Resepi Waffle Sedap | Hari ni rasa nak kongsi resepi waffle sedap yang Cik Puan VK pernah try. Resepi waffle kesukaan ramai. Al kisahnya bukanlah nak update resepi pun hari ni. Tapi post Cik Puan VK kat instagram dan facebook memang mengundang pm yang banyak.. Hihihi ingat order Shaklee banyak masuk kan? Rupa-rupanya nak minta kongsikan resepi waffle ?

Anak Cik Puan VK memang suka waffle. Pantang jumpa waffle kat mana-mana mesti nak. Tak jumpa yang fresh, yang ready made gardenia tu pun boleh. Asalkan waffle. Jadi ibu pun gigihlah mencari resepi waffle sedap. Try itu ini yang ni jugalah yang terpikat di hati ibu dan anak-anak. Memang waffle kesukaaan ramai. Sekali hadap je licin ???

Resepi Waffle Sedap

Cik Puan VK tak ingat sumber dari mana tapi google macam-macam resepi omputih dan Malaysian kita ni. Dan tersimpan resepi ni dalam buku resepi Cik Puan VK. Minta halal ye tuan punya resepi.

Untuk Resepi Waffle Sedap ni ada 3 kumpulan bahan.

Bahan-bahan A

1 cawan tepung serba guna (Cik Puan VK pakai tepung gandum je)

2 sudu makan gula (boleh kurangkan kalau nak sapu madu/nutella/jem atau apa-apa yang manis)

1/4 sudu teh garam

2 sudu makan tepung jagung (optional tapi saya lebih suka yang tak letak. anak-anak suka yang ada tepung jagung)

1 sudu teh serbuk penaik

campur semua bahan A hingga bergaul rata

Bahan-bahan B

2 biji telur

1 cawan susu

1 sudu teh esen vanilla

pukul hingga sebati. Pernah esen vanilla habis dan Cik Puan VK gantikan dengan bancuhan MealShake French Vanilla 1 cawan menggantikan susu dan esen vanilla.

Bahan C

4 sudu mentega cair

(optional boleh guna minyak sayur)

Cara Buat Waffle Sedap

Bahan A dimasukkan dalam Bahan B, kacau separa rata dan masukkan Bahan C sambil kacau hingga sekata.

Biarkan selama 10-15 minit untuk adunan gebu sedikit sebelum bakar.

Bakar dengan waffle maker sehingga masak.

Tadaaaaa.. Siap!!

waffle ice cream waffle jam waffle_61264680

tourist waffles

Bolehla dihidang dengan apa juga cara hidangan yang disukai. Ni contoh-contoh hidangan ehsan dari encik google ye. Kalau ikut Cik Puan VK, sapu nutella je dah memang wallah??

Selamat Mencuba!

Mana Nak Beli Waffle Maker?

Selepas saya up entry ni, ramai pula kawan-kawan yang tanya kat mana nak beli waffle maker yang murah tapi best? Saya tak jual waffle maker dan saya sebenarnya tak ada masa betul-betul nak survey. Cuma rezeki boleh beli yang murah dan berbaloi-baloi di lazada.com.my.

Yang saya beli tu tak sampai pun RM50. Seronok sangat dapat waffle maker yang murah tetapi banyak berjasa. Hihihi.

Anda boleh buat pilihan kat lazada.com.my ni ye.Banyak sangat yang murah-murah dan best-best. In shaa Allah terjamin selamat pembelian anda.

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Resepi Waffle Sedap
Tagged on:

One thought on “Resepi Waffle Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge