Banyak Angin Dalam Badan | Sapa pernah kena masalah badan berangin atau banyak angin dalam badan? Cik Puan VK selalu sangat kena. Kadang-kadang bila sendawa tak henti keluar angin tu, anak-anak pun ikut sama gelak-gelak *_^
Badan sesetengah dari kita ni berbeza. Ada yang senang masuk angin disebabkan faktor pemakanan, cuaca, gaya hidup dan macam-macam lagi. Ada yang senang nak keluarkan, ada pula yang sampai berhari-hari pun dok terasa tak selesa badan. Silap-silap hari bulan, banyak angin dalam badan ni boleh buat naik angin pula. Hihihi.
Apa akan jadi bila banyak angin dalam badan?
Bukan sahaja rasa kembung atau tak sedap perut, tapi bila angin banyak dalam badan ni, masalah lain pun turut datang sebagai pakej. Antara kemungkinannya;
- rasa lesu, letih atau tidak bertenaga
- rasa kebas-kebas, lenguh dan sengal-sengal
- tapak kaki dan tangan rasa sejuk-sejuk
- selalu menguap atau mudah mengantuk
- mudah sesak nafas atau nafas pendek
- tegang dan kejang di pinggang dan tengkuk
- kulit kering
- muscle spasms
- perut senak/kembung
- sakit kepala
- mudah marah
- hilang selera makan
- “dingin” pada hubungan intim
- dan lain-lain rasa ketidakselesaan badan

Hindari Makanan Yang Menghasilkan Angin
Makanan yang menghasilkan angin eloklah dihindari. Ini termasukla makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sarbitol.
Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktos.
Laktos pula merupakan gula semulajadi yag di dapati dalam susu dan produk tenusu seperti ais krim dan keju. Fruktos banyak terdapat pada bawang, buah pear dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
Sorbitol diperolehi secara semula jadi daripada buah-buahan termasuk epal, pear, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah. Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung dan gandum di mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar. Beras merupakan satu-satunya makanan berkanji yang tidak menghasilkan angin.
Cara Mudah Buang Angin Dalam Badan
Jom Cik Puan VK kongsikan testimoni ini. Sebelum ni dah pernah saya kongsikan beberapa testimoni Peppermint Ginger Plus yang boleh legakan kembung perut, kurangkan batuk, juga ikhtiar legakan selesema (klik untuk entry penuh setiap testimoni).
“akak, terima kasih ye pasal ubat semalam.. hari ni pagi Ain tak ada angin langsung.. biasa selalu pagi, tengah hari seksa sangat sakit, angin, senak perut, susah bernafas..
Sebab semalam Ain makan ubat tu, petang 3 biji dan malam 3 biji.. angin kuat Ya Allah..sakitnya semalam Allah je tahu.. tak henti-henti.. lepas tu pagi bangun dah segar..
2 minggu dah tahan.. makan ubat itu ini.. dah beratus habis.. Ain lupa Shaklee ada ubat untuk buang angin tu yang semalam terus cari..”
Ini testimoni dari customer sahabat saya, Puan Oja. Katanya Cik Ain ni dah tak tahan sakit-sakit badan sehingga nak Peppermint Ginger Plus ni petang tu juga. Alhamdulillah, pagi esoknya terus dia hubungi Puan Oja balik berkongsi keseronokan sakit-sakit badannya dah hilang.
Disclaimer: testimoni ini adalah perkongsian peribadi dari pengguna dan kesannya mungkin berbeza bagi setiap individu. Namun begitu vitamin bukanlah bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mengubati sebarang penyakit. Dapatkan consultation dari pengedar anda dengan lebih lanjut.
Secara peribadi, Cik Puan VK sangat suggest ambil Peppermin Ginger Plus ni. Minum dengan teh petang-petang pun awesome sangat rasanya. Boleh hindarkan dari badan lemau-lemau masuk angin kan. Apa-apa pun kita ikhtiar untuk kesihatan yang lebih baik.
Anda mahu mendapatkan Peppermint Ginger Plus Shaklee?
Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian.
____________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Bila telan peppermint ginger plus shaklee nih memang kesan die cpt sangat…legaaaa je bila dpt lepaskan angin dalam badan ^_^ rasa ringan je badan…
Pingback: Jom Detox The Shaklee Way | Set Detoks Shaklee