Bila Anak Demam Ruam Roseola Infantum | Bila anak demam lepas tu timbul ruam penuh badan, memang boleh mengundang panik pada ibu bapa. Tambahan lagi kalau bayi yang masih kecil. Macam tu juga yang Cik Puan VK hadapi sekarang bila bayi 9 bulan demam, elok surut demamnya, penuh naik bintik-bintik ruam di badan. Confuse antara campak, Cik Puan VK rujuk pada pakar perubatan.

demam ruam roseola

Apa Itu Demam Ruam Roseola Infantum

Roseola infantum adalah penyakit virus yang agak ringan (dari virus herpes) dan biasa yang biasanya menyerang kanak-kanak berumur antara 6 bulan dan 3 tahun. Gejalanya hampir sama menyerupai demam campak dan kadang-kadang ramai ibu bapa yang keliru.

berbezaan demam ruam

Ia bermula dengan demam yang agak tinggi (39-40 darjah celcius) secara tiba-tiba, berlangsung selama tiga hingga lima hari. Ruam akan muncul selepas demam kebah. Ruam ini tidak gatal dan biasanya berlaku pada bahagian badan dahulu (leher, dada, belakang) dan kemudian ke bahagian muka, tangan dan kaki.

Gejala Demam Ruam Roseola Infantum

Anak-anak yang mengalami demam ruam ini selalunya

  • asyik merengek
  • cepat marah
  • mudah terganggu emosi
  • cepat letih
  • cirit-birit ringan
  • kurang selera makan
  • mata merah
  • kelopak mata bengkak
  • hidung berair seperti selsema
  • tekak sakit dan perit (ini juga yang menyebabkan anak kurang mahu makan dan minum)

Namun begitu, anak-anak ini tetap aktif dan kadang-kadang ada yang tidak terganggu langsung selera makannya

Rawatan Demam Ruam Roseola Infantum

Demam ruam ini disifatkan “ringan” dan boleh sembuh sendiri. Cuma sebagai ibu, kita hanya perlu memastikan anak-anak minum air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. Kalau dehidrasi nanti, timbul masalah lain pula dan ini akan lebih melambatkan proses penyembuhan.

Demam Ruam Roseola Infantum Boleh Merebak

Walaupun cuma masalah ringan, tetapi demam ruam ini boleh merebak kepada anak-anak yang lain melalui air liur ketika bersin atau batuk. Kalau baby yang masih meleleh-leleh air liurnya, lagi senang jangkitan tersebar. Demam ruam ini juga boleh merebak melalui najis. Jadi, penting jaga kebersihan dan sentiasa basuh tangan selepas menguruskan anak yang demam ruam. Supaya nanti tidak berjangkit kepada anak-anak yang lain.

Kalau anak-anak dibawah jagaan taska, ada baiknya disarankan agar tidak menghantarnya ke taska bagi mengelakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Fasa selamat adalah apabila ruam-ruam semuanya hilang.

Apa Yang Perlu Diambil Langkah Berjaga-jaga Dengan Demam Ruam?

Walaupun boleh pulih dengan sendiri, tapi kita juga tetap perlu mengawasi dan memerhatikan perkembangan dan perubahan anak-anak yang demam ruam ni. Perlu mengambil langkah segera berjumpa pakar kesihatan sekiranya;

  • ruam bertambah teruk atau sudah melebihi 1 minggu
  • demam kembali dan kali ini lebih tinggi suhunya (10-15% dari kes demam ruam melibatkan sawan)
  • anak sudah mula tidak aktif

*Credit info*

Apa yang Cik Puan VK lakukan?

Kesian kan sebab baby Cik Puan VK baru 9 bulan. Tengok ruam penuh badan dan dalam cuaca panas seperti sekarang ni, Cik Puan VK kerap;

  • mandikan dia bagi sejuk badan
  • sapu Herbal Blend Cream (berangin dan sejuk)
  • banyakkan bagi air masak
  • banyakkan breastfeed (selera makan dia memang drop)
  • kuatkan imun ibu supaya baby pun dapat melalui susu ibu
  • jaga mood dia sebab senang meragam terutamanya waktu nak tidur
Hari ke 3 ruam. Halus tetapi memenuhi badan, rapat-rapat. Ruam tak jelas sebab baru sapu krim Herbal Blend selepas mandi

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Bila Anak Demam Ruam Roseola Infantum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge