Tips Ibu Bekerja Dari Rumah (WAHM) Lakukan Kerja Rumah Dengan Mudah | Sapa kata jadi WAHM ni senang? Cik Puan VK dulu fikir boleh banyak masa rehat sebab kerja sendiri. Tapi, sangat mencabar rupanya. Bila anak-anak 24/7 di rumah dan di depan mata, hampir 90% kerja tak dapat disiapkan! Ini yang saya sendiri alami sebulan pertama di rumah. Haru-biru.. huru-hara.. macam-macam lagi “gambaran horror”. Tapi ini saya la. Saya akui terlalu mengharapkan sesuatu result yang sempurna. Tak realistik. Dan gagal menguruskan masa dengan baik.

Alhamdulillah.. beberapa bulan selepas itu memang dah boleh nak manage dengan baik. Jom saya kongsikan beberapa tips untuk memudahkan kerja rumah. Saya kecilkan skop kerja rumah yang utama iaitu memasak, laundry dan cleaning.

#1 ~ Memasak

Sediakan jadual menu setiap minggu. Tampal di tempat yang mudah dilihat seperti di peti sejuk. Bila dah ada menu siap, jimat masa tak perlu nak fikir masak apa dan penyediaan juga boleh dirancang lebih awal. Begitu juga halnya kalau ada barang dapur yang dah habis, terus listkan dan tampal di tempat mudah dilihat.

tips ibu bekerja dari rumah

Asingkan lauk basah mengikut portion sekali masak, dan mengikut menu yang telah dirancang.

tips ibu bekerja dari rumah
Kredit image dari google

Yang ni memang kena sediakan bekas kecil-kecil freezer mate tu banyak-banyak. Isi siap-siap satu bekas untuk cukup-cukup sekali masak sahaja. Jimat masa nak tunggu defroze pun senang.

Potong sayur, bawang siap-siap dan simpan dalam peti

image
Contoh imej sayur yang siap dipotong dan sedia disimpan Kredit googled image

Setiap hujung minggu, memang kami sediakan cili dan bawang blended dalam peti. Cukup bekalan untuk masak selama seminggu. Bawang ni kalau kita blend dengan cili dia tahan lama dan tak berbau. Tapi kalau blend bawang sahaja tanpa campur apa-apa, kena extra carefull sikit sebab senang nak bau masam.

tips ibu bekerja dari rumah
Cili dan bawang kisar dalam botol kecil-kecil dan simpan di dalam peti.
Kredit image googled

Mudah sangat kerja nak masak nasi goreng ke, mee goreng ke, sambal tumis ke, cili blend dah siap. Tinggal ambil dan masuk kuali terus je.

Sediakan kudapan untuk stok seminggu.

Pastikan biskut dan roti sentiasa ada. Juga kalau kelapangan, saya suka buat puding, atau kuih-kuih seperti donut, kek coklat yang boleh tahan sehari dua. Jadi dah ada stok minum petang anak-anak. Begitu juga dengan bekal anak-anak. Boleh sediakan kuih-kuih frozen (seperti donut) banyak-banyak dan cuma perlu masak sekejap sahaja dalam air fryer.

Kredit imej mybakingaddiction.com
Kredit imej mybakingaddiction.com

#2 ~ Pengurusan Kain

Jeng Jeng Jeng.. yang part ni malu sikit nak kongsi tapi serius mudah! Saya tahu ramai ibu-ibu yang memang ada penyakit “alergik kain” especially part nak lipat kain kan? Dan bila ahli rumah yang agak ramai, sekali basuh baju pula mesin 15kg pun penuh, bayangkan la macamana rupa longgokan kain tu bila dah diangkat dari ampaian. Bukan tak nak mengaku malas (tapi memang malas pun) untuk terus lipat, tapi memahami dengan situasi anak kecil yang sangat “dengki” bila ibu menghadap kain lebih dari mereka ๐Ÿ™‚

image

Jadi, saya sediakan bakul seorang satu. Asingkan setiap empunya baju ke dalam bakul masing-masing dan satu extra bakul kecil untuk bahagian stoking, tuala kecil, sapu tangan, anak tudung, dan items yang kecil-kecil. Sangat membantu proses mencari dengan mudah. Dan bila nak lipat baju anak-anak pun senang jumpa pasangan.

#3 ~ Menyapu dan Mengemop Lantai

Bila ada anak kecil ni, bab lantai memang sangat mencabar. Kalau bersepah makanan tumpah, ada pula yang tolong kutip masuk mulut. Jadi macam never ending task dengan mop dan vacuum. Kalau dulu memang setiap kali berterabur makanan tumpah merata-rata, saya vacuum. Bila ada comot kesan air tumpah, kesan coklat tumpah, saya akan terus mop. Tapi sangat memenatkan. Dan macam tak buat kerja lain jadinya asyik vacuum-mop, vacuum-mop.

tips ibu bekerja dari rumah
Mencabarnya bersihkan rumah bila anak-anak ada bersama

Apa yang saya buat? Setiap kali ada makanan yang tumpah, saya sapu tempat tu sahaja. Dan saya akan lap pun kat tempat tu sahaja. Kadang-kadang boleh pilih tempat major sahaja.

Sediakan 10-15 minit setiap malam selepas anak-anak dah tidur untuk buat major mop dan vacuum. Tapi seriously memang lebih mudah sebab dah tak banyak yang kotor. Lancar! Bangun pagi pun rumah masih kemas dan bersih ๐Ÿ™‚

Yang penting, mesti kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari. Jom dapatkan Women’s Health Set untuk jadi supermom! ๐Ÿ™‚

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee diย yanavitaminkita@gmail.comย atau boleh hantarkan sms/whatsapp keย 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segeraย daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Tips Ibu Bekerja Dari Rumah (WAHM) Lakukan Kerja Rumah Dengan Mudah
Tagged on:         

4 thoughts on “Tips Ibu Bekerja Dari Rumah (WAHM) Lakukan Kerja Rumah Dengan Mudah

Leave a Reply to Yana VitaminKita Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge