Pantang Kafein Kalau Nak Kulit Cantik | Alamak, betul ke kena pantang kafein kalau nak kulit cantik? Apa kaitan kafein untuk kulit cantik pula. Macam ni impian nak kulit cantik tinggal impian je la sebab Cik Puan VK ni memang hantu kopi dan teh tarik. Alaaaaa… macamana ni?

Apa agaknya hujah yang kuat disebalik fakta ni? Kot-kot la lepas ni Cik Puan VK boleh insaf **heheheh**

pantang kafein untuk kulit cantik

Kafien Buatkan Anda Dehidrasi.

Nak kulit cantik? Kulit cantik ni mestilah sentiasa lembap dan glowing je kan. Tapi pengambilan kafein boleh membuatkan badan kita hilang hidrat. Bila badan kekurangan air, hati kita akan bekerja lebih kuat yang secara langsungnya akan menyebabkan penghasilan toksin dalam badan. Toksin ini mengganggu fungsi kulit yang sihat. Kafein juga bersifat diuretik dan kehilangan penghidratan mempunyai kesan langsung ke atas kulit. Kulit kering menyebabkan keradangan (kemerahan) dan penuaan pra-matang (kehilangan kolagen). Dan yang paling utama tanpa air yang cukup untuk kelancaran sistem anda, pembentukan toksik dalam kulit juga boleh menyebabkan jerawat.

coffee-dehydration

Kafein Penggalak Jerawat?

Selalunya kalau kefein ni terutamanya cappucino atau latte, mesti kita ambil bersama susu atau cream kan? Yang sebenarnya ramai tak sedar bahawa susu dan krimer itu adalah penggalak jerawat.

Menurut www.clearskinforever.net, kopi boleh mencetuskan jerawat sekiranya diambil bersama susu dan gula. Cik Puan VK pernah kongsikan bagaimana susu dikatakan menjadi penyebab jerawat sebelum ini (klik untuk info lanjut). Gula pula dipercayai boleh mengurangkan bakteria baik pada usus dan meningkatkan mikotoksin.

kafein penyebab jerawat?

Kafein Buatkan Kita Kurang Tidur

Kalau ambil kafein ni tujuan utama mesti nak stay awake selain dari sensation rasa dan aroma yang memikat kalbu tu kan.. hihihihi. Mengambil kafein yang banyak akan menyebabkan kita boleh berjaga dan kurang tidur.

Kurang tidur boleh membuatkan kita letih atau nampak letih dengan air muka yang tidak bermaya. Kata orang dari muka inilah terpancar semuanya. Kalau kurang tidur, memang ketara akan terpancar pada raut muka terlebih dahulu dengan muka sembab, lingkaran gelap bawah mata, eye bag, dan termasuk jugalah kulit pun akan nampak kusam dan kendur.

kafein sukar tidur

Kurang tidur juga boleh mempengaruhi aktiviti seharian kita, rasa lemau dan malas nak bergerak aktif, secara langsung juga akan mempengaruhi pemikiran dan daya ingatan. Rata-rata penyelidikan menyarankan 8 ke 9 jam adalah waktu tidur yang secukupnya bagi golongan dewasa setiap malam. Jadi kalau berjaga sebab minum kafein, macamana nak dapat tidur yang cukup kan?

Satu lagi fakta yang sangat relevan kena pantang kafein untuk kulit yang cantik ini ialah, kulit kita melalui proses pemulihan sewaktu kita tidur.

“Yang Mana Satu Vitamin Untuk Kulit Cantik?”

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Pantang Kafein Kalau Nak Kulit Cantik
Tagged on:     

3 thoughts on “Pantang Kafein Kalau Nak Kulit Cantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge