Kenapa Air Kencing Berbuih? | Anda pernah alami kencing berbuih? Ada yang cakap tu tanda sakit buah pinggang. Betulkah? Sejauh mata fakta ini boleh diterima?

Cik Puan VK pun sejak akhir-akhir ini sering kali juga diajukan dengan soalan macam ni dari customer Vitamin Kita;

“Saya selalu perasan sekarang ni air kencing berbuih.. kenapa ye? Ada tak cukup nutrisi apa-apa ke? Atau memang betul ni tanda sakit buah pinggang?”

Air Kencing Berbuih

kencing berbuih
Buih dalam air kencing yang sentiasa jadi persoalan “kenapa”?

Buih atau gelembung udara dalam air kencing boleh dianggap NORMAL atau TIDAK NORMAL. Banyak kemungkinan juga kan? Kalau kita buang air kecil selepas mencuci mangkuk tandas dan didapati air kencing berbuih, itu mungkin juga kesan air kencing yang bercampur dengan bahan kimia pembersih. Mungkin…

Tapi tak dinafikan juga air kencing berbuih ini juga adalah tanda sakit buah pinggang. Apa pun, adalah lebih baik berbincang dengan doktor atau pakar perubatan sekiranya masalah kencing berbuih ini berterusan.

Keadaan NORMAL Apabila Kencing Berbuih

Terdapat beberapa situasi kencing berbuih itu dianggap normal iaitu;

#1 ~ Mengandung / Hamil

Semasa mengandung sesetengah wanita mengalami pembesaran buah pinggang. Pembesaran ini boleh menyebabkan air kencing berbuih. Tambahan pula, semasa mengandung buah pinggang wanita juga perlu menapis jumlah asid amino yang tinggi. Apabila jumlah asid amino melebihi keupayaan buah pinggang untuk menyerap asid, protein boleh “melarikan diri” ke dalam air kencing. Protein dalam air kencing boleh menyebabkan air kencing berbuih.

#2 ~ Dehidrasi

Dehidrasi juga boleh menyebabkan kencing berbuih. Bila badan kita kekurangan air, air kencing juga akan menjadi lebih pekat dan cenderung untuk berbuih. Mereka yang mengalami diabetes berisiko tinggi untuk dehidrasi dengan lebih mudah, maka mereka juga lebih cenderung mengalami masalah kencing berbuih lebih kerap berbanding mereka yang tiada masalah diabetes. Jadi, penyelesaiannya, minum lebih banyak air lebih-lebih lagi cuaca panas dan kering seperti sekarang.

#3 ~ Mengambil Makanan Protein Tinggi

Proteinuria atau air kencing yang mengandungi protein juga boleh menyebabkan kencing berbuih. Ini terjadi kepada mereka yang mengambil makanan atau minuman berprotein tinggi, selalunya untuk membina otot. Dan hal ini akan hilang bila berhenti mengambil minuman atau makanan berprotein tinggi itu.

Keadaan TIDAK NORMAL Apabila Kencing Berbuih

#1 ~ Jangkitan Saluran Kencing

Jangkitan saluran kencing juga boleh menyebabkan air kencing berbuih. Dalam keadaan ini, buih disebabkan oleh mikroorganisma yang memasuki saluran kencing yang melepaskan gas dan menyebabkan buih. Buih-buih yang ditemui semasa membuang air kecil sering disertai dengan sakit atau pedih. Kalau anda salah seorang yang mengalami masalah sebegini, cepat-cepat berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya. Dan masalah kencing berbuih ini sepatutnya hilang bila jangkitan pulih.

 #2 ~ Fistula

Fistula adalah sambungan antara dua organ atau saluran darah yang tidak normal. Fistula vesicocolic boleh membentuk antara pundi kencing dan usus besar dan lebih kerap ditemui di kalangan lelaki berbanding wanita dengan nisbah 3: 1.

*Sumber*

Kesimpulannya, kita mesti sentiasa ambil tahu dan perhatikan perubahan air kencing kita. Kalau air kencing berbuih untuk jangka masa yang agak lama, mungkin ada masalah kesihatan yang perlu dirungkaikan. Berjumpa dengan pakar adalah solusi terbaik.

Sekiranya kencing berbuih ini disusuli dengan kencing berdarah, kaki atau tangan membengkak, ini mungkin petanda anda mengalami masalah buah pinggang.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Penapis Buah Pinggang Bocor” (klik)

“Ikhtiar Nephrotic Syndrome dengan Vivix” (klik)

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Kenapa Air Kencing Berbuih?
Tagged on:

4 thoughts on “Kenapa Air Kencing Berbuih?

  • 14 June 2016 at 4:38 AM
    Permalink

    Saya pernah mengalaminmasalah ni. sila tn puan pergi mengurut satu badan. insallah masalah tn akan berunsur baiaak dengan kelancarana darah dan oksigen dlm badan..amin

    Reply
  • 11 July 2016 at 11:26 AM
    Permalink

    Ini dari pengalaman saya sebagai salah seorang pesakit nefrotik sindrom (buah pinggang). Air kencing berbuih memang boleh menjadi tanda buah pinggang bermasalah. Mengapa keadaan ini berlaku.

    Ini kerana buah pinggang kita menapis darah 24/7 tanpa henti. Apabila menapis darah, bahan-bahan yang diperlukan oleh badan seperti protein, vitamin dan sebagainya akan dihantar ke seluruh tubuh.

    Sisa-sisa yang tidak diperlukan pula akan dikeluarkan melalui urin. Tetapi sekiranya buah pinggang mengalami kerosakan, contohnya nefrotik sindrom, sistem penapisan berjalan dengan tidak begitu baik.

    Sedikit jumlah protein akan dikeluarkan juga melalui urin. Keadaan inilah yang menjadikan air kencing seseorang itu berbuih. Semakin tinggi kandungan protein, semakin banyaklah buihnya.

    Dan itu menunjukkan semakin teruk kerosakan buah pinggang yang dialami. Sejak saya mengidap penyakit buah pinggang dulu, saya banyak baca info tentang penyakit tersebut.
    Perawat Islam recently posted…Pembedahan Batin Dalam Penilaian IslamMy Profile

    Reply
  • Pingback: Bahayakah Protein Dalam Air Kencing? | Proteinuria

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge