Tips Latih Anak Minum Air Secukupnya | Sebagai ibu bapa, sangat penting untuk kita sentiasa memantau pergerakan anak-anak setiap masa walaupun di rumah. Dan 2 yang paling utama ialah sentiasa kekal aktif (kalau dah melepet dan tak aktif tu mesti ada yang tak kena), dan satu lagi adalah memastikan anak minum air secukupnya.

Rasanya perkara no 1 tu semua orang pun tak ada masalah. Even tengah demam pun anak-anak masih boleh melompat-lompat dah berlari ke sana sini. Tetapi perkara kedua untuk memastikan anak minum air secukupnya agak mencabar dengan akal mereka. Ada-ada je alasan nak skip minum.

Jom saya kongsikan tips latih anak minum air secukupnya tambah-tambah lagi musim panas ni kan. Kurang air, boleh dehidrasi dan boleh kena strok haba. Takut sangat.

Tips Latih Anak Minum Air Secukupnya

1 ~ Sediakan Botol Air yang Menarik dan Mereka Suka.

Pada permulaan untuk melatih mereka minum, saya sediakan bekas air bergambar kartun kesukaan mereka. Tetapi bila dah semakin ramai anak, mereka lebih suka yang sama tetapi warna yang berbeza. Sediakan mengikut warna kegemaran mereka. Semua pun beli online je mudah. Tak perlu pening-pening nak fikir mana nak cari 🙂

latih anak minum air secukupnya
Masa kecil, galakkan dengan superhero yang mereka suka
latih anak minum air
Bila anak ramai, sorang satu botol warna warni ikut warna kegemaran

2 ~ Jadikan Minum Air Sebagai “Game”

Contohnya, kalau gambar spiderman seperti gambar ini, saya suka cabar mereka “pukul 10 nanti, air dah kena sampai kat paras mulut dia tau.. Nanti dia tak ada energy, dia kena minum. Lepas tu kita refill lagi”

3 ~ Sediakan Straw Pelbagai Bentuk dan Warna

straw kanakkanak

Kanak-kanak suka kan sesuatu yang “hebat” bagi mereka. Dan tentunya kalau dapat minum melalui straw yang hebat ini sesuatu yang sangat mengujakan mereka.

4 ~ Isi Potongan Buah di Dalamnya

water-bottle

Saya suka ikut apa yang mereka suka. Kalau suka epal, saya potong nipis epal dan masukkan sepotong kecil ke dalam botol mereka. Sebenarnya tidak menyumbang kepada rasa epal pun. Lebih kepada menggalakkan dan latih anak minum air secukupnya dan feeling-feeling infused water ? Mereka minum pun konon-konon ada rasa air epal walaupun tak.. Hihihi

5 ~ Sejukkan Air atau Isi Ice cube Pelbagai Bentuk

-Ice-Cube-Trays

6 ~ Buat Pertandingan

Siapa yang refill dulu, dia dapat ganjarannya seperti boleh tengok rancangan kartun kegemaran. Dan siapa yang berjaya refill sehingga cukup 2 liter, ada rewards lebih hebat menanti. Kadang-kadang mereka bukan mementingkan hadiah pun. Walau sebiji oren sahaja pun sudah seronok asalkan ada title “Saya menang!

7 ~ Kepimpinan Melalui Tauladan

Semestinya latih anak minum air secukupnya ini kena bermula dari ibu bapa sendiri dahulu. Ibu bapa sendiri pun kena tunjukkan yang kita pun minum banyak air di rumah, kurangkan air manis-manis, dan jadilah role model yang baik untuk anak-anak. Kalau keluar berjalan tu, bawa bekal air kosong dan kurangkan memesan air manis di kedai.

8 ~ Bagi Mereka Tahu

Saya juga suka bercerita tentang kaitan warna air kencing dan masalah tak cukup air. Kalau siapa yang air kencingnya pekat, itu tandanya kurang air, dan senang diserang penyakit nanti. Suka pula mereka nak memeriksa warna setiap kali buang air ?

*Images ihsan google*

Alhamdulilah, tips ni memang saya buat sendiri dan hasilnya sekarang ni tak perlu diingat-ingatkan sangat untuk mereka minum air kosong dengan banyak. Mereka sendiri yang mencari. Kalau keluar berjalan pun setiap orang ada botol air masing-masing untuk di bawa bersama.

Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu lain juga mencuba tips ini

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Tips Latih Anak Minum Air Secukupnya

9 thoughts on “Tips Latih Anak Minum Air Secukupnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge