“Menyusukan Anak Tak Akan Mengandung” | Ramai ibu-ibu atau wanita di luar sana yang percaya 100% bahawa dengan menyusukan anak confirm tak akan mengandung lagi. Bahkan mereka percaya bahaya menyusukan anak inilah “ubat perancang” yang paling mujarab. Betul menyusukan anak boleh membantu menjarakkan kehamilan tetapi tidak semuanya 100% tepat.
Kebanyakan ibu-ibu menyusukan mengalami lactation amenorea, yang bermaksud mereka masih tidak stabil dan normal dalam kitaran haidnya. Ada yang jarang-jarang datang haid dan ada juga yang langsung tidak datang haid untuk tempoh waktu tertentu. Inilah yang membuatkan ramai wanita percaya bahawa tiada pengovulan akan berlaku dan mereka tidak ada waktu subur.
Bagaimana Mengesan Pengovulan Walaupun Tiada Haid?
Marquate University menyenaraikan beberapa tips dan panduan untuk kita mengenal pasti tanda awal kesuburan walaupun dalam tempoh menyusukan anak yang tidak didatangi haid.
- peningkatan mukus pada vagina ~ jika anda dapati peningkatan atau perubahan pada lelehan vagina anda terutamanya dari pekat ke cair, jernih dan kenyal, anda mungkin dalam tempoh pengovulan
- suhu badan meningkat ~ pantau suhu badan anda. Suhu badan akan meningkat semasa ovulasi seperti demam tetapi anda dalam keadaan yang sihat.
- ada discaj ~ seolah kitaran haid yang normal tetapi hanya discaj samar keperangan sahaja yang di dapati. Calitan ini juga boleh bermakna anda sedang subur ketika ini.
Langkah Pencegahan “Menyusukan Anak Tak Akan Mengandung”

Sekiranya anda dan pasangan belum bersedia untuk menambah bilangan anak, ada baiknya merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah perancang yang selamat. Jangan jadikan alasan menyusukan anak sebagai lesen besar tidak perlukan apa-apa perlindungan mencegah kehamilan.
Anda boleh berbincang dengan pakar tentang kaedah merancang yang bersesuaian dengan anda.
Kalau Memang Berhasrat Menambah Anak Secepat Mungkin?
Jika anda mahu mengandung walaupun menyusukan anak, perkara-perkara tertentu boleh diperhatikan untuk anda merancang bagaimana nak mengandung dengan cepat.
Secara umum, bila supply susu berkurangan, waktu ini adalah waktu terbaik untuk mencuba kerana hormon-hormon kesuburan sedang meningkat. Corak penyusuan anak juga mempengaruhi hormon kesuburan. Biasanya setelah anak mencapai usia 6 bulan dan ke atas, kemungkinan untuk wanita kembali subur adalah lebih tinggi walaupun anda masih menyusukan anak sepenuhnya. Hormon kesuburan semakin meningkat apabila bayi mula makan makanan pejal dan demand terhadap susu ibu mula berkurangan. Supply susu ibu pun automatik akan menurun dan berkadar songsang dengan hormon kesuburan yang terus menaik.
_________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Daftar keahlian Shaklee segera
Kalau takda protection kukuh tetap boleh ‘ter’ mengandung juga kan
hihi
Noriza Rahman recently posted…Minuman Tenaga Iced Minty Performance Drink