau hati.
Credit: *sumber utama*
Baca: 10 Tanda Anda Perlu Detoks Hati
Semoga informasi ini sedikit sebanyak membantu anda yang mempunyai masalah kuning mata putih. Tidak semua masalah kuning pada mata putih itu merbahaya. Tetapi, sekiranya berterusan, adalah dinasihatkan untuk segera mendapatkan nasihat pakar supaya apa-apa masalah kesihatan dapat dikesan segera seterusnya boleh diatasi.
_________________________________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Wah, bagus info ni..semoga memberi manfaat kepada kita cara nak kenali masalah kesihatan mata kita
Noriza Rahman recently posted…Sental Whitehead dan Blackhead Punca Jerawat
bahaya rupanya bila mata jadi warna kuning nie yea.. dulu2 ingatkan sebab tak cukup tidur, atau mata masuk habuk ke.. orang tua2 pulak cakap, “dah banyak tengok dosa (perkara tak elok)”, hehe..
arnie recently posted…Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online Di Maybank2u
Produk shaklee yg mana ye ssuai utk masalah kuning mata ni? Harap dpt membantu.
Ada beberapa produk sesuai bergantung kepada situasi. Cik bolehhubungi kami untuk keterangan lanjut