PMS dan Senggugut Ketika Haid | Premenstrual Syndrome atau lebih dikenali sebagai PMS adalah “teman setia” wanita setiap bulan. Kadang-kadang kehadirannya seawal seminggu sebelum kitar haid bermula. Hampir 3 daripada 4 wanita akan mengalami kemurungan, perubahan mood, kembung perut, kekejangan di bahagian abdomen, dan juga bengkak payudara. Bersambung pula bila datang bulan, senggugut pula. Ada yang mengambil jalan pintas ~ pain killer sebagai pelenyap kesakitan. Tetapi sampai bila mahu bergantung kepada pain killer? Hilangnya mungkin sekejap tetapi kesan jangka panjangnya terhadap kesihatan mungkin akan memberi kesan seumur hidup.
Kenapa PMS? Kehilangan Banyak Kalsium?
Hormon yang dikeluarkan dari ovari boleh mengganggu metabolisme kalsium, sepertimana magnesium dan vitamin D yang amat diperlukan sebelum kitar haid bermula. Estrogen yang banyak akan menghalang menyerapan kalsium ke usus dan seterusnya mengganggu aktiviti normal hormon parathyroid. Sebab itulah ramai pakar percaya bahawa tempoh PMS ini adalah tempoh “kehilangan” lebih banyak kalsium berbanding apa yang sepatutnya mereka dapat dari diet seharian.
Diet Mempengaruhi PMS dan Senggugut Ketika Haid
Jika dilihat secara teliti, simpton-simptom PMS kebanyakannya dipercayai berpunca daripada tahap kalsium yang rendah dalam sistem saraf pusat.
Kalsium
Maka dengan sebab itulah pengambilan suplemen kalsium adalah sangat-sangat dicadangkan semasa PMS. Kajian telah membuktikan pengambilan kalsium boleh memberikan kelegaan kepada semua simptom PMS.
- Kalsium juga membantu melegakan kesakitan senggugut semasa haid dengan cara mengekalkan kestabilan otot seterusnya mengurangkan kekejangan (senggugut).
- Kalsium juga dapat membantu mengatasi retensi air dan sakit-sakit pinggang dan belakang.
- Pakar menyarankan pengambilan antara 1000-1500mg kalsium untuk mereka yang sering diserang gejala PMS ini.
Akan tetapi kalsium semata-mata tidak akan menunjukkan kesan postif kerana ianya memerlukan magnesium dan vitamin D sebagai sinergi.
Magnesium
Magnesium sangat membantu untuk penyerapan kalsium dan dalam masa yang sama juga berfungsi melegakan gejala-gejala PMS seperti kemurungan, kembung dan bengkak payudara. Kajian menunjukkan wanita yang mengambil magnesium ini didapati kurang mengalami senggugut kerana magnesium boleh membantu melegakan kekejangan otot. WomensHealth.com menyarankan pengambilan 400mg magnesium sehari untuk mengurangkan gejala-gejala PMS ini tetapi kesannya mungkin hanya akan dapat dilihat setelah 2 atau 3 kitaran haid.
Vitamin D
Vitamin D juga sering digabungkan dengan kalsium dalam menguruskan masalah PMS. Bersama-sama kan lebih baik? Kesannya lebih ummmpphh!!
Selain bertindak membantu menyerapan kalsium, vitamin D juga boleh memberikan kelegaan bagi sakit-sakit yang dialami oleh wanita semasa PMS, dengan cara penghalang generasi prostaglandins dalam badan. Dan dose yang dicadangkan pula adalah sekitar 400IU.
Kredit *sumber*
Gamma Linolenik Asid (GLA)
Wanita yang mengalami senggugut sebenarnya tidak dapat menukarkan asid linolenik dengan baik dalam badan untuk menjadi GLA. Dan inilah puncanya kekejangan pada otot rahim dan di sekitarnya. jadi, pengambilan GLA tambahan ini dapat menstabilkan hormon dan meringankan simptom senggugut.
GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.
Antara Tips Hadapi Senggugut Ketika Haid
Senaman
Salah satu cara yang paling berkesan untuk memerangi PMS dan senggugut ketika haid adalah dengan bersenam. Antaranya boleh melalukan aerobik atau “pelvic swaying” memudahkan peredaran darah.
Tuam/Tungku dan Mandi Air Panas
Anda boleh mencuba mandi dengan air panas atau tungku dengan menggunakan pad panas pada bahagian bawah perut dan juga belakang. Suhu panas boleh memberi keselesaan dan kelegaan pada sakit senggugut dan membantu melancarkan peredaran darah juga.
Nak dapatkan Set PMS dan Senggugut Shaklee?
_________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Daftar keahlian Shaklee segera
Wajib ada 3 serangkai vitamin ni time period
seksanya kalau ada PMS nie. aptb kan..
memang kena ikhtiarkan utk selesaikan masalah nie. produk Shaklee pun ada bagi yg nakkan suplemen yg selamat, berkesan n semulajadi. ^_^
selalu mcm ni dulu… PMS pastu bersambung2 pula dengan senggugut masa period tu.. seksa sangat.. huhuhu