Antioksidan dan Radikal Bebas | Perkataan “antioksidan” telah menjadi topik hangat sekarang ni. Kat mana-mana pun boleh dengar perkataan antioksidan. Tapi ramai juga yang belum memahami apa itu antioksidan dan bagaimana kesannya terhadap kita?

Bila disebut antioksidan, ramai yang memberi gambaran mudah seperti “antioksidan mencegah atau melambatkan proses penuaan” atau “meningkatkan fungsi imun”.

Antioksidan Dan Radikal Bebas

antioksidan dan radikal bebas

Untuk tahu lebih lanjut tentang apa itu antioksidan, jom kita huraikan terlebih dahulu istilah “radikal bebas”. Radikal bebas ialah satu molekul tidak stabil yang hilang elektron (zarah bercas). Ia sangat bertindak balas (reaktif) dan berpotensi merosakkan tisu-tisu dan organ-organ badan. Satu radikal bebas mencari satu lagi molekul untuk berpasangan dengan satu lagi elektron lain. Ia akan mencuri satu elektron dari satu lagi molekul, yang dalam proses itu mewujudkan satu lagi radikal bebas. Radikal bebas ialah hasil sampingan semula jadi pengeluaran tenaga, yang mana ahli biokimia memanggilnya pengoksidaan. Maka, konsep antioksidan bererti “menentang pengoksidaan.”

how antioksida vs free radicals2

Bolehkah Kita Menggelak Dari Radikal Bebas?

sumber-radikal-bebas

Ia mustahil untuk mengelak radikal bebas. Apabila sel-sel  “membakar” oksigen sebagai bahan api untuk menjana tenaga, radikal bebas akan terhasil di mana merupakan salah satu hasil sampingan dari proses metabolisme hidup. Radikal bebas juga ada di sekeliling kita dari pencemaran, persekitaran, dan hampir mustahil untuk mengelaknya.

masalah akibat radikal bebas

Kajian telah mendedahkan bahawa radikal bebas terlibat pada umumnya dalam kebanyakan penyakit, termasuk artritis, kanser, katarak, keletihan, penyakit jantung, penyakit Parkinson, dan juga proses penuaan. Radikal bebas juga mempunyai kesan baik dalam badan seperti pembunuhan virus. Bagaimanapun, radikal bebas yang terlalu tinggi menyukarkan proses menuetralkannya dan kerosakan sel boleh terjadi.

Bagaimana Nak Mendapatkan Antioksidan?

Badan kita menghasilkan antioksidan tertentu untuk melawan serangan radikal bebas yang berterusan ini. Antioksidan lain juga boleh didapati secara semulajadi dalam makanan, termasuk vitamin, mineral dan fitonutrien.

Oleh itu ada dua cara untuk kekalkan antioksidan dengan cara;

  • mengambil makanan kaya antioksidan
  • mengelakkan makanan yang menghasilkan banyak radikal bebas seperti makanan segera, makanan tinggi lemak dan minyak tidak sihat seperti minyak hidrogenasi (terdapat dalam marjerin, minyak masak sayur-sayuran, makanan dibungkus)

makanan tinggi antioksidan

Selain mengamalkan diet tinggi antioksidan, kita juga boleh mengambil suplemen atau makanan tambahan antioksidan untuk memastikan bekalan yang mencukupi untuk perlindungan badan. Benar antioksidan banyak dalam buah-buahan dan sayur-sayuran tetapi berapa ramai dari kita yang makan 7 atau lebih hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari seperti yang disarankan untuk kesihatan optimum dan mencegah penyakit berbahaya.

Antara suplemen dan vitamin yang tinggi antioksidan;

  • Vitamin A dan Carotenoids
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Selenium
  • Flavanoids
  • Polifenol
set antioksidan shaklee
Set Perlindungan Antioksidan Shaklee ~ Mengandungi Vitamin A, Carotenoids, Vitamin C, Vitamin E, BioFlavonoids, Polifenol

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Antioksidan Dan Radikal Bebas Yang Perlu Kita Tahu
Tagged on:                 

4 thoughts on “Antioksidan Dan Radikal Bebas Yang Perlu Kita Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge