Maksud Bacaan Tekanan Darah | Pernah lihat bacaan tekanan darah pada mesin tekanan darah tak? Ada yang faham dan masih ramai lagi yang tak faham maksud bacaannya. Ada yang tahu, tetapi tak memahami maksud di sebalik bacaan tekanan darah tu.

Jadi Cik Puan VK nak kongsi info simple ni bantu lebih ramai tahu dan faham. *_^

Bacaan Tekanan Darah

maksud bacaan tekanan darah

Bacaan pada mesin tekanan darah akan menunjukkan dua bacaan iaitu sistolik dan diastolik

maksud bacaan tekanan darah

Sistolik ~ nombor atas, yang lebih tinggi menunjukkan tekanan dalam arteri jantung berdegup (apabila otot jantung kontraksi) atau disebut juga tekanan semasa darah keluar dari jantung

Diastolik ~ nombor bahagian bawah, yang lebih rendah menunjukkan tekanan dalam arteri di antara degupan jantung (apabila otot jantung berehat di antara degupan dan mengisi semula darah)

Manakala bacaan paling bawah pada mesin itu pula adalah PULSE atau nadi yang menunjukkan degupan jantung dalam masa seminit.

Apakah Bacaan Tekanan Darah Yang Sihat?

bacaan tekanan darah

bacaan tekanan darah standard

Carta di atas menerangkan menunjukkan bacaan tekanan darah mengikut standard World Health Organisation. Bacaan tekanan darah yang normal dan ideal adalah bacaan sistolik antara 90-120 mm Hg dan diastolik pula di antara 60-80 mm Hg

Hati-hati kalau bacaan anda kurang dari 90/60mm Hg kerana itu menunjukkan anda mungkin mengalami tekanan darah rendah.

Begitu juga perihalnya kalau bacaan anda melebihi 120/80mm Hg.. itu mungkin tanda-tanda anda dah ke arah tekanan darah tinggi. Ada baiknya juga berjaga-jaga kan.

Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Dikesan?

Tekanan darah kita meningkat dengan setiap denyutan jantung dan jatuh semasa jantung relaks antara denyutan. Walaupun BP boleh berubah dari minit ke minit dengan perubahan dalam postur, bersenam, tekanan atau tidur, ia biasanya boleh kurang daripada 120/80 mm Hg (kurang daripada 120 sistolik DAN kurang daripada 80 diastolik) untuk usia dewasa 20 tahun ke atas.

tekanan darah

Jika bacaan tekanan darah kita lebih tinggi daripada normal, doktor mungkin mengambil masa beberapa bacaan dari masa ke masa dan / atau kita boleh juga memantau tekanan darah di rumah sebelum mendiagnosis kita mempunyai tekanan darah tinggi.

Mana bilangan yang lebih penting, atas (sistolik) atau bawah (diastolik)?

Biasanya perhatian yang lebih diberikan kepada nombor atas (tekanan darah sistolik) sebagai faktor risiko utama untuk penyakit kardiovaskular bagi orang-orang berumur lebih daripada 50 tahun. Dalam kebanyakan orang, tekanan darah sistolik meningkat dengan mantap selari dengan usia kerana adanya peningkatkan arteri lebih besar, jangka panjang pengumpulan plak, dan peningkatan insiden penyakit jantung dan vaskular.

*Credit*

“Pentingnya Vitamin Antioksidan Untuk Tekanan Darah Tinggi” (klik)

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Maksud Bacaan Tekanan Darah
Tagged on:         

7 thoughts on “Maksud Bacaan Tekanan Darah

Leave a Reply to Yusof Yaakob Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge