Cyst Semasa Mengandung | Sebut sahaja CYST, wanita semua dah panik. Dan bertambah lagi bila cyst semasa mengandung. Bahayakah? Perlu pembedahan? Bagaimana kandungan? Macam-macam soalan bermain di fikiran kan?

Apa itu Ovarian Cyst

cyst-ketika-mengandung

Ovarian cyst adalah poket yang mengandungi cecair yang terbentuk didalam ovari. Terdapat pelbagai jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah bukan kanser seperti mana yang ditakuti golongan wanita. Cyst yang dijumpai semasa hamil lebih dikaitkan dengan Dermoid Cyst atau Corpus Luteal Cyst.  Corpus luteal cyst adalah cyst yang mengandungi cecair seperti lendir di dalamnya dan selalunya akan hilang dengan sendiri selepas 12 minggu kehamilan. Manakala dermoid cyst selalunya akan membesar secara beransur- ansur dan boleh wujud di kedua dua belah ovari. Dermoid Cyst selalunya mengandungi lemak, gigi dan rambut didalamnya.

Bagaimana Ovarian Cyst Semasa Mengandung Boleh Dikesan?

Ovarian cyst semasa mengandung adalah sangat jarang-jarang berlaku. Kalau ikut penerangan doktor pakar, hanya 1 kes dalam 1,000 wanita mengandung. Ovarian cyst selalunya mudah dikesan semasa ujian imbasan (ultrasound) kehamilan disebabkan kilang telur wanita berhampiran dengan rahim.

ultrasound mengandung

Bahayakan Ovarian Cyst Kepada Kandungan?

Ada 2 faktor yang perlu diambil kira iaitu SAIZ dan JENIS cyst untuk menentukan samada ianya bahaya atau tidak kepada kandungan

1 ~ SAIZ

  • sekiranya saiz cyst kurang 5cm , selalunya ia tidak akan mengganggu pembesaran janin dan dan tidak berbahaya kepada kandungan. Banyak kes juga cyst ini boleh kecut sendiri
  • sekiranya saiz cyst melebihi 5cm, dikhuatiri ia akan pecah, berdarah, atau berpintal yang boleh menyebabkan komplikasi serius kepada kehamilan. Cyst yang membesar bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan kepada abdomen tetapi juga boleh memberi tekanan kepada rahim, pundi kencing yang mana risikonya lebih besar seperti keguguran dan kelahiran pramatang.

2 ~ JENIS

Jika pemeriksaan ultrasound menunjukkan bahawa imej ovarian cyst itu mengandungi cecair saja, kemungkinan ia adalah tidak merbahaya (bukan kanser). Namun ini gambaran kasar. Pemeriksaan details harus dilakukan.

Walaupun saiz cyst kurang daripada 5cm, pembedahan perlu juga dilakukan sekiranya doktor mengesyaki cyst ini jenis kanser.

Bagaimana Nak Tahu Perlu Pembedahan Atau Tidak?

Pemeriksaan berkala ultrasound haruslah dilakukan untuk mengawasi dan memantau perkembangan cyst semasa mengandung dan pemeriksaan lebih lanjut perlu dibuat sekiranya saiz cyst semakin membesar.

Rujukan: Dr Zubaidi, Lady Care Health

Testimoni Shaklee Dan Cyst Semasa Mengandung

testimoni cyst semasa mengandung

Puan Hanisah berkongsi ikhtiarnya dengan vitamin Shaklee (extra Vitamin C dan Omega Guard), Allah izinkan cystnya kecut. Alhamdulillah.

Vitamin C sangat diperlukan sebagai antioksidan dan menghalang serangan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan. Vitamin C juga meningkatan keupayaan sistem imun tubuh badan. Vitamin C Shaklee ialah bersifat Sustained Release 500mg yang mana pelepasan perlahan-lahan iaitu 100mg setiap jam. Ia juga mengandungi Bio-flavonoid C complex yang membantu meningkatkan penyerapan Vitamin C dan menghalang daripada dirosakkan oleh pengoksidaan dalam badan.

Omega Guard Shaklee pula adalah minyak ikan kaya Omega 3. Asid lemak omega 3 dan 6 yang stabil di dalam badan boleh membantu mengurangkan radang di dalam badan. Di samping boleh mengurangkan kesakitan akibat cyst, pengambilan Omega 3 yang mencukupi juga membantu untuk mencegah terjadinya cyst yang baru. Kebanyakan cyst berpunca dari diet yang tidak seimbang , dan mereka yang mempunyai cyst, berisiko untuk untuk menghadapi masalah cyst yang lebih dari 1 (tumbuh lebih banyak).

Perkara yang paling baik adalah mendapatkan nasihat pakar setelah didiagnos terdapat ovarian cyst semasa mengandung. Pemakanan yang simbang yang berkhasiat perlu ditekankan dan ibu pun jangan sesekali stress sehingga boleh menyebabkan cyst semakin membesar. Betul tau cyst ni boleh membesar kalau kita stress.

Dislaimer: Artikel ini sekadar perkongsian dan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah segala penyakit. Adalah kami sangat menggalakkan anda yang mengalami masalah kesihatan untuk merujuk  doktor dan mendapatkan nasihat pakar yang berkaitan.

Mahu mendapatkan Set Lengkap Kehamilan Shaklee?

buasir ketika hamil

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian.

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Cyst Semasa Mengandung
Tagged on:                 

One thought on “Cyst Semasa Mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge