Perbezaan Krim Siang dan Krim Malam | Selalu kalau kita nak cari produk jagaan kulit, banyak company dan brand yang akan keluarkan krim siang dan krim malam yang berbeza. Ada juga yang tak suka nak pakai banyak-banyak krim tanyakan Cik Puan VK;

“kenapa siang krim lain, malam krim lain pulak? Apa perbezaan krim siang dan krim malam sebenarnya? Boleh tak kalau siang dan malam nak pakai krim yang sama je?”

Perbezaan Krim Siang dan Krim Malam

Ada sebabnya kenapa krim siang dan krim malam direka khas dengan tekstur dan bahan-bahan yang berbeza, bersesuaian dengan fungsi dan kegunaannya yang tersendiri.

beza krim siang dan krim malam

Krim Siang

Pada waktu siang, kulit kita terdedah kepada korosakan dari pancaran UV, pencemaran, tekanan alam sekitar, dan juga mekap atau solekan yang dipakai. Jadi krim yang direka untuk kegunaan siang hari terutamanya tertumpu kepada perlindungan dan memberi sokongan kepada kulit. Ia biasanya mengandungi SPF untuk mengelakkan kesan terbakar dan penuaan, mengandungi antioksidan untuk melawan radikal bebas, juga mengandungi bahan seperti kafein yang menjadikan kulit kelihatan bertenaga dan kuat. Krim siang biasanya direka untuk dipakai di bawah lapisan kosmetik solekan, dan bersesuaian untuk mudah diserap dan dalam masa yang sama juga membolehkan liang pori untuk bernafas.

Walaupun kebanyakan krim siang sangat sinonim dengan anti penuaan, tetapi krim siang selalunya mengandungi kurang alpha-hydroxy acids dan retinoids kerana kesan kandungannya yang banyak akan mengakibatkan reaksi yang sangat sensitif kepada cahaya matahari. Salah satu sebab lagi, campuran terlalu banyak bahan aktif juga akan mengakibatkan kurang berkesannya sesuatu krim siang itu.

Krim Malam

Waktu malam adalah waktu pemulihan kulit. Seperti kebanyakan bahagian tubuh badan kita yang lain, kulit juga melalui proses pemulihan, pembaikan, dan pembaharuan semasa kita tidur. Jadi bersesuaian dengan krim malam yang direka khas untuk memberi tumpuan kepada kelembapan dan pemulihan kulit. Krim malam mengandungi kandungan lembapan yang kuat tetapi kuasa serapan yang perlahan yang sengaja direka untuk mengekalkan tugasnya menembusi kulit sepanjang beberapa jam.

Memandangkan tidak ada kebimbangan terdedah kepada cahaya matahari di waktu malam, krim malam mengandungi kepekatan yang tinggi untuk bahan-bahan anti penuaan seperti retinol, asid glycolic dan asid hyaluronik yang mampe memberikan kesan yang baik tanpa gangguan daripada pelindung matahari.

Tekstur krim malam pula biasanya lebih pekat, tebal dan berat berbanding krim siang. Tapi tak apa la kan? Sebab malam kita pun tak bersolek untuk tidur dan krim pekat tebal itu akan meresap secara perlahan-lahan beberapa jam semasa kita tidur.

Credit: *Sumber*

Boleh Tak Kalau Satu Krim Sahaja Untuk Siang dan Malam?

Tak menjadi masalah kalau anda nak menggunakan krim siang di waktu malam atau krim malam nak dipakai di siang hari.

Cuma kalau kita pakai krim malam di siang hari, teksturnya lebih pekat dan tebal yang mungkin akan menyebabkan kita kurang selesa dan menyukarkan sapuan alat solek. Perlindungan pancaran UV dan sinaran matahari juga tidak kita perolehi dari krim malam.

Begitu juga, krim siang digunakan pada waktu malam masih akan memberikan sedikit kelembapan dan sokongan, tetapi kulit anda mungkin tidak akan mendapat pelbagai kesan dari bahan-bahan anti-penuaan dan lembapan juga dalam masa yang singkat kerana serapan krim siang lebih ringan dan serta merta.

Krim Malam Shaklee: Kenapa Ramai Sukannya?

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Perbezaan Krim Siang dan Krim Malam
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge