Jerawat Tumbuh di Tempat Sama | Anda ada masalah jerawat berulang? Tumbuh di tempat sama? Hilang dan kemudian datang lagi.. dan lagi.. dan lagi.. di tempat yang sama! Memang sangat-sangat geram je rasa.
Jerawat tumbuh di tempat sama ini sebenarnya boleh dirawat sama seperti jerawat normal yang lain. Tetapi ada beberapa perkara perlu kita ambil kisah supaya boleh menghalangnya tumbuh di tempat sama lagi.
Kenapa Jerawat Tumbuh di Tempat Sama?
Ada beberapa punca kenapa jerawat tumbuh di tempat yang sama, antaranya
#1 ~ Anda mungkin mempunyai kawasan “stress” – kawasan tertentu di wajah anda yang sistem imunnya terjejas (lemah) bila berlaku tekanan atau jangkitan, jerawat akan senang terjadi. Pada tempat yang sama!
#2 ~ Jerawat tumbuh di tempat yang sama juga boleh jadi punca yang berkait rapat dengan hormon. Seperti wanita yang datang haid, kerap tumbuh jerawat pada tempat yang sama di dagu kan? Situ tandanya jerawat yang berpunca dari ketidakstabilan hormon.
#3 ~ Liang pori yang rosak – bila jerawat tumbuh, ramai yang tak sabar dan mula picit, cucuk jerawat tu bagi cepat-cepat pecah dan hilang. Tapi ramai tak sedar, tindakan itu hanya akan menyebabkan kerosakan pada liang pori. ia melonggarkan lapisan sel liang pori dan menyebabkan minyak tersumbat sehingga jauh ke dalam kulit, dan jangkitan mudah berlaku yang menyebabkan keradangan dan jerawat tumbuh lagi. Berulang-ulang selagi liang pori tidak sembuh dengan baik.
#4 ~ Radang jauh di dalam kulit – ada juga masalah jerawat tumbuh di tempat sama ni disebabkan radang yang masih ada jauh ke dalam kulit belum sembuh. Nampak luaran seperti sediakala, tapi jerawat mudah muncul kembali di tempat yang sama kerana “akarnya” masih di situ.
Tips Menangani Jerawat Tumbuh di Tempat Sama
- Paling utama, JANGAN picit atau cucuk jerawat anda. Menghilangkannya dengan cepat tidak bermakna anda boleh menghilangkannya selama-lamanya. Lagi bertambah parah bila jerawat ini akan tumbuh kembali di tempat yang sama.
- Gunakan teknik rawatan sapuan ais untuk merawat jerawat
- Amalkan rutin harian penjagaan kulit dengan betul. Atau paling “malas” pun boleh amalkan cara ini (klik)
- Amalkan diet yang sihat, atau boleh juga tambah suplemen dalam diet seharian anda.
“Yang Mana Satu Vitamin Untuk Kulit Cantik?”
_________________________________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Daftar keahlian Shaklee segera