10 Langkah Perlu Diambil Cegah ZIKA | Gempar bila laporan terbaru menyebut sudah 215 kes positif ZIKA dilaporkan di Singapura sehingga hari ni. Dan lebih membimbangkan apabila sudah menular ke Malaysia. Agak sukar juga untuk kita menghalang penularan virus ZIKA kerana Malaysia berjiran dengan Singapura dan beribu-ribu penduduk Malaysia Singapura keluar masuk sempadan setiap hari.
Walaupun di kalangan mereka yang kita nampak sihat, tetapi tidak mustahil mereka adalah pembawa.
Apa Itu Zika?
Zika adalah nama penyakit yang disebabkan oleh virus Zika, bawaan nyamuk aedes juga menyebarkan denggi dan chikungunya.
Virus ini mula ditemui di hutan Zika di Uganda pada 1947. Bukan penyakit baru tetapi mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak May 2015 bermula di Brazil
Bagaimana Zika Merebak?
- disebarkan melalui nyamuk aedes
- Zika juga boleh dijangkiti melalui hubungan seks tanpa perlindungan dengan seseorang yang telah dijangkiti. Maka seorang suami yang menghidap Zika boleh menjangkitkan penyakit ini kepada isterinya.
- pakar percaya kemungkinan besar boleh juga merebak melalui pemindahan darah (namun lebih banyak kajian diperlukan)
Bahaya Zika
Menurut babycenter.com ibu hamil yang dijangkiti demam zika boleh meningkatkan risiko bayi dalam kandungan dilahirkan dengan kepala yang kecil (mikrosefali) atau kecacatan semasa lahir yang lain. Risiko mikrosefali didapati paling tinggi apabila jangkitan virus Zika berlaku dalam trimester pertama atau trimester kedua kehamilan, tetapi kita tidak pasti sama ada peringkat-peringkat kehamilan yang lain adalah betul-betul bebas daripada kecacatan yang dikaitkan dengan penyakit ini.

Walau bagaimanapun, tidak semua wanita hamil yang menghidap Zika akan melahirkan bayi dengan mikrosefali. Para saintis masih lagi membuat kajian mengapa sesetengah bayi terjejas dan sesetengah yang lain tidak.
Selain berbahaya bagi ibu hamil, virus zika dapat menyerang sistem saraf orang dewasa dan menyebabkan peradangan akar saraf di tulang belakang.

Kondisi ini disebut Guillain-Barre, iaitu gangguan saraf yang menyebabkan kelemahan otot yang dimulai pada kaki yang kemudian menyebar ke lengan dan wajah.
Simptom Utama Demam Zika
Simptom utama demam Zika adalah;
- demam
- ruam pada kulit
- gatal-gatal
- sakit otot dan sendi
- sakit kepala
- konjunktivitis (mata kemerahan)
Ada Rawatan Untuk Demam Zika?
Seperti denggi, sehingga kini belum ada vaksin atau ubat khusus yang boleh melawan virus Zika. juga tiada vaksin untuk mencegah virus Zika.
10 Langkah Perlu Diambil Cegah ZIKA
#1 ~ Hapuskan tempat pembiakan nyamuk
#2 ~ Gunakan repelan (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit terdedah)

#3 ~ Gunakan semburan penghalang serangga. Sebelum tidur, amalkan menyembur penghalang serangga di kawasan dalam rumah.
#4 ~ Pasang penghalang nyamuk seperti skrin atau jaring pada tingkap rumah. Ia juga satu cara mudah untuk mengelakkan nyamuk masuk ke dalam rumah.
#5 ~ Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, berwarna terang. Warna gelap akan menarik perhatian nyamuk aedes.
#6 ~ Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja (5 -7 petang) dan selepas subuh (5 -7 pagi)
#7 ~ Pasang penghalau nyamuk seperti ubat nyamuk dan kelambu bagi mengelakkan ia menggigit pada waktu malam.
#8 ~ Jaga kebersihan. Semuanya bermula dari kita sendiri. Nyamuk membiak di persekitaran yang kotor dan air bertakung. Sentiasa buang sampah di tempat yang sepatutnya, bersihkan tempat-tempat yang mungkin menjadi tempat takungan air.
#9 ~ Elakkan melawat tempat berisiko. Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran.
#10 ~ Tingkatkan imunisasi badan. Kita juga dalam masa yang sama boleh menguatkan sistem imun kita untuk mencegah sebarang kemungkinan jangkitan. Sekurang-kurangnya membantu diri untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu kita semua. Saya doakan kita semua terhindar dari wabak zika ini, dan semoga ancaman penyakit ini berakhir dengan cepat. Sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perancang.
_________________________________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)