5 Makanan Terbaik Untuk Putihkan Kulit Secara Semulajadi | Kulit halus, lembut dan berseri menjadi keinginan setiap wanita (malah ada juga lelaki pun yang inginkan kulit cerah sekata) untuk kelihatan cantik dan menarik. Paling kurang pun untuk meningkatkan keyakinan diri sendiri.

kulit-putih-idaman-semua
Bagaimana nak putihkan kulit secara semulajadi?

Saya pernah kongsikan bagaimana vitamin antioksidan seperti “Vitamin C yang boleh membantu mencerahkan kulit”. Dan hari ini saya nak kongsikan lagi 5 makanan terbaik untuk putihkan kulit secara semulajadi.

Adalah lebih baik mencari yang semulajadi tanpa kesan sampingan i.e kaedah kosmetik yang cepat tetapi masih belum terjamin kesan jangka panjangnya bagaimana.

Apa itu Pemutihan Kulit?

Pemutihan kulit pada dasarnya merujuk kepada rawatan dan proses kosmetik yang dilakukan dengan tujuan untuk mencerahkan warna kulit dan pelbagai masalah pigmentasi lain. Dengan bantuan agen pemutih kulit, anda boleh menghilangkan kesan parut dan memberi tona sekata kulit dengan berkesan.

Kebaikan Putihkan Kulit Secara Semulajadi Berbanding Kaedah Kosmetik

Proses semula jadi sentiasa lebih dinasihatkan dan disyorkan berbanding kaedah kosmetik, terutama untuk kulit dan kawasan sensitif. Manfaat asas yang anda boleh menikmati dengan rawatan kulit semula jadi berbanding dengan penyelesaian kosmetik termasuk yang berikut:

  • proses rawatan semulajadi tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan dan selamat untuk jangka masa panjang
  • ianya 100% semulajadi dan mempunyai faedah serta merta berbanding pemutihan kosmetik yang tentunya mempunyai kesan bahan kimia berbahaya jangka panjang
  • lebih “pocket friendly” untuk anda dan mudah untuk didapati

5 Makanan Terbaik Putihkan Kulit

Ada beberapa makanan yang simple dan mudah didapati untuk putihkan kulit secara semulajadi, tetapi haruslah berterusan dan konsisten. Bukan makan hari ini, esok dah putih melepak.. Tak ye. Even sel kulit kita pun melalui proses pergantian yang baru pun dalam tempoh minimun 21-28 hari. Jadi untuk dapatkan hasil yang memuaskan, usaha ini perlu berterusan sekurang-kurangnya sebulan atau lebih. Lagi bagus kalau dapat diteruskan sebab banyak juga manfaat untuk kesihatan tubuh badan yang lain.

#1 ~ Produk Soya

soya-putihkan-kulit

Dianggap sebagai item makanan yang sangat baik yang mencerahkan warna kulit, kacang soya mempunyai ciri-ciri anti penuaan yang menghalang kedutan dan tanda-tanda penuaan. Ia juga membantu mengekalkan kelembapan dan kilauan kulit, menjadikan kulit anda kelihatan lembut, bertenaga dan lebih cerah sekata.

Tapi pastikan anda memilih soya NON GMO (tidak diubah genetiknya).

Baca juga: Tips memilih soya yang selamat (klik)

#2 ~ Lemon

lemon

Ejen pemutihan semula jadi yang menakjubkan yang pasti menambah kecantikan pada kulit anda, jus lemon (juga limau) mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Ia juga membantu dalam menyingkirkan masalah kulit yang lain seperti jerawat, kedutan dan bintik hitam. Ciri-ciri anti penuaan yang menjaga liang kulit lebih anjal dan kelihatan lebih muda dengan cara yang mudah.

#3 ~ Sayur-sayuran Hijau dan Buah-buahan Citrus

Lightly cooked broccoli pieces with a touch of butter

Mengekalkan tabiat makan yang sihat dengan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan adalah dinasihatkan oleh doktor sebagai satu lagi cara yang berkesan untuk menjadikan kulit anda lebih cerah dan sihat. Buah-buahan seperti tomato, kiwi, epal, oren dan lain-lain yang tinggi kandungan vitamin C yang membantu mengekalkan warna kulit yang cerah dengan cara yang paling semula jadi.

buahan-citrus-putihkan-kulit

#4 ~ Coklat

dark-chocolate-untuk-putihkan-kulit

Percaya tak makan coklat pun boleh membantu untuk mendapatkan tekstur kulit yang lebih cerah dan licin. Tapi bukan coklat biasa tau, pilih dark chocolate. Mempunyai ciri-ciri antioksidan yang sangat baik, coklat gelap terdiri daripada koko yang kaya dengan flavonoid, sekali gus membantu sebagai perlindungan terhadap sinar UV.

#5 ~ Ubi bit (beetroot)

ubi-bit-putihkan-kulit

Untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, paling utama haruslah memastikan sistem badan kita bebas dari segala serangan toksin. Toksin inilah sebenarnya yang merosakkan sistem badan kita tanpa kita sedar. Ubi bit ini kaya antioksidan juga yang boleh membantu hati dan badan kita mengawal toksin. Ubi bit kaya zat besi, magnesium, forforus, dan pelbagai vitamin yang memainkan peranan utama dalam proses pemutihan kulit.

Credit *sumber*

“Yang Mana Satu Vitamin Untuk Kulit Cantik”

“Vitamin C Putihkan Kulit?”

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

5 Makanan Terbaik Untuk Putihkan Kulit Secara Semulajadi
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge