Resepi Protein Bar ESP Shaklee | Anda pernah makan protein bar? Suka makan protein bar? Tahu tak protein bar ni bukan sekadar snack tapi ada kebaikannya tau.
Protein merupakan makronutrien penting yang menyokong beberapa struktur dalam badan kita. Kita boleh mendapatkan protein dalam pelbagai sumber termasuk telur, daging, ikan dan kacang. Walau bagaimanapun, ramai orang memerlukan makanan tambahan protein untuk mendapatkan jumlah harian yang disyorkan. Bar protein merupakan salah satu pilihan yang boleh diambil kira kerana lebih mudah dan praktikal.
Kebaikan Protein Bar

Makan protein bar seperti snek yang boleh membantu mengurangkan makan berlebihan antara waktu makan. Selalunya kita suka kudap-kudap coklat, brownies, meringue dan apa sahaja yang manis sebagai kudapan antara waktu makan. Ini bukan sahaja tak sesuai malah boleh memberi kesan buruk untuk kesihatan jangka panjang. Dalam tak sedar (atau mungkin ramai sedar) makanan yang manis-manis tinggi gula boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Badan kita akan menukarkan gula dalam darah yang berlebihan, yang tidak digunakan sebagai tenaga, menjadi lemak. Akibatnya GEMUK la *huwaaaa*
Membekalkan badan kita dengan nutrien yang diperlukan boleh membantu kita mendapatkan hasil yang terbaik daripada workout di gym ataupun senaman. Asid amino yang ditemui dalam bar protein membantu penyediaan asas yang diperlukan oleh badan untuk menjana tisu otot baru, membaiki kerosakan otot mikroskopik yang berlaku sepanjang latihan anda.
Yang penting protein bar yang kita ambil perlulah dari sumber yang bagus kan. Kalau terlebih bahan yang tinggi kandungan gulanya, boleh membahayakan kesihatan pula jadinya.
Resepi Protein Bar ESP
Jom saya kongiskan resepi protein bar dengan menggunakan ESP Shaklee. Sangat mudah resepi protein bar ni dan penyediaannya pun cuma memakan masa beberapa minit sahaja. Campur-campur, kacau-kacau, tekan-tekan, dah siap!
Bahan-bahannya;
- 6 sudu besar ESP Shaklee
- 2 cawan nestum atau oat
- 5 sudu besar mentega kacang
- 1/2 cawan susu
Cara penyediaannya;
- Campur semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati
- Masukkan ke dalam bekas dan tekan sehingga padat
- Bekukan untuk 3 jam sebelum dipotong kecil
- Sedia untuk dimakan
Kalau nak lebih meriah, boleh campur kismis kat dalam atau kacang atau apa yang anda suka. Atasnya boleh dihias dengan hiasan yang menarik juga.
Mudahkan resepi protein bar ESP Shaklee ni? Kalau nak tukar resepi protein bar ini kepada MealShakes pun boleh juga tau.
Selamat mencuba!
Bagaimana mahu mendapatkan ESP Shaklee?
Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.
_________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Daftar keahlian Shaklee segera
Sedap juga protein bar ni,kalau shaklee.selalu sediakan resipi sedap macam ni best kan…
Noriza Rahman recently posted…Kisah Cancer Survivor Nikmati Kebebasan Masa, Kewangan dan Kesihatan Bersama Shaklee
kenyang sangat makan satu slice je pun dah rasa penuh. Bagus ni untuk kontrol makan
Pingback: "Saya Tak Makan Tapi Berat Badan Naik!" | Starvation Mode