4 Cara Penting Bina Tulang Sihat | Jom hari ni kami kongsikan 4 cara penting untuk menyokong tulang sihat. 4 cara sahaja 🙂 Walaupun nampak sikit, tapi agak sukar juga kalau tak disiplin .

4 Cara Menyokong Tulang Sihat

4 cara mudah menyokong tulang sihat

#1 ~ Pastikan Kalsium Cukup Dalam Diet Seharian

Bila kita sebut tentang tulang, mesti terus terlintas “kalsium” kan? Betul kalsium sangat penting untuk bina tulang sihat, termasuk untuk gigi kuat juga. Tapi ramai yang tidak sedar, pengambilan sesetengah makanan secara berlebihan boleh menghalang penyerapan kalsium. Menurut The Paleo Diet, makan terlalu banyak kekacang, keju, bijirin, telur, makanan diproses yang tinggi garam dan perisa, boleh menyebabkan ketidakseimbangan kalsium dan kehilangan jisim tulang secara berterusan. Sebaiknya seimbangkan pengambilan kalsium dengan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar setiap hari.

diet tinggi kalsium

#2 ~ Senaman Berterusan Setiap Hari

Dapatkan sekurang-kurangnya dua puluh minit senaman aktiviti weight-bearing setiap hari, terutama jika anda sudah menghampiri menopos atau putus haid. Banyak kajian yang berkongsi tentang akibat  kurang bersenam boleh mempercepatkan kadar kehilangan jisim tulang normal dalam peringkat menopaus. Maka, aktiviti senaman yang berterusan sejak dari muda, banyak membantu dalam usaha bina tulang sihat dan kuat.

aktiviti senaman weight-bearing

#3 ~ Mengambil Suplemen Kalsium Untuk Memenuhi Keperluan Kalsium Harian

Anda tahu tak, wanita Asia lebih cenderung untuk kehilangan jisim tulang berbanding dari kaum etnik yang lain? Haa.. ni pun Cik Puan VK pun baru tahu. Terdapat kajian yang menghuraikan fakta lebih ramai wanita Asia berisiko tinggi menghadapi osteoporosis berdasarkan beberapa sebab di bawah;

  • wanita Asia didapati mengambil kurang kalsium dari yang sepatutnya. Salah satu sebabnya mungkin kerana lebih cenderung kepada laktosa intolenrasi. 
  • wanita Asia umumnya mempunyai kadar keretakan pinggul yang lebih rendah berbanding wanita lain, walaupun kelaziman keretakan vertebra di kalangan orang Asia seolah-olah menjadi yang paling tinggi.
  • size wanita Asia lebih kecil berbanding kaum lain. Wanita langsing mempunyai jisim tulang kurang daripada wanita gemuk atau obes dan, oleh itu, adalah berisiko tinggi untuk mengalami osteoporosis.

Jadi, adalah sangat digalakkan untuk mereka yang berisiko ini mengambil suplemen kalsium mengikut dose yang disarankan.

dose kalsium requirement

#4~ Dedahkan Diri Pada Cahaya Matahari Untuk Vitamin D

Cahaya matahari merangsang pengeluaran vitamin D, yang bekerja dengan kalsium untuk membina tulang yang kuat. Pendedahan cahaya matahari yang mencukupi adalah penting terutamanya jika anda tidak mendapat cukup vitamin D dalam diet anda, kerana kedua-duanya sangat ideal untuk bekerja bersama. Vitamin D sangat membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

Nak Dapatkan Suplemen Kalsium Shaklee? Lengkap Vitamin D dan Magnesium juga!

ostematrix halang ketinggian menyusut

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

4 Cara Penting Bina Tulang Sihat
Tagged on:         

2 thoughts on “4 Cara Penting Bina Tulang Sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge