Penyakit Bell’s Palsy Dan Kisah Ikhtiar Dengan Vivix | Penyakit Bell’s Palsy, macam asing bagi Cik Puan VK suatu masa dahulu. Tapi sejak dah tahu tentang Bell’s Palsy ini, makin kerap pula didengar. Terbaru, semalam adik Cik Puan VK sendiri yang hubungi bertanya tentang penyakit Bell’s Palsy dan kisah ikhtiar dengan Vivix. Baru dapat tahu isteri kawannya diuji Bell’s Palsy juga.

Apa Itu Penyakit Bell’s Palsy?

Bell’s Palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.

Keadaan ini menyebabkan satu bahagian muka terasa berat atau menjadi senget. Anda mungkin menghadapi kesukaran tersenyum atau menutup mata anda pada sebelah muka yang terjejas. Dalam kebanyakan kes, Bell’s Palsy adalah sementara dan gejala biasanya hilang selepas beberapa minggu.

Bell’s Palsy boleh berlaku pada sebarang usia, tetapi kes paling banyak direkodkan adalah di kalangan mereka yang berusia di antara 16 hingga 60 tahun. Nama Bell’’s Palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).

penyakit bell's palsy

Bell’s Palsy BUKAN STROK! Pesakit yang mengalami strok biasanya mengalami bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bell’’s Palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.

bell palsy bukan stroke
Keratan akhbar Harian Metro 9 Sept 2012

Bell’s Palsy boleh berlaku secara tiba-tiba secara separa sebelah muka namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.

Biasanya bagi mereka yang alami Bell’s Palsy akan terasa kebas di bahagian sebelah muka manakala mata dan mulut tidak dapat bergerak dalam keadaan sepatutnya.

Simptom-simptom atau Petanda Bell’s Palsy

Bell’s Palsy boleh menyerang secara tiba-tiba, tetapi sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell’’s Palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.

simptom bell's palsy

Simptom-simptom lain adalah;

  • mata tidak boleh kerdip dan tutup
  • senyum dan pergerakan bibir terganggu
  • lidah mengeras
  • kening seakan berkerut dan terangkat
  • air liur meleleh
  • sukar makan atau minum
  • hidung juga seakan terjatuh

Bagaimana Bell’s Palsy Berlaku?

Bell’s Palsy berlaku apabila saraf kranial ketujuh (yang berpusat di belakang telinga) menjadi bengkak atau dimampatkan, menyebabkan kelemahan otot muka atau lumpuh. Punca sebenar kerosakan ini tidak diketahui, tetapi ramai penyelidik perubatan percaya ia kemungkinan besar disebabkan oleh jangkitan virus. Antaranya;

  • herpes simplex, yang menyebabkan lepuh sejuk dan herpes genital
  • HIV, yang merosakkan sistem imun
  • sarcoidosis, yang menyebabkan keradangan organ
  • herpes zoster virus, yang menyebabkan cacar air dan kayap
  • Epstein-Barr virus, yang menyebabkan mononucleosis

Rawatan Untuk Bell’s Palsy

Dalam kebanyakan kes, gejala Bell’s Palsy bertambah baik tanpa rawatan. Walau bagaimanapun, ia boleh mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk otot di muka anda untuk mendapatkan semula kekuatan normal mereka.

Pakar-pakar kesihatan menasihatkan pesakit mendapatkan rawatan awal dalam masa 48 jam selepas serangan berlaku bagi memudahkan proses pemulihan.

Rawatan berikut (atas nasihat pakar perubatan) boleh membantu dalam pemulihan.

  • corticosteroid, yang mengurangkan keradangan
  • ubat anti-virus, sekiranya Bell’s Palsy yang dihadapi berpunca dari virus
  • penahan sakit seperti ibuprofen atau acetaminophen, yang boleh membantu melegakan kesakitan ringan
  • menggunakan ubat titis mata dan patch mata (untuk mata kering anda)
  • meletakkan tuala lembap dan panas di muka untuk melegakan kesakitan
  • melakukan senaman terapi fizikal untuk merangsang otot muka anda

imageHubungi doktor anda dengan segera jika anda menunjukkan sebarang tanda-tanda Bell’s Palsy. Rawatan cepat dapat membantu mempercepatkan masa pemulihan anda dan mengelakkan sebarang komplikasi.

Credit: Utusan Malaysia, Healthline

Penyakit Bell’s Palsy Dan Vivix

Testimoni 1 ~ Puan Faiza

penyakit bell's palsy vivix 1

2 Oktober 2015

Saya bangun sebelah muka dah jatuh. Tak boleh senyum. Mata tak boleh tutup. Air mata mengalir macam menangis. Sakit. Rasa tegang je.

Doktor sahkan saya diserang Bell’s Palsy. Bukan STROKE. Tapi kelemahan sebelah otot muka. Saya di steroid. Punca UNKNOWN. Tapi maybe sebab saya menyusukan, dan baru lepas bersalin. Saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas tu.

Consume SPECIAL DOSE Vivix. Dan consume OmegaGuard, Bcomplex & Vitamin E dengan EXTREME. Saya juga menjalani fisioterapi.

Alhamdullilah selepas 90 hari, saya diberi kesempatan SENYUM kembali.

Share la. Saya izinkan. Kalau ade ahli keluarga / sahabat handai yg mengalami, berikan support. Ia bukan mudah seperti dijangka. Saya dan sahabat Bell’s Palsy sahaja yang tahu apa yg kami rasa. -Puan Faiza

Testimoni 2 ~ Credit lunazorro.blogspot.my

penyakit bell's palsy vivix 2

Pengambilan Vivix, B Complex dan Ostematrix banyak membantu untuk kembali tersenyum selepas 1 bulan.. Sehingga kini masih terus konsisten mengamalkannya. Cerita penuh boleh baca dengan lebih lanjut di sini (klik)

Testimoni 3 ~ Puan Zura Betty

image

” Mak saya salah seorang pesakit Bell’s palsy hampir berpuluh tahun. Puas cari penawar sampai ke pakar di Singapura.. Alhamdulillah konsisten Vivix dan GLA Complex, sekarang dah pulih sedia kala” – Puan Zura Betty

Testimoni Lain

penyakit bell's palsy vivix 4

penyakit bell's palsy vivix 5

Disclaimer: Ini adalah perkongsian peribadi customers setelah berikhtiar dengan Vivix. Hasilnya mungkin berbeza untuk setiap individu. Produk Shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mecegah sebarang penyakit.

Bagaimana mahu mendapatkan Vivix?

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sebotol Vivix hari ini, boleh terus membuat pembelian Vivix secara online di sini (klik)Harga sebotol Vivix ialah RM503.50 sahaja. Pembayaran dengan Kad Debit atau Kad Kredit. Vivix akan dihantar terus kepada anda oleh pihak Shaklee Malaysia. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

Berita baik! Anda boleh beli Vivix pada harga jimat dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee dan terus menikmati penjimatan sehingga 20%.

Nak lebih jimat? Beli 2 botol Vivix dan anda dapat keahlian percuma di samping menikmati penghantaran kurier percuma (untuk Vivix) + cash rebate bulan hadapan. Hubungi kami untuk mendaftar keahlian dan membeli Vivix dengan harga ahli serta merta.

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Penyakit Bell’s Palsy Dan Kisah Ikhtiar Dengan Vivix
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge