Vitamin Bantu Cegah Urat Simpul | Sebelum ini Cik Puan VK pernah berkongsi satu entry tentang Tips Mudah Hilangkan Urat Simpul Dengan Bawang Putih. Memang tidak dinafikan pengambilan bawang putih (home remedies) sangat membantu di samping minyak bawang putih juga boleh mengurangkan juga hampir menghilangkan terus urat simpul. Tetapi ada beberapa vitamin lain juga yang memberikan peranan yang besar untuk cegah urat simpul dari berlaku.

urat simpul-home remedies
Home remedies ~ untuk masalah urat simpul.

Cegah Urat Simpul

Urat simpul atau varicose veins boleh dicegah, dengan sedikit perubahan dalam pengambilan nutrisi. Urat atau salur darah mengangkut darah ke jantung. Sekiranya pengaliran darah lancar dan mengikut sistem yang betul, pastinya ia mengandungi semua nutrisi dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan demi mengekalkan kesihatan yang baik.

Urat adalah injap sehala yang menghalang darah daripada mengalir balik ke seluruh badan kita. Jika injap ini menjadi lemah atau terganggu, darah mengalir semula ke dalam urat, menyebabkan ia membengkak. Inilah punca terjadinya vericose veins apabila urat mula membesar, timbul dan berpintal-pintal sehingga jelas kelihatan di bawah kulit.

cegah urat simpul

Vitamin Bantu Cegah Urat Simpul

Ada beberapa vitamin atau makanan tambahan yang memainkan peranan membantu pencegahan urat timbul ini. 3 vitamin utama ialah; (selain bawang putih sebagai home remedies)

#1 ~ Vitamin C

Membantu dengan menggalakkan peredaran darah yang baik. Ia membantu mengurangkan keradangan dan penting untuk membantu dalam pengeluaran kolagen, protein yang paling banyak di dalam badan. Vitamin C memainkan peranan penting kerana ia menguatkan dinding pembuluh darah kita, menggalakkan penyembuhan dan melindungi membran daripada kerosakan oleh radikal bebas.

#2 ~ Vitamin E

Meningkatkan kesihatan pembuluh darah kita dan membantu atasi aliran darah yang lemah. Vitamin E membantu mengekalkan platlet daripada melekat sesama sendiri dan menempel ke tepi dinding saluran darah. Jika kita mengalami kekejangan yang sering sakit-sakit di betis kaki, ini adalah disebabkan oleh arteri dan vena mengecil atau mengeras dan boleh dilegakan dengan penambahan vitamin E dalam diet seharian.

#3~ Vitamin B

Terdapat pelbagai vitamin B daripada kumpulan vitamin B kompleks yang boleh membantu merawat dan mencegah urat simpul dengan mengukuhkan saluran darah. Vitamin B termasuk thiamin, riboflavin, niacin, folat (asid folik), vitamin B6, vitamin B12, biotin dan asid Pantothenic. Jika kita makan diet seimbang yang sihat, kumpulan vitamin akan diagihkan untuk membantu kesihatan salur darah dan pastinya peredaran darah pun menjadi lancar.

Kredit *sumber*

Bagaimana mahu mendapatkan Set Vitamin ini?

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set ini hari ini, boleh terus membuat pembelian Vitamin Urat Simpul secara online di sini (klik) Pembayaran dengan Kad Debit atau Kad Kredit dan akan dihantar terus kepada anda oleh pihak Shaklee Malaysia. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Vitamin Bantu Cegah Urat Simpul
Tagged on:             

One thought on “Vitamin Bantu Cegah Urat Simpul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge