Vitamin Kesuburan Lelaki ~ Suplemen Untuk Bakal Ayah | Biasanya untuk merancang kehamilan, banyak memberi tumpuan kepada persediaan bakal ibu. Hakikatnya dalam proses merancang kehamilan bukan bakal ibu sahaja yang perlu mempersiapkan badan sihat tetapi bakal ayah juga sama pentingnya.
Penghasilan sperma yang berkualiti daripada bakal ayah diperlukan untuk menjayakan kehamilan. Jadi, sebaiknya jagalah kesihatan diri dan perbaiki pengambilan makanan yang sihat agar barjaya menghasilkan sperma yang berkualiti.
Vitamin Kesuburan Suami | Suplemen Untuk Bakal Ayah
Selain daripada mengamalkan pemakanan sihat, pengambilan suplemen juga membantu usaha tersebut. Antara vitamin kesuburan suami yang dicadangkan adalah;
*Vitamin E berperanan untuk membantu pengeluaran sperma dan mencegah kerosakan sperma kerana bersifat sebagai antioksidan, serta membantu meningkatkan tugas hormon-hormon seks lelaki.
*Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan jumlah sel-sel sperma yang dihasilkan, meningkatkan aktiviti pergerakan sperma supaya mampu bercantum dengan sel telur, memanjangkan masa hidup sperma, serta mengelakkan daripada kerosakan akibat radikal bebas.

*Vitamin D ~ pengambilan vitamin D dapat meningkatkan kesihatan pembiakan lelaki. Cara pengambilan harian yang disyorkan 10 mikrogram vitamin D meningkatkan semua aspek kesihatan sperma termasuk jumlah sperma, pergerakan dan kualiti. Vitamin D dihasilkan secara semula jadi dalam badan apabila kulit anda terdedah kepada cahaya matahari; ia juga didapati dalam makanan seperti salmon dan susu diperkaya.
*Vitamin B12 berfungsi meningkatkan kualiti sel-sel sperma, sama ada kuantiti sel-sel sperma yang dihasilkan serta kemampuan pergerakkannya.
*Zat besi berperanan membantu proses pembentukan sel-sel sperma serta menjaga kualiti sperma yang dihasilkan agar tetap baik.
*Zink diperlukan dalam proses metabolisma oleh lebih daripada 200 enzim serta membantu menjaga fungsi organ-organ seksual lelaki. Kekurangan zat ini dapat mengakibatkan hormon testoteron menurun, testis mengalami penyusutan, sehingga pengeluaran sel-sel sperma yang sihat jadi menurun.
*Kalsium membantu meningkatkan pH tubuh, ketika proses percantuman dilakukan dan pertemuan antara sperma dengan ovum. Zat ini membantu perkembangan sel yang terbentuk daripada hasil percantuman sperma dan ovum dengan lebih baik.
*Selenium yang bersifat antioksida membantu mencegah terjadinya proses oksidasi sel-sel sperma. Oleh itu, kualiti sel-sel sperma dapat dihasilkan dengan baik.
Sumber: baby center, healthy eating, fertility after 40
_________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Daftar keahlian Shaklee segera
Di pusat rawatan saya, ramai pasangan suami isteri yang datang mendapatkan rawatan sebab dah lama kahwin tak dapat anak.
Jadi mereka risau mungkin disebabkan ada sihir atau saka yang menyebabkan mereka sukar mendapat zuriat. Hakikatnya, selepas saya scan mereka, langsung tidak menunjukkan tindakbalas adanya sihir atau saka di dalam badan.
Jadi saya syak mungkin ianya masalah lain. Mungkin melibatkan soal kesuburan. Saya setuju dengan puan Yana, bila melibatkan kesuburan, biasanya pasti pihak perempuan sahaja yang disuruh buat pemeriksaan.
Sedangkan lelaki pun perlu juga diperhatikan tentang kesuburannya, terutamanya yang melibatkan kualiti sperma yang dihasilkan, macam yang puan Yana sharekan dalam artikel di atas.
Saya bookmark page ni, mudah kalau ada lagi pasangan yang datang ke pusat rawatan saya, kalau takde gangguan, boleh saya rekemenkan untuk pasangan lelakinya produk shaklee ni 🙂
Perawat Islam recently posted…Jangan Berubat Jika Perawat Lakukan 9 Perkara Ini (Bahagian 2)