Makan Vitamin Jadi Gemuk? | Selalu sangat dengar kan? Ramai yang cakap dah cukup vitamin dah sebab dah gemuk ni. Jadi tak perlu ambil vitamin lagi takut jadi bertambah gemuk. Eh eh.. betul ke?

Dan tak kurang juga yang dah ambil vitamin pun ada yang bagi feedback tentang makan vitamin jadi gemuk pula

“sejak makan vitamin ni mmg saya berselera sangat.. betulkan makan vitamin ni boleh buat kita gemuk?”

“saya tak nak makan vitamin orang kata makan vitamin jadi gemuk!”

Betulkah Makan Vitamin Jadi Gemuk?

Hakikatnya, vitamin tidak menggemukkan! Ini kerana vitamin tidak mengandungi kalori, (kalori adalah penyebab kegemukan). Tetapi mungkin anda hairan bagaimana ada yang makin gemuk selepas mengambil vitamin.

Di sini sebenarnya ada 2 perkara berbeza:-

(1) Corak pemakanan dan aktiviti berubah tanpa disedari

OK kita lihat perkara no (1) dulu. Yang nombor satu ni sama lah seperti berkata “Semalam saya kena hujan, lepas tu saya ambil vitamin, hari ni demam. Ni sebab vitamin la agaknya ni sampai demam saya dibuatnya”. Kan? Dah nyata terang dia main hujan, tapi nak juga kaitkan dengan vitamin.

makan vitamin jadi gemuk
Amalan makan junk food pun boleh menyebabkan badan jadi gemuk

Mungkin juga kebetulan orang yang mengambil vitamin ni, tiba-tiba banyak makan coklat, junk food, air manis… Tapi ini tidak disedari kerana selera makan kita satu benda yang tidak boleh diukur. Mungkin juga ada yang mengambil kesempatan kononnya dengan memakan vitamin metabolisme akan meningkat, makanan dibakar menjadi tenaga jadi tidak ada masalah untuk makan lebih banyak dari biasa. Jadi  ‘terpaksa’ cari kambing hitam untuk cover masalah berselera sangat itu.

Ataupun, selama ni tiap-tiap minggu bersukan, tapi sejak akhir-akhir ni lebih suka tidur.

Jika anda terbabit dengan kegiatan seumpama ini, sila cuba ubah cara hidup anda. Nanti sendirinya boleh rasa perubahan itu.

(2) Kerana kesan langsung pengambilan vitamin

Untuk perkara ke- (2), jangan risau.. Kerana ia bukan side effect. sebaliknya memang normal.

OK begini konsepnya. Bila kita mengambil vitamin, ia tidak sama macam makan makanan biasa. Vitamin adalah dalam bentuk dos yang pekat, lalu badan kita perlu mencairkan nutrien ini untuk memudahkan pengangkutan dan penyerapan.

OLEH SEBAB ITULAH KITA PERLU BANYAK MINUM AIR BILA AMBIL VITAMIN

Jadi, bila kita tak cukup minum, sel-sel tubuh kita akan ‘dahaga’ lalu ia menghantar isyarat ke otak. Akan tetapi, isyarat dari sel yang kehausan itu diterima oleh otak sebagai lapar. Maka otak menghantar pesanan kepada sistem kita untuk cari makanan, lapar ni..

Sedangkan kita tak perlu makan pun, cuma sel tubuh kita yang haus.

Lalu kita pun cari makanan dan makan sampai kenyang. Masa inilah tubuh kita menerima protein, karbohidrat dan lemak berlebihan.

Maka jika anda berada dalam situasi no (2), anda mungkin asyik rasa lapar, nak selalu makan dan mungkin boleh gemuk.

Dan jangan terkejut kerana salah satu sebab badan jadi gemuk juga bukan disebabkan mengambil vitamin tetapi petanda besar yang badan kekurangan vitamin.

Justeru, bila anda mengambil vitamin:-

minum air yang banyak
Minum air yang banyak dapat membantu proses tubuh badan yang teratur

(1) Minum air sekurang2nya 3 liter sehari
(2) Kawal pemakanan, jangan terlalu mengikut selera
(3) Tukarkan karbohidrat kepada sumber low GI

Mengambil vitamin perlu pengetahuan tentangnya. Kami sedia membantu untuk memberikan khidmat nasihat.

Rujukan; Livestrong.com, FoxNews

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Makan Vitamin Jadi Gemuk?
Tagged on:         

2 thoughts on “Makan Vitamin Jadi Gemuk?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge