Penapis Buah Pinggang Bocor | Dulu-dulu Cik Puan VK terkejut sangat bila dengar tentang Penapis Buah Pinggang Bocor ni. Ingatkan kes ni jarang-jarang berlaku tetapi rupanya semakin ramai yang hubungi kami untuk mendapatkan suplemen membantu masalah penapis buah pinggang bocor ini.

Dan banyak kisah yang Cik Puan VK nak kongsikan sebenarnya, tetapi rasanya lebih baik kita cerita dulu tentang apa sebenarnya penapis buah pinggang bocor atau juga dikenali sebagai nephrotic syndrome.

Apa itu Penapis Buah Pinggang Bocor?

Penapis buah pinggang bocor atau nephrotic syndrome adalah tanda bahawa buah pinggang kita mula tidak berfungsi dengan betul. Hasilnya kita akan dapati;

  • Tahap protein yang tinggi dalam air kencing.
  • Tahap protein yang rendah dalam darah.
  • Anda juga mungkin mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dalam darah.

Buah Pinggang Bocor bukan satu penyakit. Ia adalah satu amaran bahawa ada sesuatu yang sedang merosakkan buah pinggang kita. Tanpa rawatan, masalah ini boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit kritikal yang lain.

Buah pinggang bocor boleh berlaku pada sebarang usia. Tetapi ia adalah yang paling biasa pada kanak-kanak yang berumur di antara 18 bulan dan 8 tahun. Terkejut kan? Ramai rupanya yang mengalaminya di kalangan usia muda remaja lagi.. Sedih pula bila kenangkan.

Apa Yang Menyebabkan Buah Pinggang Bocor?

Buah pinggang mempunyai saluran darah kecil yang dipanggil glomeruli yang menapis toksin (sisa) dan air lebihan daripada darah. Buah pinggang yang sihat menyimpan jumlah yang sepatutnya protein dalam darah. Protein membantu memindahkan air dari tisu ke dalam darah. Apabila penapis kecil rosak, terlalu banyak protein melimpahi (keluar/bocor) dari darah ke dalam air kencing. Akibatnya, cecair terkumpul di dalam tisu dan menyebabkan bengkak-bengkak.

penapis buah pinggang bocor

Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko penapis buah pinggang bocor atau Nephrotic syndrome iaitu:

  • Kencing manis
  • Lupus
  • Amyloidosis
  • Minimal change disease
  • Penyakit buah pinggang lain
  • Pengambilan ubatan seperti anti-radang nonsteroidal
  • Pengambilan ubatan untuk melawan jangkitan
  • HIV
  • Hepatitis B
  • Hepatitis C
  • Malaria

Apakah Tanda-tanda atau Simptom Penapis Buah Pinggang Bocor?

  • Bengkak sekeliling mata atau kaki atau buku lali. Ini adalah gejala yang paling biasa.
  • Keletihan.
  • Penambahan berat badan (dari cairan yang dihasilkan).
  • Air kencing berbuih.
  • Hilang selera makan.
tanda penapis buah pinggang bocor
Salah satu simptom buah pinggang bocor

Bagaimanakah Penapis Buah Pinggang Bocor Didiagnosis?

  • Ujian air kencing untuk mengukur jumlah protein dalam air kencing.
  • Ujian darah untuk mengukur jumlah protein, kolesterol, dan gula (glukosa) dalam darah.
  • Ultrasound untuk melihat buah pinggang.

Risiko Penyakit Akibat Penapis Buah Pinggang Bocor

Nephrotic syndrome boleh membawa kepada masalah lain yang mungkin memerlukan rawatan, termasuk tekanan darah tinggi, darah beku, dan kolesterol tinggi atau trigliserida.

Penyakit-penyakit ini pula boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih kritikal seperti kegagalan organ-organ, serangan jantung, strok, dan pelbagai lagi penyakit yang berbahaya. Jadi rawatan segera perlu untuk mengelakkan masalah ini berterusan.

Rawatan Untuk Penapis Buah Pinggang Bocor

  • Jumpa doktor anda dengan kerap untuk memeriksa fungsi buah pinggang anda. Bagi kanak-kanak pula, perlu berjumpa doktor lebih kerap berbanding orang dewasa
  • Mengambil semua ubat-ubatan seperti yang sudah ditetapkan, walaupun dah merasa lebih baik atau sihat. Berbincang dengan doktor anda jika anda mempunyai kesan sampingan.
  • Pastikan doktor anda tahu tentang semua ubat-ubatan, vitamin, atau makanan tambahan herba yang anda ambil.
  • Dapatkan injection selsema setiap tahun. Dan mendapatkan sebarang imunisasi lain atas cadangan pakar yang mengawasi.

Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan masalah kesihatan yang lain.

  • Kurangkan pengambilan garam kerana garam boleh mengurangkan jumlah air badan.
  • Pilih makanan yang rendah lemak tepu dan kolesterol, membantu mencegah dan mengurangkan kolesterol tinggi.
  • Petambahan berat badan mungkin petanda badan anda penuh dengan air (bengkak air). Hubungi doktor anda jika sedemikian atau mempunyai masalah lain seperti masalah pernafasan.
  • Ikut nasihat doktor tentang jumlah protein yang boleh anda ambil dalam diet seharian.
  • sindrom Nephrotic boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering dan rapuh. Ia juga meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan kulit. Jadi, lebihkan penjagaan kulit anda.

*Sumber*

testimoni penapis buah pinggang bocor

Ikhtiar Masalah Buah Pinggang Bocor Dengan Vivix (klik)

Semoga bermanfaat untuk semua.

Bagaimana mahu mendapatkan Vivix?

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sebotol Vivix hari ini, boleh terus membuat pembelian Vivix secara online di sini (klik)Harga sebotol Vivix ialah RM503.50 sahaja. Pembayaran dengan Kad Debit atau Kad Kredit. Vivix akan dihantar terus kepada anda oleh pihak Shaklee Malaysia. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

Berita baik! Anda boleh beli Vivix pada harga jimat dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee dan terus menikmati penjimatan sehingga 20%.

Nak lebih jimat? Beli 2 botol Vivix dan anda dapat keahlian percuma di samping menikmati penghantaran kurier percuma (untuk Vivix) + cash rebate bulan hadapan. Hubungi kami untuk mendaftar keahlian dan membeli Vivix dengan harga ahli serta merta.

_________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Penapis Buah Pinggang Bocor | Nephrotic Sydrome
Tagged on:

5 thoughts on “Penapis Buah Pinggang Bocor | Nephrotic Sydrome

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge