Kurangkan dan Hilangkan Gatal Chicken Pox Dengan Cepat | Hari ni Cik Puan VK nak share tips mudah untuk ibu-ibu yang anaknya kena chicken pox ni.

Faham-faham saja la kan gatal mereyam tu macam mana. Kalau kita yang dah tua ni pun tak reti diam tangan nak menggaru, tambahlah si kecik lagi la kesian kan.

Tips mudah ni Cik Puan VK sendiri dah cuba dan alhamdulillah bukan sahaja proses penjaaan anak ni jadi mudah, gatal-gatal pun cepat berkurang dan parut pun cepat juga hilang.

gatal chicken pox
Peringkat chicken pox. Lama nak menunggu dan bertahan hilangkan gatal. Tambah lagi kalau anak-anak

Tips mudah bila anak kena Chicken Pox

1 – Air kelapa

Bila dah suspek anak kena Chicken Pox, nak tahu betul ke tak, cepat-cepat bagi air kelapa untuk dia minum. Orang tua kata bila bagi air kelapa ni, blister cepat keluar dan abis semua pun nak keluar cepat-cepat.

air kelapa

Baguskah kalau banyak yang keluar?

Bagus sangat. Chicken Pox ni bukan kita nak doakan jangan keluar banyak tau, biar je dia keluar habis betul-betul. Blister tu akan keluar banyak-banyak dulu baru melalui proses pengeringan. Jadi lebih baik blister ni cepat-cepat keluar habis dan cepat-cepat pula keringnya. Bak kata orang tua-tua, nak flush out (lawaskan) pengeluaran chicken pox tu. Kalau tak keluar habis, besar kemungkinan boleh kena lagi nanti.

Air kelapa ini penuh dengan mineral, vitamin, anti-kulat, anti-virus dan anti-bakteria yang boleh digunakan untuk mengurangkan chicken pox dan membantu juga untuk tidak meninggalkan kesan parut yang teruk (ini best). Paling bagus air kelapa diambil airnya sahaja tanpa dicampur dengan apa-apa. Fresh gitu. Boleh bagi anak-anak minum sikit-sikit. Almaklumlah, ada yang tak berapa gemar air kelapa asli ni.

2 – Daun Semambu (Neem)

Kalau kat kampung daun ni senang nak cari. Tapi kat bandar ni nak cari mana pun susah. Ada hamba Allah ni share dengan Cik Puan VK untuk cari sabun Hamam ni yang diperbuat dari daun semambu atau orang panggil juga daun neem. Guna sabun ni untuk mandikan anak. Lepas tu biar sekejap jangan terus lap kering-kering.

sabun hamam untuk chicken pox
Sabun Hamam yang boleh dibeli di kedai-kedai runcit India

Daun semambu ni bagus sangat. Molekul-molekul yang dihasilkan oleh daun neem membantu dalam menenangkan keadaan kulit yang bermasalah, termasuk gatal disebabkan oleh cacar air. Daun ini mempunyai anti-virus, anti-bakteria, anti-kulat dan anti-radang. Daun semambu juga membantu membersihkan darah dan menyahtoksik usus supaya badan anak kita dengan betul boleh melawan virus chicken pox. Untuk menggunakan daun semambu ni ada 2 cara:

Kaedah 1: Ambil daun semambu dan kisar sehingga jadi  pes. Boleh ditampal pada biji-biji blister.

Kaedah 2: Ambil segenggam daun semambu dan rebus beberapa minit dalam air mendidih. Biarkan sejuk dan gunakan air ini sebagai air mandian anak.

neem untuk kurangkan gatal chicken pox
Daun Semambu yang dah dikisar atau dilenyek ni (pes) boleh disapu pada biji-biji berair chicken pox

3 – Sapu Krim (Herbal Blend Multipurpose Cream)

Doktor ada bagi calamine lotion tapi Cik Puan VK ni rasa seriau je nak sapu. Sebabnya tangan anak ni tak diam dan suka je masuk mulut. Jadi sebab lebih yakin dengan Herbal Blend, maka sapulah Krim Herbal Blend ni di seluruh blisters tu. Kalau nak tahu, krim ni sangat ramai ibu yang cari untuk ruam baby.

Rasanya berangin dan sejuk-sejuk gitu. Kuranglah anak-anak nak menggaru-garu. Risau kalau blister pecah bila digaru, boleh berdarah dan bertambah pedih, merebak pula ke tempat lain. Herbal Blend ni bagus juga untuk luka ringan.

Yang paling buat Cik Puan VK yakin sebab kandungan Herbal Blend Cream ni memang dah digunakan secara turun temurun rupanya untuk hilangkan gatal chicken pox.

herbal blend cream

Sage ~ Sage dikatakan berkesan dalam merawat gonorea, campak, cacar air dan kudis. Sage digunakan secara meluas di seluruh dunia dan kebanyakan bahagian tumbuhan mempunyai ciri-ciri perubatan. Di Afrika dan India akar digunakan untuk merawat malaria dan penyakit sendi dan batang direbus dan digunakan untuk ruam kulit. Daun digunakan untuk selsema, batuk, asma dan demam dan minyak digunakan sebagai racun serangga dan penghalau serangga.

Yarrow ~ Yarrow merupakan salah satu herba yang boleh mengeluarkan peluh yang baik bagi menangani masalah demam biasa (chicken pox pun biasanya datang dengan demam). Dalam masa yang sama, yarrow bertindak sebagai astringen, anti-radang, dan antispasmodic, yang boleh membantu hilangkan gatal dan blister kecut dengan cepat.

Selain itu, Krim Herbal Blend juga mengandungi Horse Chestnut dan Rosemary yang memang sangat-sangat baik untuk kulit yang sihat, antibakteria dan untuk kulit yang cantik. (click pada warna hijau untuk info lebih lanjut).

testimoni chicken pox herbal blend

testimoni chicken pox herbal blend 2

Nak dapatkan Herbal Blend Multi Purpose Cream?

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pemakaian yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

“Chicken Pox Orang Dewasa Lebih Bahaya?” (klik untuk baca lebih lanjut)

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Kurangkan dan Hilangkan Gatal Chicken Pox Dengan Cepat
Tagged on:

5 thoughts on “Kurangkan dan Hilangkan Gatal Chicken Pox Dengan Cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge