Bila Anak Kena HFMD ~ Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut | Dah lama Cik Puan VK simpan cerita ini. Asalnya rasa tak best nak berkongsi cerita kerana gambar tak ada. “Rajin” betul simpan semua dalam phone kan. Bila “hilang” memang semua la kenangan tu lesap.

Tapi rasanya tak adil pula kalau tak berkongsi pengalaman menjaga anak kena HFMD ni. Sekurang-kurangnya boleh membantu ibu-ibu di luar sana dengan berkongsi apa yang perlu disiapkan mentally dan physically.

Bila Anak Kena HFMD

Pada mulanya saya hampir tak sedar yang anak saya ni (usia 4 tahun lebih masa tu) dah terkena jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut kerana dia cuma demam biasa dan mengadu mulut pedih ada ulser. Jadi bermula tak lalu nak makan dan minum. Saya cepat-cepat berikan Nutriferon sebagai perisai utama. Masa tu terfikir mungkin demam biasa dan hanya perlu kuatkan imun sistem untuk melawan demam semakin merebak.

penyakit tangan kaki dan mulut

Esoknya ulser di mulut bertambah banyak. sudah nampak blister di tangan dan kaki tetapi syukur Alhamdulillah, tak banyak pun. Cuma sebiji dua sahaja.

Demam dah semakin kurang cuma disebabkan risau dengan keadaan ulser di mulut yang semakin banyak ditambah pula dengan keadaannya yang dah tak lalu nak makan kerana sakit nak menelan, buatkan hati ibu sangat runsing. Kami bawa dia berjumpa pakar dan sah terkena jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD)

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu yang berhubung secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti. Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Pengalaman Penyakit Tangan Kaki dan Mulut

Menurut doktor yang merawat, HFMD tidak merbahaya dan tergolong dalam kategori sederhana, dan biasanya ruam atau blister (lepuhan air) akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh seminggu.

image googled
image googled

Tetapi risikonya, kanak-kanak memang tak tahu nak kontrol gatal, akan mula menggaru-garu, dan ini akan menyebabkan risiko jangkitan kepada orang lain meningkat. Tambah risau kerana saya juga ada baby berumur kurang setahun masa tu. Memang perlu dikuarantinkan dari keluar, tetapi sangat sukar nak kuarantin dia seorang di dalam bilik.

Bila blister penuh sekeliling mulut, anak ni memang tak nak makan, tak nak minum kerana pedih dan sakit nak menelan. Kami diberitahu oleh doktor yang imun sistem yang kuat memang sangat -sangat penting waktu ini untuk anak melawan sendiri sakitnya. Dan rezeki kami juga mungkin kerana saya dah berikan Nutriferon awal-awal lagi, jadi interferon badannya sudah mula bekerja dengan baik sebab itulah blister di tangan dan kaki cuma sebiji dua sahaja.

Kata doktor lagi, HFMD tidak bahaya kalau tak melibatkan jangkitan virus di jantung dan saraf. Tetapi kalau anak terlalu susah nak minum sehingga dehidrated, tak ada jalan lain kecuali admitted dan kena drip. Maaaakk ai.. Lagi bertambah susah hati kalau kena warded, sah-sah nak kena angkut anak-anak lain semua berkampung di hospital. Jadi ibu terus laksanakan gerak gempur!

tanda penyakit tangan kaki dan mulut

Ikhtiar Tangani HFMD Dengan Shaklee

Saya ikhtiar berikan Set Immune Booster untuk HFMD setiap hari, iaitu Nutriferon, MealShakes dan Herbal Blend Cream bersama-sama Performance Drink untuk memastikan badannya kekal hidrat.

set hfmd panyakit tangan kaki dan mulut

  • Nutriferon untuk kuatkan sistem imun badan di samping mengaktifkan interferon badan. Interferon merupakan protein yang dilepaskan dalam badan kita untuk mengekang replikasi virus di dalam badan. Saya suka panggil Nutriferon ni sebagai 1st aid kit kami.
  • Meal Shakes ~ multivitamin dan mineral dalam bentuk serbuk yang membantu lengkapkan nutrisi anak yang tak lalu nak makan. Memang kami bergantung kepada Meal Shakes ini la juga sehari dua untuk memberikannya tenaga dan nutrien.
  • Herbal Blend Cream untuk kegunaan luaran pada blisters di kaki, tangan dan sekitar mulut bahagian luar. Krim ni bagus untuk kurangkan gatal-gatal dan sejuk-sejuk berangin yang boleh bantu anak kurang menggaru.

Alhamdulillah.. terkawal penyakit tangan kaki dan mulut anak saya dan boleh sembuh sepenuhnya dalam masa kurang seminggu. Syukur juga kerana tidak berjangkit kepada kakak dan adiknya. Anak-anak yang lain juga saya sediakan perisai dengan bantu mereka kuatkan sistem imun juga. Treatment yang sama dengan Set Immune Booster ini walaupun mereka tidak demam dan tak ada simptom HFMD.

Tips Menghadapi Penyakit Tangan Kaki dan Mulut

Beberapa tips ini boleh diamalkan untuk mencegah jangkitan di samping dapat membantu proses pemulihan dengan cepat.

  • mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • elakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • kuarantin anak, dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu ibu bapa di luar sana, dan semoga Allah permudahkan segala urusan dan ikhtiar anda semua. Amin.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya

Yana  019-9109009

atau klik icon di bawah ini untuk membuat pembelian terus.

beli shaklee online

Atau..

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009 (klik)

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Bila Anak Kena HFMD | Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut

One thought on “Bila Anak Kena HFMD | Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge