Diet Atau Detoks? | Apa perbezaan antara diet atau detoks ni? Terdapat banyak jenis diet di luar sana, dari diet rendah karbohidrat, diet rendah lemak, diet sup kubis, special K diet, dan bermacam-macam jenis diet lagi yang akhirnya meninggalkan kesan sebaliknya kepada si pengamal. Lebih teruk lagi, kebanyakannya akan kembali meningkat berat badan selepas itu. Inilah yang dipanggil yo-yo diet yang bukan sahaja boleh membuatkan kita rasa malu, tetapi juga boleh memberi kesan kepada kesihatan seperti aneroxia atau bulimia.

bahaya yo-yo diet
Bahaya Yo-yo Diet

Diet

Sekiranya anda salah seorang yang kecewa dengan kesan diet, percayalah bahawa anda tidak berseorangan. Apabila seseorang itu mengalami masalah yo-yo diet, mereka selalunya akan bertukar kepada kaedah diet yang lain. Sampai satu masa, proses diet akan dihentikan setelah anda selesai mencapai target berat badan yang diidamkan. Dan hasilnya, berat badan akan kembali naik selepas itu. Kitaran dan pusingan yang sama akan berulang-ulang sehingga boleh menyebabkan ramai hilang keyakinan diri untuk menurunkan berat badan.

pusingan proses diet
Pusingan proses diet yang biasa

Apabila bertukar kepada kaedah diet yang lain, kita tidak benar-benar menyelesaikan punca masalah. Pasti ramai yang akan mula turun berat dengan banyak tetapi tanpa sedar, ramai yang tidak tahu bahawa air dan lemak yang tersimpan itu sebenarnya adalah untuk melindungi tubuh badan kita dari toksin beracun.

Bila air dan lemak disingkirkan, berat badan pun turun dengan banyak, tetapi toksin masih tertinggal di dalam badan dengan kepekatan yang tinggi. Sistem imun kita tidak membenarkan penyingkiran air dan lemak yang berlebihan jika terdapat tahap toksin yang tinggi disimpan di dalam tisu badan. Toksin sebenarnya bergabung dalam tisu lemak, menjadikan ia sukar atau hampir mustahil untuk dimetabolismekan atau dikeluarkan tanpa pembersihan yang betul (detoks).

Hasilnya, badan mula bertindakbalas dengan kepekatan toksin yang tinggi dan berat badan akan naik semula.

Banyak diet juga tidak mempunyai asid lemak, vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan. Badan tidak boleh melepaskan lemak atas faktor kekurangan elemen-elemen ini. Di samping itu, apabila diet selesai, tisu otot tanpa lemak tidak akan digantikan oleh tisu otot tanpa lemak (apabila kita diet, kita sering kehilangan jisim otot). Jisim otot ini akan digantikan dengan lemak badan – satu lagi sebab mengapa kita melihat orang yang-yo yo diet, semakin besar dan lebih besar setiap kali diet. **Scary!**

Detoks

Jika anda inginkan penurunan berat badan sebenar, pembersihan (detoks) adalah cara yang sepatutnya! Seperti yang dinyatakan sebelum ini, badan kita menyimpan toksin dan logam alam sekitar dalam sel-sel lemak. Ini adalah satu-satunya kawasan yang boleh benar-benar kita detoks untuk membantu toksin disingkirkan dari sistem badan. Membakar lemak yang disimpan dalam sel-sel lemak akan menyebabkan sel-sel lemak mengecut dan dengan itu, toksin larut lemak boleh disingkirkan dari sistem badan dengan mudah.

Pembersihan dan detoksifikasi pada tahap selular membantu menyingkirkan toksin dan bahan cemar daripada “rumah” mereka dalam sel-sel lemak kita, dan ia boleh secara semula jadi dikeluarkan dari badan. Nutrien yang diperlukan badan juga lebih mudah dihantar ke sel-sel badan termasuklah ke organ-organ “pembersihan” utama iaitu hati, buah pinggang dan sistem usus. Toksin lebih mudah disingkirkan secara semulajadi dari badan melalui organ pembersihan ini.

Credit: *Sumber*

Diet Atau Detoks? Yang Mana Lebih Penting?

diet atau detoks

Jadi, mana satu pilihan anda? Diet atau detoks? Yang mana lebih berbaloi? Dan yang mana lebih memberi kesan positif jangka panjang?

Diet tidak berjaya untuk membantu kita hilang berat badan dalam temph yang panjang kerana diet tidak disasarkan untuk membersihkan badan dari kekotoran toksin. Sebaliknya, dengan memberikan tumpuan kepada detoks yang sihat dapat membantu sel-sel badan menjalani proses yang betul dan sihat.

Kurus Bila Detoks

Jom Detoks The Shaklee Way

set detoks shaklee

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Diet Atau Detoks? Yang Mana Lebih Penting?

2 thoughts on “Diet Atau Detoks? Yang Mana Lebih Penting?

  • 13 June 2016 at 12:05 PM
    Permalink

    Pada saya dalam semua perkara, ilmu paling penting. Sama juga dalam bab berdiet. Kebanyakan mereka yang nak diet ni, semuanya mementingkan nak diet dalam tempoh yang cepat.

    Tu yang memberikan mudharat. Tapi kalau orang yang nak diet berdasarkan ilmu, dia tahu bagaimana cara nak diet dan kurangkan badan tanpa perlu sebarang pengambilan produk pun.

    Tetapi ilmunya mendalam, contohnya cara pengawalan kalori harian. Saya tidaklah pandai sangat dalam bab berdiet ni, cuma suka membaca. Sebab bidang saya dalam bab merawat masalah sihir.

    Nasihat saya kepada yang nak berdiet, lengkapkan diri anda dengan ilmu tentang diet itu dulu.
    Perawat Islam recently posted…11 Tanda Menunjukkan Jin Jatuh Cinta Kepada AndaMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge