Pentingnya Vitamin Antioksidan Untuk Tekanan Darah Tinggi | Entry kali ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang sering ditanya bila Cik Puan VK turut mencadangkan pengambilan vitamin antioksidan untuk mereka yang berikhtiar menstabilkan tekanan darah tinggi.
Malah sebenarnya vitamin antioksidan ini sepatutnya dimulakan sekarang walaupun kita tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Radikal bebas di sekeliling kita berada di mana-mana dan bila-bila sahaja “bekerja” untuk merosakkan sel-sel badan. Takut kan?
Pentingnya Vitamin Antioksidan
Tekanan darah tinggi sebenarnya menyerang sebilangan besar penduduk dunia. Namun hampir dua pertiga daripada mereka ini tidak menyedari tanda-tanda atau hakikat bahawa mereka mengalami tekanan darah tinggi, sehingga peringkat kritikal.
Yang paling perlu berjaga-jaga ialah salur darah kita kerana sangat lah fragile bila dah kena tekanan darah tinggi. Bak kata sesetengah pakar kesihatan, macam paip getah yang tunggu masa nak bocor. Perlu perlindungan ekstra untuk memastikannya tidak rosak. Begitulah halnya dengan salur darah kita ni, perlukan antioksidan untuk memeliharanya dari terus rosak dan boleh menjejaskan kesihatan dengan lebih kritikal lagi.
Bagaimana Vitamin Antioksidan Membantu Tekanan Darah Tinggi?
Vitamin antioksidan ada ACE iaitu vitamin A, C dan E. Peranannya hampir sama tetapi fungsi yang agak berbeza dalam membantu menstabilkan tekanan darah.
Vitamin C – Vitamin C merupakan salah satu vitamin yang sangat penting untuk tekanan darah tinggi. Ia membantu menurunkan tekanan darah dengan mengurangkan penghasilan radikal bebas yang boleh merosakkan dinding saluran darah. Ia juga membantu dalam memperbaiki kerosakan yang telah berlaku pada dinding arteri. Vitamin C boleh membantu kenaikan tahap kolesterol HDL, kolesterol baik untuk badan. Kolesterol HDL ini bertanggungjawab untuk pembersihan plak kolesterol LDL dalam darah. Dos harian 2500 mg Vitamin C adalah disyorkan untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi. Makanan tambahan semula jadi Vitamin C yang mengandungi buah-buahan segar seperti oren dan lemon boleh digantikan sekiranya diet harian vitamin C tidak mencukupi.
Vitamin E – Vitamin E adalah satu lagi vitamin penting untuk tekanan darah tinggi, kerana ia membantu mengurangkan tekanan darah dan penyakit kardio vaskular. Ia dianggap sebagai salah satu antioksidan yang paling kuat yang boleh memberi faedah kepada badan. Selain melawan radikal bebas, ia juga membantu mengurangkan kolesterol LDL. Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi atau cuba untuk mengelakkan terjadinya tekanan darah tinggi disyorkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 800 I.U. vitamin E setiap hari. Brokoli, bayam, sayur-sayuran, beri biru, betik, sawi, badam dan minyak zaitun adalah beberapa sumber makanan yang kaya vitamin E.
Vitamin A -Vitamin A adalah vitamin larut lemak, yang hadir dalam tisu lemak badan. Ia membantu mengawal tekanan darah tinggi dengan mengurangkan kolesterol LDL dan mencegah pembentukan plak lemak dalam arteri. Dos harian yang disyorkan Vitamin A untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi ialah 5000 I.U setiap hari. Buah-buahan seperti betik, buah kiwi, tembikai dan aprikot dan sayur-sayuran dan daun hijau adalah sumber utama dari mana kita boleh mendapatkan vitamin A. Di samping itu, produk tenusu juga membawa sejumlah besar vitamin penting ini.
Tidak dinafikan sumber terbaik antioksidan tentunya dari sumber makanan yang berkhasiat malangnya kita amat sukar mendapatkan jumlah yang tepat seperti yang dicadangkan. Dalam situasi ini, pengambilan vitamin dan suplemen sangat-sangat digalakkan untuk menampung kekurangan nutrisi. Tetapi harus dititik beratkan pemilihan suplemen sebaik-baiknya organik dari bahan semulajadi, yang selamat dan baik untuk tubuh badan kita. Pilih pengeluar yang established dan mendapat kelulusan KKM ye. Maklumlah dalam lambakan suplemen sekarang ni, makin ramai yang cuba mengambil kesempatan.
Nak dapatkan Antioksidan dari Shaklee?
Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pemakaian yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.
____________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
paling senang amalkan vitamin C, vitamin E dan carotomax…
Tak perlu susah payah nak cari buah makan banyak-banyak
Noriza Rahman recently posted…EcoWorld Season’s Flower Show dengan Sentuhan Romantis
Pingback: Maksud Bacaan Tekanan Darah | Info Tekanan Darah